Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel baking

Donut Disaster

Imej
Cinta pertama aku masa ceburkan diri dalam bidang baking ialah donut. Penghujung tahun 2017, company tiba-tiba ada masalah nak bayar gaji kerana kekurangan dana daripada kerajaan. Not again! Ngeri nak bayangkan episod duka 2011 berulang kembali. Tapi disebabkan dah tau awal, maka aku pun buatlah persediaan yang sepatutnya. Cari aktiviti yang boleh mendatangkan duit dengan segera. Hasil berguru kelas hands-on pertama Kebetulan masa hadap FB, terjumpa satu iklan. Kelas belajar buat donut ala Big Apple. Tanpa fikir panjang, aku terus join kelas tu. Bermula kelas tu, aku join kelas demi kelas, modul demi modul. Walaupun aku dah tau buat donut, masih juga ada kalanya tak menjadi. Sakit betul ati kita, wak. Rasa kecewa aje kalau tak jadi tu. Yang jadi cantik tu, aku hantar ke kafe. Macam-macam topping aku buat. Tapi tak banyak. Dalam enam biji aje sebab kafe kecik. Still, ada yang complain kata tekstur donut tu dense. Kecewa kurasa. Bukan tu aje. Kadang-kadang masa nak bu...

Biskut raya lagi

Imej
Hujung minggu hari tu aku diserang demam biskut raya. Dari tengah hari sampai waktu berbuka, aku buat eksperimen mencuba resepi biskut. Letih jugak ek terlebih bekerja keras sepanjang Ramadan ni...hehehe. biskut cip coklat rangup BISKUT CIP COKLAT RANGUP Bahan A 125 g butter 125 g majerin 1 sudu besar shortening 160 g gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla Bahan B (gaul rata) 230 g tepung gandum 20 g serbuk koko, ayakkan 100 g coklat cips 50 g white coklat cips (boleh gantikan dgn coklat rice) 50 g badam cincang (roasted) 50 g nestum Cara penyediaan: Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu. Sudukan adunan kecil-kecil (sebesar guli dalam loyang. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara. Aku tak bakar sampa...

London Almond

Imej
Tadaa....London Almond versi aku Orang lain dah berabad tau buat biskut ni. Aku? Baru semalam buat. London almond ni memang kegemaran aku dan anak-anak. Tiap-tiap tahun order pada Kak Ina dan Adila. Tahun ni tak order biskut raya lagi sebab aku yang akan buat sendiri. ngeh ngeh ngeh. Resepi aku ambil di laman Internet. Boleh tengok sini . Tapi aku dah modify sikit resepi ni. Bahan-bahan: 250gm mentega 125gm gula kastor 1 biji telur kuning 1 sudu kecil vanila 200gm tepung jagung 300gram tepung serba guna 1 sudu kecil emplex (kalau tak ada boleh ganti dengan 2 sudu tepung beras) 1 sudu kecil baking powder 200gm badam disangai (goreng tanpa minyak) 50 gm badam cincang untuk hiasan +/- 700gm coklat masakan roasted almond. kena kacau selalu. nanti hangit. masa ni aku dera Aliyah. sementara aku uli biskut, dia sangai almond...hehe Cara-cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Definisi kembang ni aku tak sure cemana. Cuma bila aku nampak adunan dah dua kali gan...

Roti putih (traditional white bread)

Imej
Hari minggu lepas, sambil jaga Thaqif yang kena chicken pox, sempat lagi aku uli roti. Habis sakit dua-dua belah tangan. Siap kena minta urut lagi. Teruk juga nak buat roti rupa-rupanya. Tapi tengok dalam tv macam senang aje chef uli roti. Cara aku salah ke? Walau apa pun, berbaloilah juga usaha selama beberapa jam menguli roti. Dapatlah dalam dua buku roti. Roti tu aku makan dengan sambal sardin. Syedap sampai menjilat jari...yumm. Walaupun crust roti dalam gambar ni nampak gelap sikit, rasanya tetap macam roti cuma tak rasa gebu aje. Kena lebih banyak praktis lepas ni nampaknya. Kalau selalu sangat uli roti, ada muscle lengan aku naik. Tak payah pergi gym pun tak apa...hahaha. Lepas ni aku nak try buat dinner roll plak. Macam bun KFC tu pun nampak best juga. Anak-anak aku suka. Kalau kudrat masih bersisa, hujung minggu ni gak aku buat.

Cinta baharu

Imej
Aku dah temui cinta yang baharu... a new found love . Walaupun sejak sekian lama memang aku dah tau yang cinta aku hanya padanya, aku buat-buat tak tau saja. Buat tak layan, buat tak kisah. Maklumlah aku ada cinta lain yang perlu diutamakan. Tapi semenjak kebelakangan ni, cinta aku padanya semakin kuat. Hingga tak tertahan-tahan. Hingga menyebabkan aku ambil keputusan nak menyimpang jauh dari landasan yang selama ni aku lalui. Memang akan berlaku satu perubahan yang paling drastik dalam hidup aku tak lama lagi. Selama ni aku hanya melayan satu cinta. Tapi kemudian, datang lagi satu cinta yang buat aku kemaruk tak ingat dunia. Kini aku dilanda cinta yang baharu lagi. Bertambah indah dan harum. Akan kulayan cinta yang ni dulu. Lepas tu baru aku layan cinta yang dua itu. Meh aku perkenalkan cinta baharu yang berjaya mencuri hati.... Ini ialah sebahagian peralatan yang aku beli sempena melayan hobi terbaharu iaitu memasak pastri. Memang dah lama aku minta nak belajar buat pastri. Cuma kebe...