Pesta Buku Lagi

PWTC, Kuala Lumpur 31 Julai - 3 Ogos
Hani Ismail akan berada di booth PTSOne pada 2 Ogos (Sabtu).
Masa untuk menghabiskan duit membeli buku sudah tiba lagi. Tapi aku musykil gak. Dapatkah penerbit buku mengaut untung besar kali ini selepas kenaikan harga minyak yang mendadak? Kalau penerbit buku tak boleh buat untung, penulis macam aku pun tak boleh cari makan ler. Emm...alahai!
Satu lagi, kenapa kedua-dua pesta ni diadakan hampir serentak? Sebab nak rebut tarikh sebelum bulan Ramadhan ke? Kalau buat lepas raya, tak dapat sambutan kut sebab duit dah banyak habis beraya. Kalau buat hujung tahun, mak bapak sibuk simpan duit untuk musim sekolah tahun depan.
Ni termasuk dalam kategori akulah. Tahun depan Aliyah masuk darjah satu. Aku pun masih blur lagi apa yang perlu dibeli selain daripada baju dan kasut sekolah. Buku teks nak kena beli ke? Ataupun dah boleh dipinjam? Buku latihan berapa kilo nak beli? Perlukah beli beg beroda untuk Aliyah memandangkan buku sekolah dia nanti berkoyan-koyan?
Yuran sekolah berapa ringgit? Ataupun dah dimansuhkan dan diganti dengan bayaran lain? Aku memang confused. Itu baru sekolah rendah. Belum masuk part sekolah agama dia lagi. Nak arrange transport angkut dia pergi balik lagi. Mujur dia duduk rumah mak. Terjamin juga kebajikan dia nanti. Akulah yang kena mendisiplinkan diri balik bangun seawal subuh sepie macam masa keje tempat lama dulu sebab nak hantar dia ke rumah mak nanti. Aduhai! Mujur aku dah tak payah nak transit ke Shah Alam setiap Jumaat. Kalu tak, perjalanan aku mesti banyak lencongan. Tapi ini semua cerita hujung tahun dan awal tahun depan. Ada masa lagi nak buat persediaan.

Jumpa di sana! (Kalau jumpa orang pakai costum Totoro sambil tunggu-tunggu ayu kat meja tu, akulah kut...heheh)
Ulasan
Catat Ulasan