Hari pendaftaran aku di OUM Angkasa Raya
Ikutkan tentatif yang diterima melalui pos, waktu pendaftaran adalah dari pukul 9.00 hingga 10.45 pagi. Oleh sebab kepenatan dek majlis semalam, aku keluar rumah pukul 10.00 pagi dengan menaiki STAR dan Putra LRT. Sebaik saja sampai di OUM, jam sudah pukul 10.45 pagi. Dah lambat! Semua pelajar telah masuk ke dalam dewan mendengar ucapan aluan Presiden. Bagaikan pahat dan penukul, aku ke hulu dan ke hilir menguruskan urusan pendaftaran.Sudah lima tahun aku meninggalkan kampus. Rasa kekok nak jadi student semula dan menjalani pengalaman yang sama semula untuk mendaftar. Keliru, bingung, blur...itulah perasaan aku. Sudahlah lambat, terkial-kial membaca peta untuk mencari arah yang sepatutnya aku pergi selepas sesuatu urusan selesai. Lepas check-in di meja pendaftaran, aku diarah ke Bilik 1: Heliconia untuk membayar yuran. Selepas itu, berpusing tak tentu hala mencari Bilik 2: Plumbago untuk bertemu dengan koordinator program. Sebenarnya kedudukan bilik ni terbalik. Bilik nombor 2 di ...