Oven aku terbakar lagi. Dah lama tak membakar...hahaha. Kali ini aku membakar kek coklat lembab atau moist (moih?). Semenjak berakhirnya Ramadan tahun lepas, dapur oven aku tutup. Tapi selepas cik abang bawa balik kek coklat moist minggu lepas, anak-anak terus minta kek lagi. Maka aku selongkar gerobok yang dah berhabuk, cari stok untuk buat kek. Semuanya ada kecuali gula kastor dan serbuk koko yang dah tinggal tak sampai separuh. Tapi waktu tu hari dah malam. Kedai pun dah nak tutup. Demi tak mengecewakan anak-anak, aku buat ajelah kek guna bahan yang ada. Siap blend gula lagi supaya halus...hahaha. Sebelum mula membakar kek, macam biasa aku kenalah selongkar dapur online chef lain. Resepi ni aku dapat kat myresepi.com. Lupa pula nak salin linknya. Google ajelah kek coklat moist oleh Kak Izan...hehehe. Bahan-bahan kek ( 21 x 21 cm ) 2 cawan tepung gandum (aku guna terpung berserbuk penaik Bluekey) 2 sudu kecil baking powder 2 cawan gula halus (aku guna gula kasar yang dikisar...