Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nordwestzentrum

Jalan ke Frankfurt Buchmesse~Hari Keenam

Imej
13 Oktober 2017 (Jumaat) Hari ni kena pakai baju kurung sebab DBP nak lancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan kat Buchmesse. Jadi semua ahli delegasi disarankan supaya memakai pakaian kebangsaan. Aku memang dah bersedia nak pakai baju kurung. Cuaca pun tak sejuk sangat. Jadi cuma pakai thermal sut dan baju kurung. Jaket macam biasa aku sumbat dalam backpack. Kasut sukan cap Primark. Jadilah... asalkan kaki tak sakit. €18.00 aje. Menang selesa. Meriahlah petang tu dengan ahli delegasi yang berbaju kurung dan berbaju Melayu. Siap ada bacaan pantun oleh orang Jerman. Temu janji untuk hari tu agak kurang berbanding dua hari sebelumnya. Aku sambung jalan-jalan sekitar Messe. Hari ni aku tumpukan pada Hall 3 dan Agora. Atas kiri: Pemandangan daripada beranda dalam Hall 4 | Atas kanan: Beranda luar Hall 3 | Bawah kiri: Pemandangan dari balkoni Hall 3 | Bawah kanan: Pemandangan Hall 4 dari Agora Bergambar sakan kat Agora pakai baju kurung. Tapi kasut, sneaker la. Tak boleh bergaya...