Demam pesta buku...24 Mac - 2 April 2006
Aku demam!!! Pesta buku punya pasal. Hari ni aku rasa letih sesangat. Nak cuti tapi tak boleh sebab ada IQA...huwaaaa!!! Nak recap sepanjang 10 hari berpesta dengan buku di PWTC. 23 Mac Khamis Lepas lunch terus bersiap-siap untuk ke PWTC untuk menghantar stok buku-buku yang akan dijual. Lewat petang baru selesai punggah-memunggah dan susun- menyusun. Selepas itu pergi beli KFC melantak bersama kru penerbitan dan kru program kat kabin. Kenyang! 24 Mac Jumaat Hari pertama bertugas (rasmi). Seawal 9.30 pagi kami sudah sampai. Sewaktu melalui booth Fajar Pakeer di Hall 1, jantung ku berdegup pantas ketika sepasang mata ku terpandang ...dan mimpi pun bersatu tersusun di atas rak. Rakan sepejabat sudah mula mengusik dan tersenyum meleret, perli dan cemburu lah tuh...ekekeke.Satu kejutan juga bila CarrieKirana datang menjenguk ke booth majikan ku. Tak sangka akhirnya dapat juga kita berkenalan. Terserempak dengan kak Em dan kak Noorsuraya. Tapi tak sempat hendak berbual panjang.Aku dap...