Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Novel

Terlajak laris

Imej
Novel terbaharu aku dah keluar akhir Jun lepas. Tapi belum ada di kedai. Penerbit menjualnya menerusi online dahulu. Jadi kepada sesiapa yang nak dapatkan Srikandi vs Arjuna, boleh membelinya daripada Karangkraf Mall ataupun daripada Novel Kafe . Kalau beli dengan Novel Kafe , harus dapat autograf kan? Hehehe...tapi kena mentionlah yer sebab aku hidup dua alam. Pisahkan kehidupan peribadi dengan kehidupan glamor sebagai penulis. Eh...glamour ke? Hahahaha....entah. Aku tak kisah bab glamour atau popular. Yang aku kisahkan ialah royalti. Hasil penat lelah aku berangan-angan kuharapkan berbaloi. Mungkin di Malaysia ni masih belum banyak penulis yang jadi jutawan kerana menulis. Hanya beberapa orang sahaja yang kukira berjaya menjadi jutawan buku. Mungkin aku akan menyusul jejak langkah penulis jutawan tersebut. Siapa tahu, kan? Saja nak kongsi gambar kat bawah ni. Bikin hati berbunga-bunga....hahahaha Ni betul-betul laris ataupun sekadar gimik marketing? Seandainya betul-betul l...

Srikandi yang menyelamatkan aku

Imej
My precious.... Tahun lepas, hati aku terbuka nak cuba hantar manuskrip kepada Alaf21. Sebalum ni aku tak begitu ambil serius pun pasal dnegan siapa aku menulis. Janji buku keluar. Royalti dikira sebagai bonus hasil penat lelah aku menulis. Tapi entah mengapa, setelah mengambil iktibar daripada beberapa kejadian dengan penerbit lama, hati aku semakin tergerak dan kuat untuk menghantar manuskrip ke Alaf21. Siapa tak kenal Alaf21 yang bernaung di bawah payung Karangkraf, gergasi dalam dunia penerbitan negara? Aku nak masuk sana pun, rasa macam tak layak...hehehe. Tapi aku kuatkan hati. Aku pun hantar manuskrip bulan 6 tahun lepas menggunakan nama aku sendiri, bukan nama pena aku Izza Aripin. Tujuannya supaya jika aku diterima, biarlah aku diterima kerana kualiti manuskrip. Bukan kerana nama pena Izza Aripin. Benar jangkaanku. Pada mulanya penerbit tidak dapat teka siapa aku. Manuskrip aku diterima. Tapi Malaysia ni besar mana sangat. Nak sembunyi kat mana lagi. Sekali google, t...

'Cumil' tak?

Imej
Jika berminat nak beli, boleh hubungi Facebook Novel Kafe Akhirnya....yang ditunggu muncul juga. Maka terjawablah segala persoalan. Maka terlerailah segala perasaan gundah-gulana dan tertanya-tanya yang menghurung kepada otak aku semenjak PBAKL hari tu. Alkisah nak dikeluarkan semasa PBAKL, namun hajat tak kesampaian sebab proses penerbitannya baru nak bermula. Hairan juga aku semasa diberitahu yang novel ini akan ke pesta padahal prufnya pun aku tak semak lagi...hehehe. Walau bagaimanapun, buku ini sempat juga masuk Pesta Buku Selangor Jun ini. Moga sambutannya lebih hebat daripada novel-novel sebelum ini. Hei...semua penulis mendoakan begitu setiap kali buah tangan mereka berjaya diterbitkan.

Keraian berganda

Imej
Ahad ni aku buat majlis pembukaan rasmi kedai The Kids Locker . Akhirnya....buat juga. Sebab dalam rancangan asal memang tak ada memandangkan bajet ketat. Tapi ada rezeki sikit, buatlah doa selamat moga murah rezeki kami. Tadi plak aku tengok kat wall A21, promo novel baharu aku dah keluar. Gembira tak terhingga. Sebab tu dalam minggu ni ada sambutan berganda.

It's nothing but...

Imej
Nothing much to brag about...but the news do make my day. In fact it's the second best news I've received today, and third since yesterday. Yesterday, I received the first editing job for Izza ProEdit . And this morning, my publisher called saying that I have one cheque written for me. And later this afternoon, I received an email from my editor (from another publishing house), informing me that my Mufin Manja has been translated to bahasa Indonesia and being distributed there already. Once I have the cover for that version, I will post it here. And few minutes ago, I found out that my  Mufin Manja  and my Akademi Gemilang 3: Kunci Dimensi are among top 500 for January until Disember 2010 sales for that publisher. 145. The 360 Degree Leader - Edisi Bahasa Melayu 146.Usahawan Cilik: Mufin Manja 147. Impian Mira 148.Komik-M: Aku, Kau & Bola 1 149.Gila Gila PSP 150. Komik-M: Dunia Kartun 151. Aura Personaliti Warna 152. Rembulan Tenggelam Di Wajahm...

Alhamdulliah!

Imej
Bukan cover dan tajuk sebenar ALHAMDULILLAH! It's the best word that I can say today. After so many days counting hopes and prayers, Allah has made my utmost dream comes true. It supposed to be middle of this year. But the publisher decides to published it during the Pesta Buku Kuala Lumpur!!!!!!! I am thus joyous!!! The happiest writer on the planet!!!! I really need miracles and this is one of it. I hope, thus I pray that good news such as this will never stop. Greedy? Yes...now I have to be greedy to make my life more meaningful after such horrid event . Alhamdulillah...may all plans work as planned and be successful and blessed.

Akan datang Izza Aripin 2011

Imej
penafian: kulit novel ini hanya rekaan penulis dan bukan untuk tujuan komersial Tajuk entri bikin gempak. Tapi memang betul pun...novelis Izza Aripin akan terbitkan novel terbaharunya, insya-Allah, tahun depan. Sekiranya tiada aral melintang dan segala urusan berjalan lancar, novel terbaharu ini akan berada di pasaran menemui peminat novel tanah air, umumnya dan penyokong setia Izza Aripin, khasnya. Kenapa pula entri ni naik kat sini dan bukan di blog Novel Izza seperti selalu? Entri tersesat sebab GPS rosak ke apa ni? Persoalan yang bagus. Berita ni tak boleh diwarwarkan dahulu secara rasmi sehingga mendapat kebenaran pihak tertentu. Sebarang pengumuman rasmi, hanya pihak tertentu yang terbabit saja yang boleh umumkan. Aku sekadar layan jiwang syok sendiri. Entah kenapa jus kreatif aku membuak-buak semenjak petang tadi. Hinggalah siap kulit novel terbaharu Izza Aripin ni. Sebagai makluman, tajuk novel ni, tajuk lama. Izza Aripin tak guna tajuk baharu kerana atas sebab-sebab tertentu ...

Novel Kafe

Imej
Kawan-kawan selalu tanya, bila bisnes ko nak start? Aku selalu jawab, tunggulah dulu. Modal tak cukup. Rasanya dah lima tahun aku dok asyik ditanya soalan yang sama dan menjawab jawapan yang serupa. Makanya, hanya dalam satu malam, semasa aku tengah get ready untuk interview kerja, aku ambil keputusan untuk kick-off no matter what. Home based dulu. Sekurang-kurangnya aku dah menghampiri misi sebenar. Kalau tak mulakan dari sekarang, bila lagi. Perasaan cuak memang ada. Siapa yang tak takut pada saingan. Semua bisnes memang nak buat untung. Tak pernah orang bisnes nak rugi. Bisnes macam aku ni memang dah meluas. Kat mana-mana orang dah buat. Jadi nak bersaing secara sihat, aku localize. Target market aku ialah sekitar kawasan umah dan kawasan yang berhampiran dengannya. Tak besar, tapi inilah tapak permulaan aku mengorak langkah lebih jauh. Gambarimashou!

Lagu dan Novel

Imej
Sama ada kebetulan ataupun tak sengaja...aku tak ada jawapan. Sedang aku sibuk olah halaman baharu untuk blog ni, aku terjumpa lagu-lagu yang sama tajuk dengan novel aku. Tak terkata aku sekejap....hahahaha. Agak-agak lagu dengan cerita dalam novel aku tu ada persamaan tak? Rasa macam tak ada. Tapi entahlah. Dengarlah dan bacalah sendiri.... Azmani Sebenarnya Cinta

Siri Ketiga Akademi Gemilang: Kunci Dimensi

Imej
Harga:  RM 16.50 / RM 18.50 ISBN-13:  978-967-5406-64-5 Tarikh Terbit:  28 May 2010 Jumlah Muka Surat :  256 Kategori:  Remaja ,  Remaja Umum PTS One Sdn Bhd

Love of my life

The love of my life (in career) , sudah tentunya menulis. Sebab aku memang suka menulis. Berbaloi sekiranya ada orang menghargai karya kita. Tapi penghargaan bukan hanya daripada pembaca/peminat. Penghargaan pertama harus datang daripada penerbit sendiri. Kalau penerbit menganggap karya kita sebagai mengisi kuota penerbitan semata-mata, sudah tentu mutu karya kita tidak begitu dititikberatkan. Aku bersyukur sebab aku sendiri ialah editor. Jadi berupaya menyunting buku sendiri sebelum diserahkan kepada jemari seni yang pakar dalam hal edit-mengedit. Masalahnya, apa jadi sekiranya karya kita diberikan kepada editor yang kurang ilmu dan kepakaran? Outputnya, yang sudah betul akan disalahkan. Perubahan pada manuskrip akan dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada penulis. Daripada gaya suntingan, dah boleh teka sama ada editor tersebut mahir ataupun tak berpengalaman. Sebagai penulis, aku mengharapkan editor lebih peka kepada kesilapan, kekurangan dan kepincangan yang aku buat. Tika ini aku ...

Rezeki lagi

Imej
Alhamdulillah...royalti novel remaja untuk tahun ni aku dah terima. Tak lah banyak mana, tapi ribuan lemon ler juga. Puas hati penat lelah aku selama ni. Bila tengok cek...lapang dada. Makin berkobar-kobar semangat aku nak menulis. Tambahan pula, tadi Cik Ann datang bersama sorang editor baharu PTS Pro. AKu lupa plak nama dia... gomen n e. Cik Ann jemput menulis untuk Siri Idola dan Siri Kerjaya. Sebelum ni aku janji nak bagi dua manuskrip untuk Siri Usahawan Cilik. Tapi idea yang aku cadangkan, dah dibuat dek orang. Lantas Cik Ann cadangkan aku cuba dua lagi produk baharu yang lain. Makanya aku janji nak bagi satu manuskrip untuk Siri Kerjaya. Aku minta tempoh sampai ujung tahun ni. Insya-Allah! Kalau tahun lepas, sebiji buku pun aku tak publish , tahun ni nampak gayanya, tiga daripada empat memang confirm terbit dalam tahun ni. Cuma satu tu aje yang masih dinilai. Kalau keempat-empat terbit tahun ni, tahun depan mau masyuk royalti aku....hahaha....Aku gila RM. Sapa yang tak? Meh sin...

MISSION ACCOMPLISHED!

Imej
Dengan bangganya aku menghadiahkan diri aku gambar Lamboghini Gallardo kerana berjaya menyudahkan manuskrip terbaharu. Tengok gambar ajelah ya. Nak beli tak mungkin mampu hingga ke akhir hayat, melainkan aku menang jackpot...huhuhu. Walaupun aku tak dapat kereta hensem ni, tapi ia ada peranan dalam novel terbaharu aku. Aku tahu pasal model kereta ni pun masa buat kajian untuk novel. Bergaya juga novel aku dengan kereta idaman ramai ni ek...ahaha. Rasa dada aku lapang aje bila selesai sudah tanggungjawab yang satu nih. Seterusnya, aku harus tumpukan pada manuskrip lain yang menanti pula. Tahun ni ialah tahun menulis. Terbitnya entah bila....Tunggu jelah ek.

bantal, tilam dan TZ

Sejak dua menjak ni, tidur malam aku dah tak lena macam dulu. Baru aje letak kepala atas bantal, hari dah siang. Baru aje nak lena, Thaqif dah merengek nak susu atau puting dia dah tercabut dari mulut. Adatlah tu kalau ada baby . Memang tidur malam tak akan lena sehingga dia besar sikit.  Tapi ini masalah kecik je. Masalah besar yang menyebabkan aku tak boleh tido malam dengan lena adalah kerana TZ. Bila menjelang weekend aje, memang aku akan berjaga sampai pagi sebab menghabiskan masa dengan TZ yang sudah menjadi obsesi aku sejak lama dulu. Aku penah tinggalkan dia seketika. Selang tiga tahun lepas tu, aku jumpa balik ngan dia. Sekarang dia dah minta perhatian aku balik. Jadi kenalah concentrate. Bantal dan tilam terpaksa tolak tepi sebab aku senang menghabiskan masa dengan TZ, buah hati pengarang jantung. Boleh teka siapa TZ? Siapa lagi kalau bukan T engku Z arul al-Muttaqi. Tak kenal? Alahai! Pegi baca balik ...dan mimpi pun bersatu . Tapi aku baru perasan. Initial TZ ni sama ngan i...

Zettai Akiramenai

Imej
絶対 諦めない  Imi nan desuka? Maknanya walau apa pun yang berlaku, aku takkan mengalah. I will survive! Yeyeah! Kita semua dilahirkan sebagai pejuang sejak dari dalam perut ibu lagi. Masa pergi kursus BTN zaman sekolah dulu, pakcik askar yang jadi trainer tu selalu cakap. Kitalah juara sebab berjaya dilahirkan ke dunia setelah berjuang antara ratusan  σπέρμα ( perkataan Greek). Segan nak sebut perkataan bahasa Inggerisnya. Nanti jadi pengajaran subjek sains plak.   Anyway, aku tengah berjuang nak menyiapkan manuskrip. Dalam proses nak memanjangkan plot supaya jadi lebih tebal. Aku janji nak hantar hari Jumaat ni, tapi rasanya tak done sebab sebelum aku hantar, kenalah self-proof dulu. Tadi masa drive ke opis, aku dah terjumpa satu kesilapan fakta. Bayangkan, tengah memandu puna da masa nak fikir pasal plot novel. Ni dah tahap meroyan. hari tuh menurun aje. Alahai Opah ...cam sama ajer sindrome kita nih...ehehe.  Nak tau aku tengah tulis apa? Masuk sini Novel Izza . Promosi akan dikemas kini...

Menurun/Transform

Imej
Macam citer Kliwon ler plak tajuk entri aku pagi ni. Anyway, bukan nak citer pasal tiwon atau ceplos, sebab selalunya perkataan menurun ni bowoh, pawang atau dukun Melayu aje yang rajin guna; teknik transformer yang digunakan bagi menyeru semangat Pahlawan Harimau Berantai atau Nenek Kebayan Gigi Tujuh masuk ke dalam tubuh tok moh, tok wang dan tuk kun tadi. Apada melalut.... Sekarang ni aku tengah dok menurun malam-malam sampai lewat malam siapkan novel. Masa menulis tu mood mesti ikut plot novel. Jadi kalau babak marah, muka mesti cam hangin aje. Kut kebetulan laki aku panggil, mau aje aku jerit balik kat dia. Maklumlah tengah transform/menurun semangat watak; teknik menjiwai watak...kehkehkeh.  Kalau bab kecewa pulak, kebetulan masa tu kat TV tayang citer cinta sedih, mau aje aku menangis sekali dengan watak. Haru. Tapi yang paling kasihan ialah anak-anak aku yang tak paham bila melihat mak depa tengah menurun/transform. Terutama sekali Thaqif. Puaslah dia lepuk-lepuk tilam, tarik w...

Pesta penulis

Seperti tahun-tahun lepas, tahun ini Pesta Buku Antarabangsa KL datang lagi. Pada hari pertama, sebelum pintu utama buka, jam 8 pagi aku sudah terpacak di PWTC. Macam tak sabar-sabar saja nak menyerbu masuk memborong apa yang patut. Aku suka pergi time orang kerja. Jadi tak sesak. Sabtu Ahad sendat. Berlaga-laga ler pulak nanti. Kalau ada lane jantina, lainlah cerita. Tapi aku pasti kalau ada pun, sesak gak sebab kaum perempuan yang datang ke PBAKL melebihi kaum lelaki. Boleh bet RM1000 ngan aku kalu tak percaya...ekekeke. Anyway , aku telah mengabiskan ratusan hengget juga membeli buku ulang kaji untuk Aliyah. Terlupa pula nak beli aku punya sekali. Lawak betul. Aku cuma sempan pesan novel terbaharu Manaf Hamzah aje. Novel lain tak beli sebab bajet dah habis dan aku sendiri terlupa...kekeke.  Aku berpeluang singgah di booth fave cari makan seperti Karnadya, Jemari Seni, CESB, Alaf, Prima, NB, Fajar Pakeer. Terjumpa ngan Kak Noor and rombongan geng Kicaps, Noor Suraya, Kak Em, Aina ...

Pesta Buku Selangor

Tadi sempat singgah di Pesta Buku Selangor, Kompleks PKNS, Shah Alam. Pengunjung masih tak ramai. Mungkin sebab hari kerja dan hari persekolahan. Esok mungkin ramai orang. Tak banyak penerbit yang ada. Aku tak nampak langsung booth DBP/Dawana. Sama ada aku yang tak nampak, ataupun mereka memang benar-benar tak ada. Booth CESB pun aku tak nampak gak. Yang aku nampak, booth PTS dan Jemari Seni. Sempat juga bertegur sapa dengan novelis Noor Suraya dan Ruby Hazry. Pada mulanya aku tak perasaan sebab sibuk mengelak daripada agen-agen buku kanak-kanak yang suka kejar orang walaupun aku dah kata 'tak mengapa' dengan sopan sekali. Setiap kali pesta buku, aku memang tak gemar ler agen-agen yang suka kejar orang ni. Kalau dah kata tak mengapa, janganlah pergi tanya-tanya lagi 'ada anak umur berapa'. Tak faham bahasa ke kalau orang dah kata 'tak mengapa'? Memanglah buku-buku tu semua elok dan berguna bagi perkembangan bahasa Inggeris anak-anak. Tapi tengoklah harganya dulu...

Pesta Buku Lagi

Imej
Kompleks PKNS, Shah Alam 25 Julai - 3 Ogos 2008 PWTC, Kuala Lumpur 31 Julai - 3 Ogos Hani Ismail akan berada di booth PTSOne pada 2 Ogos (Sabtu). Sila ke blog AG untuk maklumat lanjut Masa untuk menghabiskan duit membeli buku sudah tiba lagi. Tapi aku musykil gak. Dapatkah penerbit buku mengaut untung besar kali ini selepas kenaikan harga minyak yang mendadak? Kalau penerbit buku tak boleh buat untung, penulis macam aku pun tak boleh cari makan ler. Emm...alahai! Satu lagi, kenapa kedua-dua pesta ni diadakan hampir serentak? Sebab nak rebut tarikh sebelum bulan Ramadhan ke? Kalau buat lepas raya, tak dapat sambutan kut sebab duit dah banyak habis beraya. Kalau buat hujung tahun, mak bapak sibuk simpan duit untuk musim sekolah tahun depan. Ni termasuk dalam kategori akulah. Tahun depan Aliyah masuk darjah satu. Aku pun masih blur lagi apa yang perlu dibeli selain daripada baju dan kasut sekolah. Buku teks nak kena beli ke? Ataupun dah boleh dipinjam? Buku latihan berapa kilo nak beli...

Kaki Novel

Nampaknya cuti   maternity di penghujung bulan Ogos ni jadual aku padat. Bukan setakat menjaga kesihatan diri dan baby , aku perlu menonton anime bahasa Jepun, ulang kaji pelajaran bahasa Jepun, siapkan manuskrip yang terbengkalai (dalam kiraan ada empat), dan membaca novel-novel KN yang aku baru dapat semalam. Ada 7 buah novel: Izinkan Mimpi Berulang (Zaharah Muhammad), Bahang Selatan (Aimy Najwa), Seteguh Kasih Aina Najihah (Dina Najat), Awang Vampiro (Nizam Zakaria), Cinta Seindah Madah (Puteri Andalas), Suatu Penantian (Antasya Balkis) dan terbaru daripada KN, Cupid Love (Rafizah Nordin).  Orang tua-tua kata, masa berpantang tak boleh mambaca dan menjahit. Selari dengan perubahan zaman, senarai itu dipanjangkan kepada tak boleh menonton tv dan menghadap komputer. Tak kan lah aku nak tidur aje sehari suntuk. Naik lemaklah badan. Tambah-tambah lagi kalau ada bibik maid. Lagilah aku duduk goyang kaki. Dulu masa pantang, aku memang tak duduk diam. ke hulu ke hilir jalan-jalan te...