Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bagan Lalang

Avani Gold Coast Sepang~Kerja Main-main

Imej
Memang dah lama mengidam nak lepak-lepak kat hotel 5 bintang ni. Tapi...mahal betul harga sebilik. Bila Booking.com buat promo RM388.32 per room, terus kami sambar. Lepas tambah GST (6%) dan service charge (10%) bagai kenalah dalam RM450.45. Booking untuk hari Khamis dan Jumaat. Sebab weekend rates tambah dengan school holidays, memang mahallah kan. Jadi pergilah weekdays. Nak siapkan kerja yang tertangguh sambil bercuti-cuti. Pergi kali ni berempat saja sebab En. Ipin kerja. Kami booking Superior Room. Tapi masa check in, dapat free upgrade ke Family Villa! Mak aih...rasa nak buat lompatan bintang. Harga Family Villa ni bermula dari RM800++ kalau weekdays. Kalau weekend campur cuti sekolah, boleh mencecah RM1000 ++. Kan aku kata mahal tadi. So bila Booking.com buat tawaran harga tu, aku terus tapau tanpa fikir panjang. Tapi duduk semalam ajelah. Nak feel dulu. Esok-esok kalau rasa berbaloi, boleh datang lagi. Janji ada offer baeeekkkk punya. Dalam booking slip, check in pukul ...

Antara pepahat dan pahat

Ada dua kisah yang ingin ku paparkan untuk entri kali ini.Sabtu 14 Januari 2006. Buat pertama kalinya tahun ini, syarikat tempat suami aku bekerja - bekas tempat kerja aku juga - telah membenarkan staf mereka membawa ahli keluarga untuk salah satu aktiviti yang dijalankan oleh kelab mereka. Oleh itu, berpeluanglah aku bertemu dengan ex-bosses dan ex-colleagues yang dah lama tak ku jumpa. Bertempat di Bagan Lalang, Sepang acara mengisi tembolok diadakan. Sebelum ni aku tak pernah sampai ke Bagan Lalang. Hanya mendengar nama dan pengalaman orang yang pernah ke sana. Pemandangan lautnya okay lah juga. Cuma pantainya kotor sedikit. Kalau nak mandi tu...fikirlah dua tiga kali sebab takut ada kayu hanyut atau kaca atau paku. Ini pandangan aku secara kasar sebab aku tak turun ke gigi air. Sempat pijak pasir pantai suku jalan sebab takut kaki aku yang luka itu dimasuki oleh pasir halus. Acara makan-makan bermula lebih kurang jam 5.30 petang dengan hidangan pembuka selera ABC ais krim. A...