Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel family

Tak macam dugaan si Bujang Lapok

Minggu ni ialah minggu terakhir cuti sekolah. Kononnya nak bawa anak-anak jalan-jalan makan angin dingin di puncak Genting. Cik Abang punya idea. Aku tolak mentah-mentah sebab memang tak suka pergi Genting. Lebih baik pergi Cameron Highland. Tapi akhirnya, aku mengalah juga sebab jarang-jarang Cik Abang nak ajak berjalan. Tapi malang sekali bila Thaqif kena chicken pox hari Jumaat lepas. Jadi melepas nak pergi puncak Genting. Pagi Sabtu tu, duduk saja di rumah layan Thaqif yang kuat merengek sebab demam panas dek chicken pox. Disebabkan tak ke mana-mana, aku pun suruh Cik Abang pergi pasar Pudu beli barang dapur. Peti ais dah kosong. Punyalah lama Cik Abang pergi pasar sampai aku dah si ap masak. Hati dah rasa macam tak sedap. Tapi aku tak layan sangat. Bila Cik Abang balik, baru aku sedar yang rasa tak sedap hati tadi memang berasas. Cik Abang accident lah pula. Kena langgar kereta waktu nak melintas jalan. Mujur luka dan calar-balar sikit aje. Mulanya aku tak perasan sebab dia selamb...

Thaqif dah discharge

Alhamdulillah, Thaqif dah discharge petang Ahad lalu. Aku lega sebab dah tak payah melahu kat hospital. Thaqif lega sebab tak ada 'kakak baju biru' nak korek telinga dia amik temperature , sumbat hidung dan mulut dia ngan tiub untuk sedut kahak, tak perlu kena main tepuk-tepuk ngan 'kakak baju biru' dan tak perlu kena neb masa sedap-sedap tido. Pergh...banyak betul Thaqif punya kelegaan.  Pada kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada jururawat a.k.a 'kakak baju biru' yang merawat dan menjaga Thaqif sepanjang 6 hari 5 malam dia berada di KPJ Kajang. Terutama pada pelajar praktikal KPJ International Nilai yang selalu main tepuk-tepuk ngan Thaqif kat rehab centre . Tiba-tiba timbul idea aku nak buat novel pasal....biar aku rahsiakan dulu. Kang cakap, tak jadi plak.  Tunggu jelah yer.

Melahu di KPJ Kajang

Imej
Kebosanan mula merangkak ke dalam jiwa aku dan Thaqif. Dah tak tau ceruk mana lagi nak rayau. Buat penat turun naik aje...tak ke mana pun. Demam Thaqif dah kebah. Cuma dia masih batuk dan kahak banyak lagi. Selang 4 jam, sedut gas. Tiap-tiap pagi buat fisio untuk keluarkan lendir. Asal dia nampak aje 'kakak baju biru' ( nurse ) datang dekat, terus dia terkam aku. Dia paling tak suka sedut gas dan ambil suhu badan ikut lubang telinga. Pasti dia mengamuk. IV drip kat tangan dah cabut sebab dia dah boleh habiskan susu sebotol. Selera dia dah normal macam biasa. Asik-asik minta mamam aje. Sebelum buat fisio, kena puasa dua jam. Masa tu juga dia minta mamam. Kesian ler plak. Aku plak tak begitu selera nak makan. Lauk tak best...heheh. Boleh ke buat pesanan pizza ke McD ke Satay Kajang ke...agak-agak lepas tak? Banyak masa melahu aku kat sini. Nak mengarang, otak penat. Layan FB sampai dah naik bosan. Lepas ni nak try main game pulak. Disebabkan aku banyak masa melahu, aku pun jadi l...

JAGA THAQIF

Imej
Lewat petang semalam Thaqif admitted kat KPJ Kajang. Batuk, selsema dan demam. Lendir dah banyak sampai nak bernafas pun naik semput jadinya. Cian plak tengok. Mujur ada laptop dan berukband (terikut2 slanga Szakif n the gang). Tapi tak taulah kalau pihak hospital tak bagi guna. Aku selamba aje pasang....hahaha. Sejak semalam aku tak makan lagi ni. Lapo giler. Manalah depa tak hantar makanan? Adoi...onaka peko peko. Ippai desu! Ni gambar Thaqif tengah tido dengan nyenyaknya setelah beberapa malam tak tidur lena sebab batuk. Aku pun lama dah tak tido lena.

bantal, tilam dan TZ

Sejak dua menjak ni, tidur malam aku dah tak lena macam dulu. Baru aje letak kepala atas bantal, hari dah siang. Baru aje nak lena, Thaqif dah merengek nak susu atau puting dia dah tercabut dari mulut. Adatlah tu kalau ada baby . Memang tidur malam tak akan lena sehingga dia besar sikit.  Tapi ini masalah kecik je. Masalah besar yang menyebabkan aku tak boleh tido malam dengan lena adalah kerana TZ. Bila menjelang weekend aje, memang aku akan berjaga sampai pagi sebab menghabiskan masa dengan TZ yang sudah menjadi obsesi aku sejak lama dulu. Aku penah tinggalkan dia seketika. Selang tiga tahun lepas tu, aku jumpa balik ngan dia. Sekarang dia dah minta perhatian aku balik. Jadi kenalah concentrate. Bantal dan tilam terpaksa tolak tepi sebab aku senang menghabiskan masa dengan TZ, buah hati pengarang jantung. Boleh teka siapa TZ? Siapa lagi kalau bukan T engku Z arul al-Muttaqi. Tak kenal? Alahai! Pegi baca balik ...dan mimpi pun bersatu . Tapi aku baru perasan. Initial TZ ni sama ngan i...

Balik kampung

Imej
Hari ni mungkin hari terakhir bekerja sebelum cuti raya bagi kebanyakan warga kota. Mulai petang ini maka jalan-jalan raya menghala ke luar KL akan mulai sesak dengan kenderaan pengguna yang mahu pulang beraya ke kampung halaman masing-masing. Aku pun akan menyertai rombongan pulang ke kampung ini pada hari Ahad nanti. Harap-harapnya keadaan jalan raya tidak begitu sesak kerana jika dikira hari ini, warga kota ada 5 hari bagi merancang waktu perjalanan. Maknanya balik berdikit-dikitlah. Tak adalah balik sekali gus beramai-ramai. Kurang kenderaan atas jalan, kuranglah kecelakaan. Dan ini entri terakhir sebelum raya sebab aku payah juga nak bawa laptop balik kampung. Nak bawa modem dan wayar penyambung talian lagi. Nanti kat sana kena buat kerja-kerja penyambungan. Kena angkut meja kerusi supaya dekat dengan talian. Heh...sulitnya, bukan kerja gampang ini. Lagipun nanti nak beraya, kenalah mengusung laptop ni ke mana aku pergi. Nak tinggalkan kat rumah, takut dicopet maling. Maklumlah.....

My Hero

Seperti yang takdirkan, hero pertama aku lahir pada 13 Ogos 2008. Lebih kurang pukul 11.31 pagi, bertempat di Dewan Bedah Hospital Serdang, maka dengan selamatnya lahirlah Thaqif Zikrulhaqeem seberat 3.38 kg melalui pembedahan Ceasarean.  Nak upload gambar tapi kabel kamera sudah salah letak ler...huwaaa....Next time jelah ya. Kalau aku nak lukis, nanti serupa pula dengan Ultraman Next...huwahahaha. Setakat ni dululah laporan aku. Untuk cerita ngeri pembedahan selanjutnya akan ku sambung kemudian bila aku rasa cam nak menulis. Semangat aku ilang sekejap sebab kabel kamera dah salah letak...haiyoh!

13 Ogos

Imej
Persoalan yang menghantui jiwa aku semalam ini terungkai jua. Ewah...macam ayat dalam novel ler pulak...hehehe. Semalam pergi Serdang. Baby dah berat 3.3 kg. Maka selepas berunding dengan dua orang doktor, yang ketiga ni keluar ikut tingkap macam yang kedua. Apa nak buat...dah maknya cute miut sangat...ehehehe. Jadi hari ni hari terakhir di pejabat sebelum cuti panjang. Hari Isnin nak lepak-lepak jer kat rumah, kemas apa yang patut. Hari Selasa, admit ke Serdang. Hari Rabu baru operate . Kiranya aku tak payahlah kelam-kabut lagi. Tarikh dah dapat jadi semuanya boleh dirancang dengan baik melainkan rezeki tiba awal, aku contraction dulu sebelum tarikh 13hb tu. Apa-apa pun boleh berlaku. Semalam aku tengok jadual c-section di Serdang untuk hari ni sudah penuh. Ramai betul nak bersalin pada 08082008. Kalu dapat 20082008 pun lawa gak. Tapi aku malas nak fikir pasal tarikh ni. Tak significant pun. Tapi kebetulannya 13 Ogos ni tarikh anniversary nikah aku. Jadilah kebetulan yang tak ...

AIDIL FITRI 2007

Tahun ni aku berhari raya di KL...hmm...pagi raya pertama aje. Petang tu aku dah kena ikut balik ke Perak. Hish...Sempat pergi rumah makcik aku dua buah rumah. Lepas tuh terus cabut ke utara. Tak sesapa pun kat kampung tahu kami nak balik. Sebab laki aku awal-awal dah beritahu tahun ni tak balik kampung sebab tak ada cuti. Memang pun. Tapi biasalah...kampung dia kan. Tak boleh pun jadi boleh....wakakakakaka. Nasib baik aku dah mohon cuti semalam. Kalau tak, mau sakit badan aku kena kerja semalam. Sampai kat kampung dalam pukul 10 lebih. Terperanjat dinosor depa tengok kami sampai. Semuanya kena tipu idup-idup...wakakakaka. Tahun ni lain pula adventurenya. Kalau tahun lalu aku beraya di kampung dengan kasut but Pua Chu Kang. Tahun ni, walaupun hujan turun lebat setiap hari pada waktu petang, mujur air tak naik. Cuma lecah ajelah. Habis kasut raya aku diselimuti lumpur. Pada hari raya kedua, sempat pergi dua buah rumah bapa saudara laki aku di Parit Baru, Sabak Bernam. Jangan sangka KL a...

Debaran 28 Mac 2005

Seperti yang telah dijadualkan, tepat 8.30 pagi aku dah terpacak di klinik O&G Pusrawi; menunggu giliran untuk didaftarkan. Selepas proses pendaftaran selesai, seorang jururawat membawa aku dan suami ke tingkat 5. Aku disuruh masuk ke bilik menunggu kelahiran (tak tau apa nama bilik tu). Seorang jururawat datang membawa 'pakaian seragam'. Dijangkakan aku akan dibedah pada pukul 11 pagi. Tunggu punya tunggu, sampai aku mengantuk, pukul 12.30 baru aku disorong masuk ke dalam wad bedah. Doktor Habibah dan Doktor Aini (pakar bius) sudah pun menanti. Berdebar-debar jiwa dan raga aku ketika itu. Maklumlah dah lama tak masuk dewan bedah. Seram sejuk dibuatnya. Rasa macam nak lari pun ada terutama bila cerita-cerita tentang prosedur epidural terbayang di benak. Besar mana agaknya jarum suntikan tu? Entah. Aku tak nampak sebab kena baring mengereng. Doktor Aini kata, sakit sikit. Alamak! Aku dah menggelabah gila. Kalau dah masuk bilik bedah, mana ada istilah 'sakit sikit'. T...

28 Mac 2005

Kita hanya mampu merancang, tapi ketentuannya hanya Tuhan saja yang tahu. Kononnya nak samakan tarikh lahir sendiri dengan tarikh lahir baby baru. Tapi untuk mengelakkan beberapa komplikasi, kelahiran yang dirancangkan berlaku pada 4 April depan terpaksa diawalkan seminggu. Rasa macam tak percaya saja. Walaupun ini kali kedua melahirkan, tetapi pengalaman menghadapi C-section merupakan sesuatu yang baru. Ngeri pula membayangkan jarum besar epidural dicucuk ke tulang belakang.... Normal atau pembedahan, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan, pengalaman yang berbeza dan tahap kesakitan pun berlainan. Cara dan tempoh berpantang juga tidak sama. Selepas menjalani C-section nanti baru boleh dibezakan pengalaman mana yang paling 'bermakna'. Doakan segala-galanya selamat bagi ibu dan anak. Amin.

Baby Ceasar

Akhirnya dapat juga aku mencapai kata putus. Setelah menemu ramah beberapa orang kawan dan berbincang dengan doktor dan emak, akhirnya aku memilih untuk bersalin melalui pembedahan. Banyak sangat risikonya kalau bersalin normal - dalam kes akulah. Cuma yang aku kurang bersetuju ialah penggunaan epidural. Rupa-rupanya sekarang ni semua pembedahan akan guna teknik tersebut. Lebih selamat, kata mereka. Bab cucuk tulang belakang buat aku risau pula. Kesan sampingannya memang ada. Diakui sendiri oleh doktor. Cuma minimum sahaja tapi kesan tetap ada. Kalau aku memilih untuk bersalin normal, banyak risikonya. Aliyah dulu pun terpaksa dibantu oleh proses vakum sebab saiz besar dan dia terbelit tali pusat; menyebabkan berlaku luka pada bahagian dalam. Doktor pun menggalakkan untuk aku bersalin secara pembedahan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang negatif. Aku reda dan mengharapkan segala-galanya selamat. Tarikh pun sudah dipilih iaitu 1hb April 2005 (Jumaat) bersamaan 21 Safar 1426 Hijr...

Ceasarean dan normal

Menghitung hari, detik demi detik.... Sudah 29 minggu. Dalam masa dua bulan lagi penantian ini akan berakhir. Seronok dan takut (sekali lagi) bercampur-baur. Seronok sebab dapat baby baru. Takut sebab prosedur kelahiran itu nanti akan melalui beberapa saat getir dan genting. Sewaktu melahirkan Aliyah dulu, masih fresh dan tak tahu apa yang akan berlaku. Kali ini, sudah terbayang di ruang mata apa yang akan terjadi plot demi plot dan perasaan yang mengiringi sekiranya detik tersebut bermula. Bukannya sakit yang dibimbangkan. Cuma beberapa prosedur yang tidak begitu menyelesakan yang tidak begitu disukai. Mungkin disebabkan pengalaman pertama dahulu di sebuah hospital. Sebab lain padang, lain belalang. Ada yang susah, ada yang senang. Doktor sudah memberikan pilihan. Disebabkan faktor anatomi, berat baby mesti tidak lebih daripada 3 kilo. Aliyah dahulu beratnya menjangkau 3.2 kilo. Saiz yang tidak sesuai menyebabkan dia terpaksa dilahirkan melalui proses vakum (kena sedut dengan mesin ha...