Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sup

Oden ala Family Mart

Imej
Selalu sangat nak pegi Family Mart semata-mata nak makan Oden.... haish.... memang rabak poket. Sekali pergi aje, mesti 3 bowl wajib. Tu belum campur green tea ice cream, cheese ice cream lagi. Belum campur onagiri... susu pisang... susu melon. Puluh-puluh RM juga lebur sekali lawatan sambil belajar ke situ. One day.... ala-ala pada suatu hari, aku terjumpa posting FB pasal home made Oden. Tak susah aje pun nak membuatnya. Yang susah nak cari bekalan pes asam pedas Adabi. Tetiba aje, lepas aku jumpa resepi ni, pes tu dah susah nak cari. Semua market aku pergi... you name it... Speedmart, AEON Big, Jaya Grocer, Tesco, Giant.... kedai Acheh kat Seksyen 5 BMC pun aku redah. Memang tak de. Kalau ada pun, tinggal sepeket dua which aku tibai semuanya. Terpaksalah improvised resepi ni guna paste asam pedas jenama lain. Okelah juga. Ada rasa Oden. Akhirnya, aku berjaya juga borong pes asam pedas Adabi. Beli kat SACC Mall. Kat supermarket bawah tu... apa tah namanya. Lupa plak. Tu pun se...

Mi Sup Simple

Imej
Saya jumpa resepi ni kat Facebook. Resepi asal namanya Bihun Sup Chinese Style. Tapi saya improvised sikit ikut kesesuaian stok semasa yang ada kat dapur. Mi kuning | Udang | Fishball | Isi ayam | Bawang putih yg dah digoreng | Sayur-sayuran Bahan-bahan: 1 bungkus mi kuning (resepi asal guna mihun) 4 ketul bahagian isi ayam (resepi asal tak ada bahan ni) 1 mangkuk sayuran - kobis, lobak, seleri, cendawan tiram, karot, bunga kobis (resepi asal guna sawi cina) 1/2 peket bebola ayam 1/2 mangkuk udang kecil (guna udang besar lagi sedap) 2 bunga bawang putih (dicincang dan digoreng kekuningan) 2 kiub ayam (atau secukup rasa) Air (bergantung kpd kuantiti kuah yang dimahukan) Garam secukup rasa Bahan perasa (optional) Bahan kicap cili: Cili padi Kicap (resepi asal guna kicap cair) Cuka Garam Gula Bahan hiasan: Daun bawang Bawang putih goreng tadi Bawang goreng (optional) Cara penyediaan: Cincang bawang putih. Kemudian goreng dengan minyak hingga kekuni...

Soto ayam dan begedil

Imej
Hari-hari berbuka dengan nasi, boring juga. Tengah dok fikir nak masak apa, tetiba teringat kat rempah soto yang aku beli di pasar tani Saujana Impian minggu lalu. Intai peti ais, buat inventory checking sat...semua bahan ada. Cukup. Jadi apa lagi...moh menyoto ler kita ek...hahahaha SOTO AYAM Bahan-bahan:  1 ekor ayam, dipotong 8-- buat 1/3 ekor ayam aje Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup 15 biji bawang merah, dihiris halus 4 biji bawang putih, dihiris halus 3cm halia, dihiris halus 7cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 10 biji lada hitam --tak letak 1 camca teh lada putih --tak letak Bahan kisar kering:   (ganti dengan perencah soto yang diproses sendiri oleh pakcik soto...hehe) 1 camca teh ketumbar biji 1/2 camca teh jintan manis 1/2 camca teh jintan putih Bahan tabur:  Taugeh, dicelur sedikit Suhun, digoreng --stok suhun tak ada. sedih betul Kacang tanah, digoreng --tak suka letak kacang Daun sup & ...

Udang petai lawan tomyam sayur

Imej
Yang ni menu hari Rabu. Sebenarnya dah blur tak tau nak masak apa. jadi geledah apa yang ada dalam peti ais dan tambah beberapa bahan tomyam yang tak ada contohnya tomato dan seleri. Kali ni aku buat tomyam paste sendiri. Nak cuba...kut-kut menjadi. Alhamdulillah...sesuai dengan tekak aku. Cuma kurang pedas. paling senang dan yang penting Cik Abang's favoutite...hehe dapat satu bekas kecil ni...buat sikit aje PASTE TOMYAM Bahan-bahan: 5 ulas bawang merah 2 biji cili merah 5 biji cili kering 1 inci lengkuas 2 batang serai 1 sudu udang kering 3 helai daun limau purut 1 inci belacan (dibakar) air asam jawa, gula & garam Cara penyediaan: Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambi...

Menu solo

Imej
Semalam buka puasa sorang-sorang. Kesian aku...huhuh. Cik Abang keje overtime sampai pagi tadi. Anak-anak dah makan awal-awal. Jadi aku pun malas nak masak beria-ia sebab yang makannya, aku sorang. Buat kali kedua aku meredah bazaar Ramadan mencari lauk-pauk. Dapatlah pancing ikan cencaru bakar seekor, Yong Tau Foo dan air Lai Chee Kang. Pada Ramadan tahun lepas, inilah makanan kegemaran wajib yang aku selalu beli. Cuma tahun ni mood nak 'beraya' di bazaar Ramadan kurang. Alhamdulillah...jimat duit...hahaha ikan cencaru bakar sup bakso dengan suun...buat sendiri pecal...mak bagi sekali lagi....bilis dan kentang goreng