Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penulisan

Popular vs Sastera

Imej
Saya lebih suka menggunakan istilah ‘popular’ daripada ‘picisan’. Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan maksud ‘picisan’ sebagai tidak berharga, rendah mutunya. Tidak mahulah saya meletakkan karya saya dalam kategori ‘picisan’. Lebih baik popular sahaja. Definisi ‘popular’ menurut sumber yang sama pula ialah digemari atau disukai ramai. Lebih baik ‘popular’ daripada ‘picisan’, tidak begitu? Entri ini dihasilkan setelah membaca entri Anita Aruszi “Di mana picisnya sesebuah karya?” Selama ini saya hanya pekakkan telinga mendengar perdebatan ini dipanjangkan. Tetapi kali ini saya fikir, saya harus berkata sesuatu mengenainya. Hanya disebabkan seseorang penulis mengilhamkan novel cinta dan kasih sayang dalam bentuk yang santai yang tidak melampau, karyanya boleh dicap picisan. Agak tidak adil. Lewat kebelakangan ini sudah banyak novel yang bertemakan cinta dan kasih sayang yang amat menjaga kesantunan bahasa, baik dari segi tatabahasa dan ejaan. Walaupun ti...