Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2010

Stolen moments

Imej
The graduation robe I was thinking of sharing my joy by uploading several graduation pictures inside of this blog. However, the happiness turns into the most regretful moment. My Sony Ericsson handphone was stolen while I was trapped in the human traffic jammed outside the graduation hall. Furthermore, I was carrying Thaqif and my sling bag just went behind my back. I bet, during this moment, the haram jadah culprit do his or her job. Whoever stole the handphone, I pray that he or she will have bloated stomach forever. It's horrible than death, is it? Hahaha...take that! I have few pictures of me, my friends, my children and my husband, taken during the event, which I treasured the most. Hence I was able to upload only one picture of me while I'm still seating inside the hall. Now the only pictures that I have left are the ceremonial pictures taken on stage and the family photo we took at the makeshift studio inside the hall. Just that and no candid pictures of me and ...

To go or not to go

Again...I have to go through that particular 'butterfly in the stomach' experience. I know the day would come someday...somewhere in 2013 but I never thought it will be now...as today. I hit the sent button on Tuesday. On Wednesday, I received that phone call. And today afternoon, I was in their office appearing for first round interview. The second round would be someday next week if I get through the first screening. Why am I doing this so early? I have another 2 1/2 year to go to enjoy this luxury salary. Well, when luxury does not make any sense, work satisfaction does. And unfortunately vice versa. We cannot get both of them. Why? Thousands of times I have been asking this particular question. Why can't a hefty salary be coupled with a job satisfaction? Why can't I enjoy both? This is life...you can't get everything you want in a single breath. You have to win some and lose some. Unfortunately, I stubbornly won't accept the fact. I believe there are big ...

Carrot cake vs Ramly burger pie

Imej
Sempena hari jadi Cik Abang yang ke-36, aku pun buatlah kek lobak merah berkeju....errr...macam pelik pula bunyinya. Carrot cake with cheese topping...hah...inilah nama kek yang aku buat. Resepi carrot cake ni aku pernah kongsi dulu. Cuma tang topping tu, aku tiru resepi daripada kek lain. Sengaja aku gabungkan dua menjadi satu. Boleh tahan juga rasanya. Cuma rupa kek ni, taklah menarik sebab aku tak ada loyang kek yang sesuai. Nampaknya lepas ni aku dah ada justifikasi untuk membeli loyang kek. Selain tu aku buat juga pai yang asalnya resepi daripada the ever famous Szakif Pie . Cuma kali ni aku ubah sedikit resepinya. Aku gunakan daging burger Ramly dan juga fettucine. Pasta spiral kat rumah dah habis stok. Daging burger ada banyak sebab kononnya menu bersahur dulu. Tapi sekeping pun tak luar. Maka nak elak pembaziran, aku buatlah Ramly burger pai. Kak Wi pun ada cadangkan untuk guna daging burger. Verdict aku, rasanya macam burger. Kalau orang yang tak suka burger Malaysia (macam...

Open house Raya

Imej
Sabtu lepas aku buat majlis makan-makan raya. Tak panggil open house sebab jemput keluarga terdekat, jiran tetangga (pun tak semua) dan sahabat rapat saja. Kata Cik Abang, tahun depan baru buat open house macam tahun lepas dan boleh jemput semua orang yang dikenali. Harus aku tempat khidmat katering. Tahun ni aku masa sendiri. Konon-konon nak tunjuk hebat. Mak ai...letihnya usah cakap. Sediakan makanan untuk 50 orang +/- pun dah rasa macam nak terbongkang, ini kan pula untuk 200 orang +/-. Memang kena upah orang masak. Menu utama nasi beriani. Laki aku suruh buat. Selalu guna rempah beriani segera Maggi. Kali ni aku beli rempah beriani jenama lain dan adun sendiri dengan rempah ratus lain. Entah apalah rasanya. Aku tengok laju aje tetamu makan. Sedap atau lapar? Hahaha.... Lauk utama ialah ayam berlada. Resepi ni aku belajar daripada Dr Noraini, isteri Chairman tempat aku kerja. Masa pergi beraya ke rumah dia tempoh hari, dia masak nasi ayam dan lauknya ayam berlada ni. Masa berbu...

Tartlet buah

Imej
Hari ada jamuan potluck raya di opis. Jadi aku buat tart buah. Dah lama tak buat tart. Kalau tak buat, mesti lupa. Dari pukul 8 malam sampai ke pukul 1 pagi, baru siap tart aku. Sempat lagi tengok My Girl sambil nangis-nangis.... Resepinya nanti aku bagi, ya.

Penulis merajuk

Sepatutnya aku nak khaskan entri bulan raya ni dengan kisah raya. Tapi tak sempat-sempat nak upload gambar dan mengarang hikayat raya. Waima disebabkan ada satu berita gumbira, maka aku gagahkan diri mengupdate blog dengan berita itu. Tengok tajuk entri betul-betul. Ya, aku akan berpindah lagi. Berapa kali pindah da....memang kena banyak perpindahan dan penghijrahan ke tempat yang lebih baik dan terjamin. Kalau berpindah ke tempat yang sengsara, lebih baik tak payah, kan? Rasa aku tak ada orang yang memilih untuk berhijrah atau berpindah ke tempat yang tak menjamin masa depan dan membahagiakan. Insya-Allah, ini perpindahan terakhir. Lepas ni aku tak nak ke mana-mana. Cukuplah apa yang ada. Zaman pemburuan dah tamat. Kini zaman santai, berehat-rehat sambil mencurah kreativiti kepada yang terbaik. Bukan tak ada yang terbaik sebelum ini. Memang ada dan aku akan kekalkan hubungan baik dengan dua yang terbaik itu. Satu yang tak baik yang mendorong aku berhijrah tu, maaf cakap, hubungan...

Al-Ahmadi: Dahulu dan Kini

Imej
Al-Ahmadi, nama sekolah aku yang aku sangka akan terkubur buat selama-lama dalam lipatan memori. Rupa-rupanya tidak. Dengan teknologi Facebook, aku kembali mengingati kenangan di Al-Ahmadi. Facebook banyak membantu menemukan aku dengan kawan-kawan lama, baik senior, sebaya mahupun junior hingga ke super-supernya sekali. Pada 8 Syawal lalu, aku kembali ke bumi Kg Paya Rumput, Sg Udang menjejaki memori silam yang ku tinggalkan. Dan18 tahun aku tinggalkan Al-Ahmadi. Pernah juga jenguk beberapa kali dalam jangka masa 18 tahun ni. Tapi kunjungan lalu lebih bermakna kerana aku dapat 'kongsi' Al-Ahmadi dengan suami dan anak-anakku. Tak pernah terbayang di kepala saat itu akan muncul. Bagi aku kenangan di Al-Ahmadi--baik yang manis mahupun buruk--adalah antara kenangan paling berharga dalam hidup. OMG...tears breaming my eyes already meh....hahaha. Melankolik sunggoh! Saksikan rakaman memori aku bersama Al-Ahmadi. Di belakang kami ialah bangunan kelas dan tiang bendera Seko...

Gulai kawah

Imej
Semalam buat gulai kawah. Jarang aku makan gulai ni. Tapi semenjak bersaudara dan beriparkan orang pantai timur, selalu pula aku jumpa lauk ni. Makanya semalam aku pun cuba buat. Rempahnya aku dah beli siap-siap kat pasar tani Saujana Impian dua minggu sudah. macam ni ke texture dia? GULAI KAWAH Bahan-bahan: 500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan] --aku guna daging cincang dan tulang 2 s/b kerisik 2 cawan santan pekat 2 s/b gula merah/perang [brown sugar] 2 keping asam keping minyak garam Bahan Mesin --aku gantikan rempah dengan rempah siap gulai kawah 20 tangkai cili kering 1 s/b rempah kari daging 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE 7 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 3 cm halia 2 cm lengkuas Bahan tumis: 2 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Cara penyediaan: Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi....

Soto ayam dan begedil

Imej
Hari-hari berbuka dengan nasi, boring juga. Tengah dok fikir nak masak apa, tetiba teringat kat rempah soto yang aku beli di pasar tani Saujana Impian minggu lalu. Intai peti ais, buat inventory checking sat...semua bahan ada. Cukup. Jadi apa lagi...moh menyoto ler kita ek...hahahaha SOTO AYAM Bahan-bahan:  1 ekor ayam, dipotong 8-- buat 1/3 ekor ayam aje Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup 15 biji bawang merah, dihiris halus 4 biji bawang putih, dihiris halus 3cm halia, dihiris halus 7cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 10 biji lada hitam --tak letak 1 camca teh lada putih --tak letak Bahan kisar kering:   (ganti dengan perencah soto yang diproses sendiri oleh pakcik soto...hehe) 1 camca teh ketumbar biji 1/2 camca teh jintan manis 1/2 camca teh jintan putih Bahan tabur:  Taugeh, dicelur sedikit Suhun, digoreng --stok suhun tak ada. sedih betul Kacang tanah, digoreng --tak suka letak kacang Daun sup & ...

Bubur Lambuk

Imej
Hari ni aku nak kongsikan resepi Bubur Lambuk. Mudah aje resepinya. Sesiapa pun boleh buat. Resepi ni popular masa bulan Ramadan. Masa tu anak aku yang minta nak buka puasa dengan bubur. Jadi beria aku masak. Sudahnya yang makan kami berdua aje. Encik Hubby bukan peminat bubur. Untuk elakkan pembaziran dan jadi sahabat syaiton nirrajim, maka aku bungkus bubur ni hantar ke taska. Senang kerja pengasuh. Tak payah masak untuk budak-budak. Sebenarnya sebelum ni, aku memang tak ada keinginan nak buat resepi ni sebab tak yakin boleh buat. Tapi hari tu aku dapat tugasan menemu ramah tukang masak bubur lambuk Kampung Baru yang famous tu untuk paparan majalah Visi (sekarang majalah ni dah tak ada). Bukan saja aku dapat temu ramah, tapi dapat tengok cara dia masak bubur yang akan diagihkan untuk hari tu. Sebab tengok demo, tentu aku bersemangat nak buat, kan? Jadi, inilah hasilnya. Rasa pun ala-ala bubur lambuk Kampung Baru gitu. Mudah saja nak membuatnya. Anak-anak pun boleh tolong bua...

Udang petai lawan tomyam sayur

Imej
Yang ni menu hari Rabu. Sebenarnya dah blur tak tau nak masak apa. jadi geledah apa yang ada dalam peti ais dan tambah beberapa bahan tomyam yang tak ada contohnya tomato dan seleri. Kali ni aku buat tomyam paste sendiri. Nak cuba...kut-kut menjadi. Alhamdulillah...sesuai dengan tekak aku. Cuma kurang pedas. paling senang dan yang penting Cik Abang's favoutite...hehe dapat satu bekas kecil ni...buat sikit aje PASTE TOMYAM Bahan-bahan: 5 ulas bawang merah 2 biji cili merah 5 biji cili kering 1 inci lengkuas 2 batang serai 1 sudu udang kering 3 helai daun limau purut 1 inci belacan (dibakar) air asam jawa, gula & garam Cara penyediaan: Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambi...