Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ayam

Daging Phad Pra Pao

Imej
Masa belajar kat UIA kampus PJ dulu, ada satu gerai masakan Thai kat lorong umah flat Seksyen 7 tu yang jual nasi Phad Ka Pow. Memang sedap sangat walaupun simple. Nasi putih, telur mata dan daging cincang masak rempah dia lah. Limau nipis sepotong. Perah kat daging masa nak makan. Nama menu tu Nasi Phad Ka Pow. Kalau lepak gerai tu, memang menu tu yang aku selalu makan. Bila dah pindah ke kampus Gombak, memang bercerai talak tiga lah dengan nasi Phad Ka Pow tu. Tak ada yang boleh ganti. Kalau ada terjumpa pun, iras-iras aje. Dan selalu gunakan ayam cincang macam kat Restoran Johnny's. Tapi nama tak sama. Phad Kra Pow kalau tak silap aku. Masa anak sorang dulu ada sekali aku ajak Ayah Pin pergi gerai tu. Mujur gerai tu wujud lagi. Cuma rasanya kurang sikit daripada dulu. Tukang masak dah bertukar kot. Itu sekali aje aku pergi sampailah sekarang dah anak tiga besar panjang ni. Dan tika aku merayau dan melahu di FB, terjumpa satu resepi ni kat akaun Bedah Lip Lap . Ala-ala mac...

Ayam masak kicap sedap

Imej
Menu paling mudah, cepat dan sememangnya lazat... ayam masak kicap. Dulu kalau aku masak, mesti jenis yang berkuah. Rasa macam muak nak makan selalu. Lama-lama tu aku dah tak suka masak ayam masak kicap style macam tu. Tapi hari tu aku try makan nasi ayam kicap tigabudakgemok yang femes kat Instagram tu. Wah...mabeles ayam masak kicap keringnya. Of koz lah dia tak bagitau resepi ayam tu sebab rahsia mana-mana chef pun. Lainlah kalau dia buka kelas dan kau join. Memang akan dapatlah resepi ayam tu sebiji walau tak sbotol sebab air tangan masing-masing lain rasanya. Demi tak menghampakan perut, aku gugel resepi ayam masak kicap. Terjumpalah satu resepi yang ala-ala sama tapi tak sesesap nasi ayam kicap tigabudakgemok tu. Tapi memadailah kalau nak makan sampai kenyang. Resepi ni aku petik daripada blog Kak Azie . Tapi aku ada buat sedikit modifikasi dalam resepi tu ikut anak tekak dan kehendak usus aku :D Ayam Masak Kicap Paling Simple Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 6-7 ket...

Ayam masak phad pet

Imej
Masa aku belajar kat UIA kampus PJ tahun 1995-1997 dulu (lepas tu pindah kampus Gombak), aku suka sangat beli lauk ayam masak phad pet. Kat kantin C (bawah). Masa tu aku tak tau apa nama lauk tu. Aku agak ayam masak paprik atau ayam masak rendang tomyam.... hahaha. Bertahun-tahun lepas tu, barulah aku terjumpa resepi ni kat FB. Ternyata yang aku suka dan makan dulu ialah ayam masak phad pet. Siam mari. Suka betul perut aku akhirnya setelah berpuluh tahun, dapat merasa balik masakan ni walaupun tak sama macam yang dimasak dek makcik kantin C tu. Kebetulan aku jumpa resepi ni dalam bulan puasa. Apalagi, mencanak keinginan nak cuba. Aishh... lapar pulak perut aku tetiba tengah taip entri back dated ni... hahaha. Bahan-bahan (kisar semua): 5 batang serai 2 inci kunyit hidup 4 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 1 mangkuk kecil cili padi 5 biji cili merah ** aku guna cili kering kisar Bahan lain: 1 ekor ayam(dipotong kecil-kecil) 1 ikat kacang panjang 3 kpg asam keping ...

Barbecued Chinese Chicken Lettuce Wraps

Imej
Dah lama tak mem-blog. Bagai terlupa pula kewujudan blog ni sebab busy dengan IGShops, penerbitan novel dan pekerjaan hakiki. Dalam hidup ni, aku memang suka multitask (force). Sebab kalau buat satu kerja saja, rasa hidup tak puas... tak fulfilled. Hidup hanya sekali. Jadi kalau tak dipenuhkan dengan aktiviti bermanfaat, then why live at all? Okey...enough merepek. Ni aku nak share satu resepi untuk orang yang diet nasi macam aku. Kena start diet balik sebab dah semakin memberat. Cara diet aku macam Atkins tapi bukan Atkins sepenuhnya. Mungkin agak sama dengan Atkins tahap 4. Aku tetap ambil carbo tapi dalam tahap yang minimum. Dan untuk pengambilan telur, terutama telur kuning (dalam Atkits ni telur ni lah antara makanan ruji), aku kurangkan sebab pernah dulu masa mula-mula amalkan Atkins, kolestrol aku yang selama ni cantik tetiba mencanak naik. Bila siasat... oh...sebab aku tibai telur banyak dan terlupa nak kurangkan telur kuning. Jadi kepada yang tengah buat Atkins tu, do watch ...

Mi Sup Simple

Imej
Saya jumpa resepi ni kat Facebook. Resepi asal namanya Bihun Sup Chinese Style. Tapi saya improvised sikit ikut kesesuaian stok semasa yang ada kat dapur. Mi kuning | Udang | Fishball | Isi ayam | Bawang putih yg dah digoreng | Sayur-sayuran Bahan-bahan: 1 bungkus mi kuning (resepi asal guna mihun) 4 ketul bahagian isi ayam (resepi asal tak ada bahan ni) 1 mangkuk sayuran - kobis, lobak, seleri, cendawan tiram, karot, bunga kobis (resepi asal guna sawi cina) 1/2 peket bebola ayam 1/2 mangkuk udang kecil (guna udang besar lagi sedap) 2 bunga bawang putih (dicincang dan digoreng kekuningan) 2 kiub ayam (atau secukup rasa) Air (bergantung kpd kuantiti kuah yang dimahukan) Garam secukup rasa Bahan perasa (optional) Bahan kicap cili: Cili padi Kicap (resepi asal guna kicap cair) Cuka Garam Gula Bahan hiasan: Daun bawang Bawang putih goreng tadi Bawang goreng (optional) Cara penyediaan: Cincang bawang putih. Kemudian goreng dengan minyak hingga kekuni...

Cucur Ayam Homemade

Imej
Resepi kali ni tak guna tepung. So Atkiners boleh la try buat. Senang aje. Resepi ni aku petik daripada FB Dina Amalina Nordin . Bahan-bahannya: Isi ayam kisar Daun bawang/daun sup Telur Cili merah - buang biji dan dadu halus Bawang besar - didadu Blackpepper Garam Cara penyediaan: Tengok gambar pun dah boleh tau, kan? Hehehe Disclaimer: Text and picture by Facebook Account Owner. Edited by ME

Nasi Chicken Mandy

Imej
Lauk ayam masakan ni pasti bersih dan suci sebab dah dimandikan....hahaha. Anyway, this weekend ada iftar family. So...aku offer diri nak masak juadah berbuka utama iaitu Nasi Mandy Ayam. Ceh...cam konpiden jer kan. Buatnya magic fingers failed to perform, muntah semua worang nanti. Fret not. Aku tak la suicidal sangat nak penaya orang pada bulan Ramadan yang mulia ni. I have help and they proved so well last time. Untuk orang yang selalu blunder kat kitchen dan tak ada masa nak cari rempah bagai, boleh cuba cara aku ni. Simple aje. Tadaaaa.... Simple kan? Dalam pek ni dah siap ada beras basmathi dan rempah nasi serta ayam. Yang tak ada cuma bahan-bahan salad dan sos aje. Yang tu memang korang kena beli sendiri. Tapi resepi ada diberikan. Kalau korang nak order, boleh contact Fairuza (012-2380843) , ejen kat Cyberjaya. Kalau kat Putrajaya, korang boleh contact 019-6637248 . Tapi bagi sesiapa yang suka buat rempah homemade, boleh cuba resepi daripada Nieza Nor Hamnira . Bah...

Chicken Cheezy Balls

Imej
I like to cook but I don't always have magic fingers. Kekadang menjadi, kekadang tak. Terutama kalau buat kuih atau kek. Memanjang aje failed dengan jayanya. Tapi kalau masak lauk, cemerlang la sikit. Jadinya hari ni aku nak start buat CookBlog kat blog ni. Senang nak dijadikan panduan memasak. Kat CookBlog ni aku nak compile semua resepi yang aku nak cuba dan dah cuba. Jadi esok lusa tulat kalau rasa nak masak aje,, bukalah blog ni. Senang gitu. Resepi pertama aku nak share ialah Chicken Cheezy Balls . Aku kongsikan daripada Facebook Page Warisan Network . Bahan-bahan: 500g Ayam/Daging Kisar 200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan) 300g Breadscrumb (Serbuk Roti) 400g Tepung Ubi 3 Biji Kentang 1 Biji Telur (Putih Sahaja) Sedikit garam Sedikit serbuk lada hitam Cara-cara membuat: Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur. Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama Ayam/Daging kisar. Campurkan t...

Soto ayam dan begedil

Imej
Hari-hari berbuka dengan nasi, boring juga. Tengah dok fikir nak masak apa, tetiba teringat kat rempah soto yang aku beli di pasar tani Saujana Impian minggu lalu. Intai peti ais, buat inventory checking sat...semua bahan ada. Cukup. Jadi apa lagi...moh menyoto ler kita ek...hahahaha SOTO AYAM Bahan-bahan:  1 ekor ayam, dipotong 8-- buat 1/3 ekor ayam aje Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup 15 biji bawang merah, dihiris halus 4 biji bawang putih, dihiris halus 3cm halia, dihiris halus 7cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 10 biji lada hitam --tak letak 1 camca teh lada putih --tak letak Bahan kisar kering:   (ganti dengan perencah soto yang diproses sendiri oleh pakcik soto...hehe) 1 camca teh ketumbar biji 1/2 camca teh jintan manis 1/2 camca teh jintan putih Bahan tabur:  Taugeh, dicelur sedikit Suhun, digoreng --stok suhun tak ada. sedih betul Kacang tanah, digoreng --tak suka letak kacang Daun sup & ...

Set Nasi Tomato

Imej
Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55, maka aku masak nasi tomato satu set. Pertama kali ni. Dulu pernah buat nasih tomato dan ayam masak merah. Tapi tak berapa nak menjadi sebab ikut resepi main tibai. Kali ni aku ikut resepi dengan sukatan yang tepat. Barulah menjadi. nasi tomato ku...huhuh NASI TOMATO Bahan-bahan: Beras (2 cawan) --guna beras Basmathi Susu Cair (1/2 cawan) Dada Ayam - didadu kecil (1 keping) --tak letak pun Bawang Putih (4 ulas) Halia (2 inci) Bawang Besar - dibelah empat (1 biji) Tomato - didadu kecil (1 biji) Pelaga (4 biji) --bom atom sebab kalau tergigit, memang melotup...huhuh Bunga Cengkih (4 kuntum) Kayu Manis (1 batang) Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil) Serbuk Lada Putih (1/2 sudu kecil) Serbuk Jintan Putih (1/2 sudu kecil) Kismis (sedikit) Daun Pandan - disimpul (1 helai) Daun Pudina - diracik kasar (sedikit) --tak letak juga Minyak Sapi (1 sudu besar) Air (1 cawan) Cara penyediaan: Kisar hancur halia, bawang be...

Ayam percik

Imej
Semalam aku cuba buat ayam percik untuk buka puasa. Tapi disebabkan kelam kabut nak bawa ke rumah mak, langsung tak sempat nak ambil gambar.Jadi bayangkanlah macam ayam percik yang selalu korang lihat tu yer. gambar dipinjam drp blog Koleksi Resepi AYAM PERCIK Bahan-bahan (4 orang) 1 sekor ayam yang dipotong 4 1 1/2 cawan santan pekat 2 biji bawang putih 1 labu bwg besar 2 cm halia 2 batang serai 1 camca kecil ketumbar 1/2 camca kecil jintan putih 1/2 cawan tepung beras sedikit air asam jawa@asam keping (aku guna asam keping aje) cili kering (optional... kalau nak kuah merah) garam dan gula secukup rasa Cara-cara penyediaan: Kisar bawang, halia, serai, ketumbar dan jintan. Perap ayam dengan rempah kisah selama 1/2 jam di dalam periuk. Selepas diperap, masukkan tepung beras dan santan ke dalam periuk. Gaul rata sehingga ayam disalut dengan campuran tepung dan santan. Masak ayam sehingga lebih kurang 3 suku masak. Apabila kuah percik agak pekat,...

BBQ Chicken Wing

Imej
Semalam sempat lagi buat BBQ chicken wing. Sebenarnya kepak ayam tu aku dah marinate kelmarin. Konon-konon nak makan masa tu juga. Tapi bila fikirkan balik, bagus marinate dulu supaya rempah dan ayam mesra. Jadi aku marinate sehari semalam dalam peti ais. Semalam baru bakar dalam oven. Sempat juga buat coleslaw dan mashed potatoes. Kali ni mashed potatoes aku menjadi seperti yang aku nak. Jom tengok respi. BBQ chicken wing with mashed potatoes, fries and coleslaw Inilah menu buka puasa aku semalam. Go western lagi...hahaha. Cik Abang tak ada bolehlah western. Kalau dia ada, mesti kena sediakan nasi. Almaklumlah, tekak Melayu al-Jawa gitu...hahahaha (raya nanti leh minta ampun...huhu). BBQ Chicken Wing Bahan-bahan 12 keping kepak ayam - dibersihkan dan toskan (aku guna 8 kepak ayam. Maknanya semua portion rempah kat sini aku kurangkan seadanya) 5 ulas bawang putih 1/2 jari halia 1/4 cawan sos tomato 1/4 cawan sos cili 1 sk cili serbuk 3 sb kicap cair 2 sb madu 2 sb...

Chicken Chop

Imej
Dah lama aku tak main masak-masak. Selalu masak menu biasa-biasa aje. Baking pun dah lama tak buat. Kali ni aku cuba masakan Barat yang tak pernah aku cuba walaupun selalu makan di kedai. Tak susah pun membuatnya. Resepi ni aku selongkar dari laman blog Dapur Kayu .  Bahan-bahan ayam: 2 keping boneless chicken (aku buat beberapa keping. jadi semua bahan lain korang gandakan ikut kepingan ayam yang korang guna) Sebiji telur ayam Oat, dikisar sedikit Lada hitam Garam Bahan-bahan gravy 1-2 mangkuk stok ayam (1-2 mangkuk air suam untuk 1/2 - 1 kiub ayam) aku guna stok pekat ayam dan 2 kiub ayam sebab nak buat banyak. 1/2 biji bawang besar, dicincang 2 sudu besar minyak masak  1 1/2 besar tepung jagung 1 sudu besar Worchester sauce (kalau tak ada boleh ganti dengan kicap biasa) cendawan butang, dihiris  (ikut suka banyak mana. aku letak banyak) lada hitam daun parsley (kalau mahu) aku tak letak sebab lupa beli Bahan lain: Kacang buncis Baby carrot (comel ...