Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mufin Manja

Mufin Manja versi bahasa Indonesia

Imej
Versi asal~Malaysia Versi terjemahan~Indonesia Bagi saya, kedua-dua cover novel ini sungguh menyelerakan! Bangga, terharu dan gembira apabila menerima naskhah hadiah novel cilik Mufin Manja daripada penerbit siang tadi. Rasa bagai bersemangat mahu menghasilkan lebih banyak genre yang serupa. Insya-Allah akan diusahakan. Idea sudah mengepung minda, hanya menanti akan saat dicernakan dan diterjemahkan dalam bentuk manuskrip. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang amat singkat!

Chikara

Imej
Chikara bermaksud kuasa, pengaruh atau kebolehan. Diwakili oleh huruf 'ka' dalam tulisan hiragana, menjadi simbol kuasa kepada sesiapa yang menggunakannya. 'Ka' juga bermaksud api dan hari Selasa. Jadi hari Selasa ialah Hari Api dalam kalendar Jepun. Apa kena-mengena simbol chikara dan ka dalam entri saya kali ini? Saya mendapat semangat baharu dalam penulisan. Moga semangat ini kekal kerana saya ada banyak projek penulisan yang terbengkalai gara-gara kehilangan chikara. Sebagai penulis, hasil penulisan saya bergantung kepada emosi. Jika emosi saya kacau-bilau, makanya saya tidak boleh menulis dengan hati yang gembira. Mood atau suasana hati saya juga mempengaruhi aktiviti penulisan. Dahulu ada seorang editor pernah bertanya kepada saya, "Kamu menulis bagaimana? Ikut mood ataupun idea. Kalau ikut mood, susah." Memang tidak dinafikan, kata-katanya benar. Penulis yang menulis ikut mood seperti saya, memang sukar hendak menulis secara berterusan. Sekiranya saya ...

Bacaan pruf selesai

Imej
Final cover Mufin Manja. Saya baru saja menyudahkan bacaan pruf Mufin Manja. Terdapat beberapa fakta yang perlu diselaraskan. Banyak juga saya terlepas pandang. Mujur manuskrip Mufin Manja tidak tebal. Sekadar 173 halaman. Tak sabar saya nak melihat pruf AG3 yang masih belum mendapat apa-apa berita. Manuskrip novel kesinambungan DMPB pula sedang dibaca oleh editor. Tak sabar rasanya hendak melihat manuskrip yang ni yang lebih istimewa. Sambil menunggu pruf kedua-dua manuskrip, saya sedang mengusahakan sambungan cerita Abang Ryan kita tu. Masih ingat dengan Kerana Dia Cinta ? Ada yang minta supaya saya satukan semula Ryan bersama Gia. Hmmm...walau apa pun, biarlah segala persoalan itu terjawab apabila kisah Abang Ryan diterbitkan insya-Allah pada tahun 2010. Ada kejutan menanti!

Sinopsis Mufin Manja

Imej
Mufin Manja mengisahkan pelajar lepasan SPM bernama Farahin Marisya yang bertubuh gempal dan besar. Dia sering diejek oleh rakan sekolah lelaki dengan panggilan Mrs. Teapot. Di rumah, nama timang-timangannya ialah Manja. Farahin gemar membuat mufin. Sewaktu menunggu keputusan SPM keluar, Farahin mengusahakan perniagaan mufin. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi olehnya termasuk fitnah dan persaingan daripada pengusaha kek cawan. Berjayakah Farahin mengusahakan perusahaan mufinnya? Bagaimana dengan keputusan peperiksaan Farahin? Bagi anda yang gemar mengusahakan perniagaan dari rumah, novel ini amat sesuai dijadikan bacaan santai sambil belajar menjadi usahawan. 

2 selesai, tinggal lagi 3

AG3 Kunci Dimensi dan Mufin Manja (Siri Usahawan Cilik) sudah berada di meja editor. Masing-masing menunggu giliran untuk dibedah siasat sama ada sesuai diterbitkan ataupun tidak.  2 komitmen sudah berjaya diselesaikan. Tinggal lagi 3...phew! Capek rasanya. Namun demi minat dan janji, komitmen ini mesti diteruskan.  Gambatte imasu!

Tukar lagi

Saya sendiri tidak tahu sudah berapa kali saya menukar blog template. Apabila saya berasa bosan dengan template yang ada, saya pasti menukarkannya dengan template yang mencerminkan fikiran saya pada ketika itu. Ataupun pilihan template juga memaparkan tema novel yang sedang saya tulis. Buat masa ini, saya sedang berhempas-pulas menyiapkan manuskrip Usahawan Cilik dan Siri 3  AG bagi terbitan PTS. Manuskrip novel lain akan menyusul.  Baru-baru ini saya melayari blog penulis yang menggunakan banyak nama pena--seperti saya juga. Saya pasti setiap nama pena yang digunakan mempunyai tujuan tertentu. Saya menggunakan nama pena berbeza bagi mengklasifikasikan genre penulisan. Nama pena Izza Aripin digunakan untuk novel cinta remaja/dewasa. Manakala nama pena Hani Ismail digunakan untuk novel awal remaja/remaja. Dan nama sebenar saya sendiri digunakan bagi penulisan serius seperti suntingan buku ilmiah/separa ilmiah, artikel majalah dan surat khabar.  Saya sedang mempertimbangkan satu lagi nam...