Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel CookBlog

Vietnamese Roll

Imej
Walaupun resepi nak buat Vietnamese roll atau rice roll ni bersepah kat mana-mana, aku masih malas nak buat. So aku order ajelah. Memang sedap dan portion pun banyak. Harga, boleh tahan mahal sebab roll dia besar-besar. Puas makan. Bila Kak Yin minta lagi, maka maknya kena panjang akal. Tak kan nak order aje. Dahla jauh nak pick up. Ke Sri Hartamas sana tu. Lalu aku pun gigih la buka Youtube tengok cara-cara membuatnya. Kat FB pun bersepah resepi. Pertama kali aku buat, resepi sos cilinya memang terbaik. Tapi aku lupa save kat mana. Bila cari balik, tak jumpa. Kecewa betul. Tangan Kak Yin tu. Boleh tahan dobot. Dah nama timang-timangannya Bobot. Siap alas paper sebab nanti kuah menitik-nitik ke lantai. Bahan-bahan:  (ikut selera masing-masing dan boleh dipelbagaikan) Rice paper ** beli kat AEON Big BTHO Udang Filamen ketam Daun ketumbar Daun salad Suhun Timun Lobak merah Cara: Panaskan air. Bila dah menggelegak, celur udang dan filamen ketam sebentar. Janga...

Lontong Sedap dan Kuah Satay Layan

Imej
Entah dari mana kerajinan tu datang, tetiba aje aku rasa nak makan lontong. Hari tu hari Selasa. Lepas balik kerja, terus cari bahan nak buat lontong untuk dimakan keesokan hari. Lagipun parents-in-law ada kat rumah. Jadi esok, husband tak payah masak atau tapau makanan. Aku pun boleh bawa bekal keesokan harinya. Aku rebus nasi impit instant dan buat kuah kacang malam tu juga. Untuk kuah lontong, segala sayur mayur aku potong dan basuh siap-siap. Simpan dalam peti ais dalam Tupperware. So that, Subuh esok aku bangun, boleh terus masak. Kira lewat juga aku tidur sebab dan mengerjakan kuah kacang. Resepi ni aku ambil dari blog Kak Azie Kitchen. Kuah kacang tu sebenarnya dia buat untuk kuah satay dan aku memang suka kuah kacang satay. So korang bleh follow sebijik-sebijik resepi kuah satay kat bawah ni. Memang menjadi dan sedap. Aku suka sangat sebab bahannya mudah. Tak macam resepi kuah kacang yang aku follow selama ni. Mak mentua yang tak makan kuah kacang sangat pun boleh layan ap...

Oden ala Family Mart

Imej
Selalu sangat nak pegi Family Mart semata-mata nak makan Oden.... haish.... memang rabak poket. Sekali pergi aje, mesti 3 bowl wajib. Tu belum campur green tea ice cream, cheese ice cream lagi. Belum campur onagiri... susu pisang... susu melon. Puluh-puluh RM juga lebur sekali lawatan sambil belajar ke situ. One day.... ala-ala pada suatu hari, aku terjumpa posting FB pasal home made Oden. Tak susah aje pun nak membuatnya. Yang susah nak cari bekalan pes asam pedas Adabi. Tetiba aje, lepas aku jumpa resepi ni, pes tu dah susah nak cari. Semua market aku pergi... you name it... Speedmart, AEON Big, Jaya Grocer, Tesco, Giant.... kedai Acheh kat Seksyen 5 BMC pun aku redah. Memang tak de. Kalau ada pun, tinggal sepeket dua which aku tibai semuanya. Terpaksalah improvised resepi ni guna paste asam pedas jenama lain. Okelah juga. Ada rasa Oden. Akhirnya, aku berjaya juga borong pes asam pedas Adabi. Beli kat SACC Mall. Kat supermarket bawah tu... apa tah namanya. Lupa plak. Tu pun se...

Talam Tokyo

Imej
Nak kata aku ni penggemar kuih talam... tak juga. Cuma kalau ada, aku makanlah. Lagipun jiran aku jual kuih talam. Kalau nak, order aje dengan dia. Mudah. Tapi entah kenapa tetiba aje terbuka hati aku nak belajar buat kuih talam. Lalu aku pun pergilah kelas masak kat Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), kat sebelah Giant Saujana Impian tu. Masa tu belajar talam seri muka, talam ubi dan talam kole kacang. Talam ubi tu taubat nasuha aku tak nak buat. Tak ada tenaga nak mengacau ubi tu nanti. Lagipun tangan kanan aku ni kan dah masuk workshop. Mana boleh kerja keras macam nak bancuh simen tu...huhuhu. Kiranya tak la susah mana nak buat kuih talam ni once kita dah tau teknik. Resepi pun penting. Kalau ikut pengalaman aku, setakat nak masak lauk harian dan kuih muih Melayu yang tak terlalu teknikal, maka boleh aje guna resepi kat blog. Tak pun tengok video kat Youtube untuk mudah faham. Kadang-kadang, dengan membaca ni, kita tak dapat imagine cemana gaya nak menggayakan senduk tu kan? Me...

Tteokbokki

Imej
Ini satu lagi makanan kegilaan anak-anak aku selaim kimchi. Dah dua-dua anak dara aku peminat TBS eh... BTS... maka segala mak nenek makanan Korea nak dicuba. Aku pula lebih kepada Anime Jepun. Maka segala mak nenek makanan Jepun aku suka. Mujur anak-anak aku jenis telan aje apa mak dia sumbat. Mudah nak bawa ke majlis. Tak memilih gitu. Tak la kecik ati tuan rumah nanti bila anak-anak kita memilih makan. Walau kadang-kadang kat rumah ni, memilih juga bila menu tak kena tekak dorang. Tapi aku sound bertepek-tepek. Bab-bab meleter ni aku memang dah champion tahap giga. Lagipun aku tak suka dorang merungut pasal makanan. Mulalah aku bersyarah, orang kat Afrika sana, makan tanah, batu. Kita kat sini, makanan dibuang-buang. Dah selalu aku sumbat makanan mahal-mahal. Apa salahnya sekali sekala makan ikan kering cicah sambal belacan. Uish... bagi aku sedap sangat dah menu tu. Tambah nasi 2-3 kali. Budak-budak ni kalau menu tak kena anak tekak, mulalah nak masak rameon/ramyun. Mi seger...

Donut Disaster

Imej
Cinta pertama aku masa ceburkan diri dalam bidang baking ialah donut. Penghujung tahun 2017, company tiba-tiba ada masalah nak bayar gaji kerana kekurangan dana daripada kerajaan. Not again! Ngeri nak bayangkan episod duka 2011 berulang kembali. Tapi disebabkan dah tau awal, maka aku pun buatlah persediaan yang sepatutnya. Cari aktiviti yang boleh mendatangkan duit dengan segera. Hasil berguru kelas hands-on pertama Kebetulan masa hadap FB, terjumpa satu iklan. Kelas belajar buat donut ala Big Apple. Tanpa fikir panjang, aku terus join kelas tu. Bermula kelas tu, aku join kelas demi kelas, modul demi modul. Walaupun aku dah tau buat donut, masih juga ada kalanya tak menjadi. Sakit betul ati kita, wak. Rasa kecewa aje kalau tak jadi tu. Yang jadi cantik tu, aku hantar ke kafe. Macam-macam topping aku buat. Tapi tak banyak. Dalam enam biji aje sebab kafe kecik. Still, ada yang complain kata tekstur donut tu dense. Kecewa kurasa. Bukan tu aje. Kadang-kadang masa nak bu...

Kuih peria

Imej
Hari Sabtu lepas, mak buat kenduri arwah merangkap jamuan raya. Besar cita-cita aku nak masak macam-macam. Siap buat senarai lagi. Tapi tak semua menjadi sebab ada tempahan biskut raya yang masih masuk berdewet-dewet dengan order crunchy cookies. Udahnya aku hanya sempat buat marble kek potong dan kek Victoria Sandwich versi slice aje. Salah satu menu yang aku nak buat ialah kuih peria. Kuih ni sepupu sepapat kuih angku. Cuma rupanya dibuat seperti bentuk sayur peria katak. Kuih ni memang kegemaran aku dan peliknya, payah nak jumpa. Kalau jumpa pun, intinya kacang hijau. Aku tak berapa nak gemar. Selalunya inti kacang hijau yang aku jumpa, mesti kacang tu mentah sikit. Keras. Kurang masak. Lepas tu secoet aje dia letak dalam angku tu. Mana nak puas makan. Dah lama nak try gugel resepi kuih angku. Tapi tak terbuat-buat disebabkan kesibukkan yang dibuat sendiri. Tapi bila aku terjumpa entri kat Facebook pasal kuih peria ni, terus teruja nak buat. Lagipun rupanya ala-ala kuih ...

Daging Phad Pra Pao

Imej
Masa belajar kat UIA kampus PJ dulu, ada satu gerai masakan Thai kat lorong umah flat Seksyen 7 tu yang jual nasi Phad Ka Pow. Memang sedap sangat walaupun simple. Nasi putih, telur mata dan daging cincang masak rempah dia lah. Limau nipis sepotong. Perah kat daging masa nak makan. Nama menu tu Nasi Phad Ka Pow. Kalau lepak gerai tu, memang menu tu yang aku selalu makan. Bila dah pindah ke kampus Gombak, memang bercerai talak tiga lah dengan nasi Phad Ka Pow tu. Tak ada yang boleh ganti. Kalau ada terjumpa pun, iras-iras aje. Dan selalu gunakan ayam cincang macam kat Restoran Johnny's. Tapi nama tak sama. Phad Kra Pow kalau tak silap aku. Masa anak sorang dulu ada sekali aku ajak Ayah Pin pergi gerai tu. Mujur gerai tu wujud lagi. Cuma rasanya kurang sikit daripada dulu. Tukang masak dah bertukar kot. Itu sekali aje aku pergi sampailah sekarang dah anak tiga besar panjang ni. Dan tika aku merayau dan melahu di FB, terjumpa satu resepi ni kat akaun Bedah Lip Lap . Ala-ala mac...

Ayam masak kicap sedap

Imej
Menu paling mudah, cepat dan sememangnya lazat... ayam masak kicap. Dulu kalau aku masak, mesti jenis yang berkuah. Rasa macam muak nak makan selalu. Lama-lama tu aku dah tak suka masak ayam masak kicap style macam tu. Tapi hari tu aku try makan nasi ayam kicap tigabudakgemok yang femes kat Instagram tu. Wah...mabeles ayam masak kicap keringnya. Of koz lah dia tak bagitau resepi ayam tu sebab rahsia mana-mana chef pun. Lainlah kalau dia buka kelas dan kau join. Memang akan dapatlah resepi ayam tu sebiji walau tak sbotol sebab air tangan masing-masing lain rasanya. Demi tak menghampakan perut, aku gugel resepi ayam masak kicap. Terjumpalah satu resepi yang ala-ala sama tapi tak sesesap nasi ayam kicap tigabudakgemok tu. Tapi memadailah kalau nak makan sampai kenyang. Resepi ni aku petik daripada blog Kak Azie . Tapi aku ada buat sedikit modifikasi dalam resepi tu ikut anak tekak dan kehendak usus aku :D Ayam Masak Kicap Paling Simple Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 6-7 ket...

Asam Pedas Telur Mayong

Imej
Telur ikan memang sedap. Cuma kalau telur biasa tu kadang-kadang terasa pahit. Tak tau la lidah aku atau sememangnya tak pandai masak ataupun memang ada rasa pahit-pahit gitu. Telur ikan warna merah yang selalu digunakan untuk penyediaan Tsubukko (sejenis Gunkan) tu memang kesukaan anak-anak. Kalau pergi Sushi King tu, tak sah kalau tak ambil empat plate sorang. Satu plate RM4.00++. Botak kepala mak kau, nak. Tapi demi kepuasan perut anak-anak, mak relakan jer. Duit boleh cari. Anak? Itu aje. Kalau beranak lagi tak sama dengan yang ada. Idok gitu? Speaking of fish roe, ecewahhhh... speak Omputih gitu... hari tu terlebih rajin browse FB. yalah... dah lama sangat rasanya tak melahu depan pesbuk layan si Mark tu. Asik busy siapkan pesanan biskut raya aje. 2-3 bulan sebelum raya, dah jadi zombie Kg. Pisang. Sekarang bila bulan raya dah semakin meninggalkan kita, kuranglah sikit pesanan. Bolehlah aku layan pesbuk. Tapi sebelum layan pesbuk tu, sebenarnya aku layan Instagram dulu....

Puding Triffle

Imej
Sejak mula tahu buat Pudding Triffle ni, dah berkali-kali aku buat terutama kalau ada majlis makan-makan. Adik-adik aku pun tumpang sekaki order pada aku untuk majlis makan-makan kat opis mereka. Nak kata aku buat bisnes puding ni, bolehlah juga. Tapi untuk adik-beradik sajalah. Untuk orang lain, aku belum cukup confident. Hehehe... Entri pasal resepi ni ada dalam blog lama aku yang dah nyah aktif. Sebab tu pada gambar header ada watermark nama blog. Blog itu aku punya tau. Bukan kidnap imej orang lain. Kalau pun aku nak kidnap, pada caption gambar aku ada sebut sumber dari mana. Itu yang sepatutnya kita lakukan jika meminjam sesuatu daripada orang lain. Acknowledge pemilik asal. Bagi mereka kredit sekali gus promosikan laman mereka. Sekiranya untuk tujuan perniagaan, ada banyak image provider seperti Shutterstock, Dreamstime, 123rf.com dan banyak lagi. Ketiga-tiga servis ni aku pernah langgan untuk tujuan pembikinan kulit novel dan buku-buku bergambar. Untuk blog, aku fikir tak p...

Ketam Telur Asin

Imej
Selalunya resepi ni dimasak menggunakan ketam kulit lembut. Pertama kali aku cuba resepi ni adalah pada tahun 2010. Masa tu aku ikut resepi Chef Amy Beh, yang tersiar dalam seksyen Kuali The Star Online. Pautan pun dah 404: Page Not Found . Dan satu lagi resepi adalah daripada Chef Lee Kum Wong, Bangsar Seafood Restaurant. Jadi aku gabungkan kedua-dua resepi ni memandangkan ada bahan-bahan yang aku tak ada waktu tu. Jadi separuh entri ni aku petik daripada blog lama aku yang tersiar pada 29 Ogos 2010. Berdasarkan bahan-bahan kat bawah ni, memang ada perbezaan antara resepi yang digunakan oleh Chef Amy dan Chef Lee. Terpulang pada korang nak ikut mana satu atau gabungkan macam yang aku buat. Cara mengulahnya: Untuk lihat cara yang digunakan oleh Chef Lee, korang boleh tengok kat Youtube. Klik SINI . Ini cara Chef Amy: 1. Bersihkan ketam. Kalau tak tahu, boleh Google aje cara-cara nak siang ketam. Paling mudah, suruh aje pekerja pasar raya yang buatkan. 2. Selepas dibersihka...

Sambal nasi lemak versi layaannnnn

Imej
Bila malam tadi tak boleh tidur (sebab dah tidur siang? Maka mata pun macam burung hantu. Jadi buka la Facebook. Terjumpalah entri pasal sambal nasi lemak layan yang famous amos tu. Bahan-bahan semua dah ada. Maka pagi ni, kita cuba masak sambal nasi lemak versi layan. Bahan-bahan: Cili kering kisar Ikan bilis Bawang besar Bawang holland Gula merah atau nisan Kiub ikan bilis Serbuk perasa Garam Asam keping Minyak masak untuk menumis Cara-cara seperti dalam gambar kat bawah ni. Tumis bawang merah yang telah dikisar. Aku guna 3 biji bawang besar dan 3 ulas bawang merah kecil. Jangan guna banyak air masa mengisar.  Tumislah sehingga garing dan kering. Aku punya ni terlebih minyak. Tu yang nampak tak kering. Masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil. Kuantiti bawang kisar mestilah lebih daripada kuantiti cili kisar menurut resepi asal. Dalam resepi asal, dia bubuh ikan bilis masa tumis bawang. Tapi aku dah terlajak. Terbubuh cili kisar dulu. S...

Barbecued Chinese Chicken Lettuce Wraps

Imej
Dah lama tak mem-blog. Bagai terlupa pula kewujudan blog ni sebab busy dengan IGShops, penerbitan novel dan pekerjaan hakiki. Dalam hidup ni, aku memang suka multitask (force). Sebab kalau buat satu kerja saja, rasa hidup tak puas... tak fulfilled. Hidup hanya sekali. Jadi kalau tak dipenuhkan dengan aktiviti bermanfaat, then why live at all? Okey...enough merepek. Ni aku nak share satu resepi untuk orang yang diet nasi macam aku. Kena start diet balik sebab dah semakin memberat. Cara diet aku macam Atkins tapi bukan Atkins sepenuhnya. Mungkin agak sama dengan Atkins tahap 4. Aku tetap ambil carbo tapi dalam tahap yang minimum. Dan untuk pengambilan telur, terutama telur kuning (dalam Atkits ni telur ni lah antara makanan ruji), aku kurangkan sebab pernah dulu masa mula-mula amalkan Atkins, kolestrol aku yang selama ni cantik tetiba mencanak naik. Bila siasat... oh...sebab aku tibai telur banyak dan terlupa nak kurangkan telur kuning. Jadi kepada yang tengah buat Atkins tu, do watch ...

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Imej
Aku memang tak berapa pandai nak menggoreng bihun. Selalu kalau balik ke rumah ibu mertuaku, biras yang rajin goreng dan mendapat pujian. Jadi aku tak payahlah nak tunjuk skil. Kang rasa tak hapa-hapa, muntah plak orang...hahahaha. Tapi hari ni rasa macam nak try goreng bihun. Maka macam biasa, aku Google ajelah resepi. Jumpa satu resepi kat blog Cik Matahariku . Kat bawah ni, aku kongsikan resepi dari blog beliau. Disebabkan aku copy pasta tulisan beliau, maka aku italic font tu menunjukkan itu hak cipta penulis asal...ngehehe. Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin) 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris) 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Setengah gengam ikan bilis ( direndam) Setengah gengam udang kering ( direndam) Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar. Air secukupnya untuk rendam bihun. 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen) Garam, gula dan ...

Baked Potato Cheese

Imej
Dah lama buat resepi ni. Jumpa kat Facebook ada orang share. Lepas tu hari ni bila nak buat balik, jenuh Google resepi. Mana pulak lah aku jumpa hari tu. Rupa-rupanya kat Facebook. So sebelum aku amnesia balik, baiklah aku share aje resepi tu kat blog. Senang nak selongkar nanti. Resepi ni dipost oleh Salimah Olie via Facebook. Bahan-bahan: 3 biji kentang - potong dua dan kukus hingga lembut (tak nak kopek kulit pun boleh) lagi sedap kalau guna russet atau USA potato Daging hancur secukupnya (saya guna 1/3 dari kepingan daging hancur ramlee) 1/2 biji bawang holland - chop halus 1 ulas bawang putih - chop halus 3 keping slice cheese - belah dua Serbuk lada sulah Serbuk lada hitam Mayonis Secubit garam Parsley flakes Butter Cara penyediaan: 1. kupas kulit kentang. belah dua dan kukus 2. bila kentang agak-agak empuk, jangan sampai lembik, gunakan sudu untuk korek bahagian tengah dan keluarkan isi kentang 3. lenyek-lenyek isi kentang 4. tumis bawang dengan butter 5. m...