Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Si Penulis

Terlajak laris

Imej
Novel terbaharu aku dah keluar akhir Jun lepas. Tapi belum ada di kedai. Penerbit menjualnya menerusi online dahulu. Jadi kepada sesiapa yang nak dapatkan Srikandi vs Arjuna, boleh membelinya daripada Karangkraf Mall ataupun daripada Novel Kafe . Kalau beli dengan Novel Kafe , harus dapat autograf kan? Hehehe...tapi kena mentionlah yer sebab aku hidup dua alam. Pisahkan kehidupan peribadi dengan kehidupan glamor sebagai penulis. Eh...glamour ke? Hahahaha....entah. Aku tak kisah bab glamour atau popular. Yang aku kisahkan ialah royalti. Hasil penat lelah aku berangan-angan kuharapkan berbaloi. Mungkin di Malaysia ni masih belum banyak penulis yang jadi jutawan kerana menulis. Hanya beberapa orang sahaja yang kukira berjaya menjadi jutawan buku. Mungkin aku akan menyusul jejak langkah penulis jutawan tersebut. Siapa tahu, kan? Saja nak kongsi gambar kat bawah ni. Bikin hati berbunga-bunga....hahahaha Ni betul-betul laris ataupun sekadar gimik marketing? Seandainya betul-betul l...

Srikandi yang menyelamatkan aku

Imej
My precious.... Tahun lepas, hati aku terbuka nak cuba hantar manuskrip kepada Alaf21. Sebalum ni aku tak begitu ambil serius pun pasal dnegan siapa aku menulis. Janji buku keluar. Royalti dikira sebagai bonus hasil penat lelah aku menulis. Tapi entah mengapa, setelah mengambil iktibar daripada beberapa kejadian dengan penerbit lama, hati aku semakin tergerak dan kuat untuk menghantar manuskrip ke Alaf21. Siapa tak kenal Alaf21 yang bernaung di bawah payung Karangkraf, gergasi dalam dunia penerbitan negara? Aku nak masuk sana pun, rasa macam tak layak...hehehe. Tapi aku kuatkan hati. Aku pun hantar manuskrip bulan 6 tahun lepas menggunakan nama aku sendiri, bukan nama pena aku Izza Aripin. Tujuannya supaya jika aku diterima, biarlah aku diterima kerana kualiti manuskrip. Bukan kerana nama pena Izza Aripin. Benar jangkaanku. Pada mulanya penerbit tidak dapat teka siapa aku. Manuskrip aku diterima. Tapi Malaysia ni besar mana sangat. Nak sembunyi kat mana lagi. Sekali google, t...

'Cumil' tak?

Imej
Jika berminat nak beli, boleh hubungi Facebook Novel Kafe Akhirnya....yang ditunggu muncul juga. Maka terjawablah segala persoalan. Maka terlerailah segala perasaan gundah-gulana dan tertanya-tanya yang menghurung kepada otak aku semenjak PBAKL hari tu. Alkisah nak dikeluarkan semasa PBAKL, namun hajat tak kesampaian sebab proses penerbitannya baru nak bermula. Hairan juga aku semasa diberitahu yang novel ini akan ke pesta padahal prufnya pun aku tak semak lagi...hehehe. Walau bagaimanapun, buku ini sempat juga masuk Pesta Buku Selangor Jun ini. Moga sambutannya lebih hebat daripada novel-novel sebelum ini. Hei...semua penulis mendoakan begitu setiap kali buah tangan mereka berjaya diterbitkan.

Keraian berganda

Imej
Ahad ni aku buat majlis pembukaan rasmi kedai The Kids Locker . Akhirnya....buat juga. Sebab dalam rancangan asal memang tak ada memandangkan bajet ketat. Tapi ada rezeki sikit, buatlah doa selamat moga murah rezeki kami. Tadi plak aku tengok kat wall A21, promo novel baharu aku dah keluar. Gembira tak terhingga. Sebab tu dalam minggu ni ada sambutan berganda.

Penat

Imej
The Kids Locker, dua dari kiri. Nampak tak baju-baju yang bergantungan tu? Hari ini selepas beberapa bulan, aku terasa penat sangat. Walaupun semalam aku menerima dua berita yang begitu menggembirakan, tapi kalau dah penat, memang tak larat langsung dibuatnya. Minggu lepas, dapat kunci kedai. Maka berhempas pulas aku memikul barang-barang naik ke atas kedai tiga hari berturut-turut. Mau turun 3kg lagi...hahaha. Bukan itu saja. Aku penat juga ke hulu ke hilir mengambil stok buku yang dipesan. Alhamdulillah, Novel Kafe mendapat pesanan buku yang bertimbun-timbun semenjak pesta buku yang lepas. Kemudian sibuk pula uruskan hal kedai sana sini. Ulang-alik ke pejabat pos. Semalam aku terima 2 naskhah Mufin Manja versi terjemahan dalam bahasa Indonesia. Kemudian editor A21 telefon beritahu yang novel aku ditukar tajuk kepada ehem ehem ehem. Tak boleh announce dulu. Kut-kut ada pihak tertentu yang Google tajuk tu dan link terus ke blog rahsia aku ni, buat naya aje...hahaha. Tajuk no...

Busy dizzy

Imej
bukan tajuk dan cover sebenar The busiest weeks have already started. Today KLIBF 2011 starts until next week. As a writer, my busy schedule starts. As a retailer, my stocks buying also starts. I have to grab the best deals offered during the fest. Finding new supplier, products and prospects. That I will hopefully do today. Tomorrow, I will attend the fest as a writer~witnessing one of my writer friend's novel launching and collecting my latest royalty...hehehe. On Monday, I have to fetch the keys to The Kids Locker. Yup, the CF has finally released and we can move in. Yippie! Also I will have to visit my supplier at Klang and find new stocks. The next day, Tuesday and Wednesday, The Kids Locker booth will be opened at Wisma Tani, Putrajaya. Then on Thursday, I have an interview for BB ambassador's selection...hahaha. I will tell this story later if I think its worth mentioning. Then on Saturday, I will be back to KLIBF to meet few writer friends. We will have a disc...

It's nothing but...

Imej
Nothing much to brag about...but the news do make my day. In fact it's the second best news I've received today, and third since yesterday. Yesterday, I received the first editing job for Izza ProEdit . And this morning, my publisher called saying that I have one cheque written for me. And later this afternoon, I received an email from my editor (from another publishing house), informing me that my Mufin Manja has been translated to bahasa Indonesia and being distributed there already. Once I have the cover for that version, I will post it here. And few minutes ago, I found out that my  Mufin Manja  and my Akademi Gemilang 3: Kunci Dimensi are among top 500 for January until Disember 2010 sales for that publisher. 145. The 360 Degree Leader - Edisi Bahasa Melayu 146.Usahawan Cilik: Mufin Manja 147. Impian Mira 148.Komik-M: Aku, Kau & Bola 1 149.Gila Gila PSP 150. Komik-M: Dunia Kartun 151. Aura Personaliti Warna 152. Rembulan Tenggelam Di Wajahm...

Alhamdulliah!

Imej
Bukan cover dan tajuk sebenar ALHAMDULILLAH! It's the best word that I can say today. After so many days counting hopes and prayers, Allah has made my utmost dream comes true. It supposed to be middle of this year. But the publisher decides to published it during the Pesta Buku Kuala Lumpur!!!!!!! I am thus joyous!!! The happiest writer on the planet!!!! I really need miracles and this is one of it. I hope, thus I pray that good news such as this will never stop. Greedy? Yes...now I have to be greedy to make my life more meaningful after such horrid event . Alhamdulillah...may all plans work as planned and be successful and blessed.

Brand me

Imej
Talking about being entrepreneurial, I, without hesitation, as always, act on instinct, kamikaze, set up my own company. I have been thinking about this since 2005. At least I started doing online and soon perhaps have my own physical store. It's still on establishing phase and fragile. Lots of effort has to be pumped in and not forgetting the MONEY....hahaha. Prior to that, I have launched Jajan Packs (a brand under Novel Cafe). Now being run by my housewife sister. She also runs my renting outlet for Novel Kafe (a brand under Novel Cafe). And yesterday, I let my instinct takes control of my action again and as a result, Fukukids World was born.  Three love under one roof. What about my writing? Well since nowadays I was trapped in Facebook gaming center, I don't write anymore. Apart from busy setting up and running my small business, of course. But I know it's not the most right and wisest thing to do...letting yourself indulged too much ...

Penulis merajuk

Sepatutnya aku nak khaskan entri bulan raya ni dengan kisah raya. Tapi tak sempat-sempat nak upload gambar dan mengarang hikayat raya. Waima disebabkan ada satu berita gumbira, maka aku gagahkan diri mengupdate blog dengan berita itu. Tengok tajuk entri betul-betul. Ya, aku akan berpindah lagi. Berapa kali pindah da....memang kena banyak perpindahan dan penghijrahan ke tempat yang lebih baik dan terjamin. Kalau berpindah ke tempat yang sengsara, lebih baik tak payah, kan? Rasa aku tak ada orang yang memilih untuk berhijrah atau berpindah ke tempat yang tak menjamin masa depan dan membahagiakan. Insya-Allah, ini perpindahan terakhir. Lepas ni aku tak nak ke mana-mana. Cukuplah apa yang ada. Zaman pemburuan dah tamat. Kini zaman santai, berehat-rehat sambil mencurah kreativiti kepada yang terbaik. Bukan tak ada yang terbaik sebelum ini. Memang ada dan aku akan kekalkan hubungan baik dengan dua yang terbaik itu. Satu yang tak baik yang mendorong aku berhijrah tu, maaf cakap, hubungan...

Andainya Ku Tahu

28 Ramadan.... DearArissa, There is something you should know about your past. Even though there is too late already for the truth, I think you should pay attention. You should not run away like you did ten years ago. You should hunt for the truth because things might end up differently if you gave it a thought. However, you gave up too easily without trying to figure out or at least dig deeper than what was unfolding before you. There were options to be taken seriously at that moment. If only you look beyond what was laid in front of you. If only you gave the chances for others to reveal themselves. But you choose to run away and ignore the possibility of getting what you really searching for. Perhaps it is wise for you to give it a thought...at that time of course. Today you know the truth. Is it too late already? Yours truly, Erya 29 Ramadan.... Dear Erya, Whatever the truth may be, I won't look back. What happened in the past, already gone. Let bygone be bygo...

Sinopsis Mufin Manja

Imej
Mufin Manja mengisahkan pelajar lepasan SPM bernama Farahin Marisya yang bertubuh gempal dan besar. Dia sering diejek oleh rakan sekolah lelaki dengan panggilan Mrs. Teapot. Di rumah, nama timang-timangannya ialah Manja. Farahin gemar membuat mufin. Sewaktu menunggu keputusan SPM keluar, Farahin mengusahakan perniagaan mufin. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi olehnya termasuk fitnah dan persaingan daripada pengusaha kek cawan. Berjayakah Farahin mengusahakan perusahaan mufinnya? Bagaimana dengan keputusan peperiksaan Farahin? Bagi anda yang gemar mengusahakan perniagaan dari rumah, novel ini amat sesuai dijadikan bacaan santai sambil belajar menjadi usahawan. 

Pendermaan organ

Imej
Pendermaan organ atau organ transplant...bunyinya masing asing di pendengaran kita (mungkin bagi sesetengah orang, tidak begitu). Tapi cuba tanya pada makcik-makcik atau pakcik-pakcik kita kat rumah tu, faham tak mereka dengan istilah tersebut. Aku pasti tak semua mereka akan faham. Kalau ada yang faham pun, mereka mungkin keberatan untuk mendermakan organ mereka. Bukan setakat golongan tua sahaja, malah di kalangan kita belia dan remaja juga ada yang masih tidak faham istilah pendermaan organ. Organ manusia seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang, sumsum tulang dan kornea boleh didermakan. Kalau nak baca lebih lanjut mengenai hal ni, bolehlah beli edisi terdahulu majalah Visi yang dikeluarkan pada bukan Januari 2006 lalu. Di dalam majalah ni lengkap terkandung maklumat mengenai pendermaan organ yang dikupas dari setiap sudut - undang-undang, sains dan agama. Turut juga memuatkan sesi temu bual bersama Pn. Fatimah Osman, ibu kepada Muhammad Fikri yang sudah setahun menjalan...

Demam pesta buku...24 Mac - 2 April 2006

Aku demam!!! Pesta buku punya pasal. Hari ni aku rasa letih sesangat. Nak cuti tapi tak boleh sebab ada IQA...huwaaaa!!! Nak recap sepanjang 10 hari berpesta dengan buku di PWTC. 23 Mac Khamis Lepas lunch terus bersiap-siap untuk ke PWTC untuk menghantar stok buku-buku yang akan dijual. Lewat petang baru selesai punggah-memunggah dan susun- menyusun. Selepas itu pergi beli KFC melantak bersama kru penerbitan dan kru program kat kabin. Kenyang! 24 Mac Jumaat Hari pertama bertugas (rasmi). Seawal 9.30 pagi kami sudah sampai. Sewaktu melalui booth Fajar Pakeer di Hall 1, jantung ku berdegup pantas ketika sepasang mata ku terpandang ...dan mimpi pun bersatu tersusun di atas rak. Rakan sepejabat sudah mula mengusik dan tersenyum meleret, perli dan cemburu lah tuh...ekekeke.Satu kejutan juga bila CarrieKirana datang menjenguk ke booth majikan ku. Tak sangka akhirnya dapat juga kita berkenalan. Terserempak dengan kak Em dan kak Noorsuraya. Tapi tak sempat hendak berbual panjang.Aku dap...

Aku jatuh cinta pada 'Zarul'

Kita akan mudah jatuh cinta bila terlalu lama dan kerap bersama dengan orang itu. Bila berjauhan atau lama tidak bertemu, maka akan lahirlah bibit-bibit rindu. Selama sebulan yang lalu aku banyak menghabiskan masa bersama Zarul. Siang dan malam, walau dalam mimpi, dia tetap bersamaku. Marah, benci, ketawa, menangis semuanya bersama. Kini kerja-kerja ku telah selesai dan aku semakin berjauhan dengan Zarul. Tiba-tiba terasa ada satu kekosongan yang menguasai jiwa. Terasa satu kuasa yang menyuruh ku agar mencari Zarul semula. Tetapi bagaimana? Cara apa yang harus ku lakukan sedangkan fikiran ku kontang. Idea ku sudah terbatas. Imaginasi ku sudah tumpul. Aku harus berehat seketika sebelum mula bekerja. Jika Zarul ingin ku cari, tunggu hingga aku benar-benar bersedia. Siapa Zarul? Tunggu 'Peluang Kedua' (kalau tajuknya tidak diubah). Kau pasti akan kenali dia!

Tugasan baru

Hari Sabtu lepas, aku bertemu dengan seorang editor baru di Plaza Low Yat. Dalam banyak-banyak tempat di KL ni, aku pilih Low Yat! Memang tak sesuai! Tapi aku juga mempunyai tujuan lain - nak beli scanner. Tempat tu penuh sesak dengan pencinta IT. Sampai nak keluar dari tempat parking pun lebih sejam. Memang sesak, sesesak-sesaknya. Dengan editor baru ini aku akan menyerahkan dua manuskrip untuk dinilai. Sekiranya diterima, manuskrip tersebut akan diterbitkan. Sementara komitmen pada editor lama masih diteruskan. Sekarang aku sedang menyiapkan novel ketiga untuk editor tersebut. Manakala untuk editor baru ini, dua buah manuskrip lama akan ku sunting semula dan dalam proses penambahbaikan. Perlu ada penambahbaikan sebab kedua-dua buah novel berkenaan ku hasilkan ketika tahap pemikiran ku masih kebudak-budakan. Perlu ada anjakan minda. Aku ada dua minggu untuk menyudahkan satu manuskrip. Tugasan baru untuk mencari rakan perniagaan telah ku terima tadi. Sasaran juga telah ditetapkan....