Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dom Romer

Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Kelima

Imej
12 Oktober 2017 (Khamis) Hari kedua Buchmesse dibuka kepada pedagang kandungan hakcipta yang datang dari seluruh pelosok dunia. Delegasi Malaysia yang berdagang di sini adalah di bawah kelolaan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak penerbit Malaysia yang sertai FBF tahun ni. Satu peningkatan daripada penyertaan tahun lepas. Hari ni aku dah tak keluar awal macam semalam sebab tak mahu bersesak kat Frankfurt Hbf berebut tren. Pukul 8.00 pagi baru aku keluar dari hotel dan menapak ke hentian bas. Cuaca tak berapa sejuk. Aku cuma pakai thermal suit dan blaus nipis. Jaket sumbat dalam back pack. Dalam Messe ada heater. Aku rasa panas sebab pakai thermal suit. Memang tak sesuai pakai baju tu kalau cuaca tak betul-betul sejuk. Berpeluh dibuatnya bila berkejar mengejar temu janji.... hahaha. Amik aura Oxford kejap... hehehe Temu janji hari ni berjarak agak jauh. Jadi lepas temu janji sebelah pagi, jadual aku agak lapang. Maka berdesup aku la...