Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Santai

Journey to the east

Imej
Sekali lagi aku mengorak perjalanan menuju ke pantai timur. Kali ini ke Machang, Kelantan. Dan sekali lagi kerana menghantar rombongan pengantin. Kali ini adik bongsu aku - perempuan. Kali terakhir aku ke Kelantan adalah pada tahun 2000 sewaktu menghantar adik kedua aku - juga perempuan- yang berkahwin dengan orang Pasir Putih. Perjalanan kami bermula seawal 7 pagi. Konon nak bertolak jam 3 pagi, tapi tak terjaga sebab penat bekerja pada siang hari masih bersisa. Saat aku paling suka adalah apabila kami tiba di Raub. Lebih kurang pukul 8 pagi. Keadaan pekan Raub masih berkabus. Pengalaman ini mengingatkan aku kepada pekan Tanah Rata di Cameron Highland. Kami sesat masuk ke Kampung Sg Koyan. Sempatlah singgah di stesen minyak Petronas di situ sebelum menyedari yang kami telah sesat jalan. Patutlah jalannya kecil semacam - maklumlah jalan kampung. Sewaktu melalui jalan Kuala Lipis, aku terbayang kemalangan-kemalangan ngeri dan maut yang pernah berlaku di situ. Jalannya memang berbahaya....

Antara pepahat dan pahat

Ada dua kisah yang ingin ku paparkan untuk entri kali ini.Sabtu 14 Januari 2006. Buat pertama kalinya tahun ini, syarikat tempat suami aku bekerja - bekas tempat kerja aku juga - telah membenarkan staf mereka membawa ahli keluarga untuk salah satu aktiviti yang dijalankan oleh kelab mereka. Oleh itu, berpeluanglah aku bertemu dengan ex-bosses dan ex-colleagues yang dah lama tak ku jumpa. Bertempat di Bagan Lalang, Sepang acara mengisi tembolok diadakan. Sebelum ni aku tak pernah sampai ke Bagan Lalang. Hanya mendengar nama dan pengalaman orang yang pernah ke sana. Pemandangan lautnya okay lah juga. Cuma pantainya kotor sedikit. Kalau nak mandi tu...fikirlah dua tiga kali sebab takut ada kayu hanyut atau kaca atau paku. Ini pandangan aku secara kasar sebab aku tak turun ke gigi air. Sempat pijak pasir pantai suku jalan sebab takut kaki aku yang luka itu dimasuki oleh pasir halus. Acara makan-makan bermula lebih kurang jam 5.30 petang dengan hidangan pembuka selera ABC ais krim. A...