Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ikan Bilis

Sambal nasi lemak versi layaannnnn

Imej
Bila malam tadi tak boleh tidur (sebab dah tidur siang? Maka mata pun macam burung hantu. Jadi buka la Facebook. Terjumpalah entri pasal sambal nasi lemak layan yang famous amos tu. Bahan-bahan semua dah ada. Maka pagi ni, kita cuba masak sambal nasi lemak versi layan. Bahan-bahan: Cili kering kisar Ikan bilis Bawang besar Bawang holland Gula merah atau nisan Kiub ikan bilis Serbuk perasa Garam Asam keping Minyak masak untuk menumis Cara-cara seperti dalam gambar kat bawah ni. Tumis bawang merah yang telah dikisar. Aku guna 3 biji bawang besar dan 3 ulas bawang merah kecil. Jangan guna banyak air masa mengisar.  Tumislah sehingga garing dan kering. Aku punya ni terlebih minyak. Tu yang nampak tak kering. Masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil. Kuantiti bawang kisar mestilah lebih daripada kuantiti cili kisar menurut resepi asal. Dalam resepi asal, dia bubuh ikan bilis masa tumis bawang. Tapi aku dah terlajak. Terbubuh cili kisar dulu. S...

Sambal Ikan Bilis Tempoyak dan Petai

Imej
Inilah kejadiannya sambal ikan bilis tempoyak dengan petai Dah lama nak makan sambal bilis tempoyak ni. Tapi belum berkesempatan. Semalam CFO beli petai berpapan-papan. Geram lak tengok. Tempoyak homemade hari tu ada lagi. Jadi hari ni, berlaukkan sambal ikan bilis tempoyak dan petailah kita. Resepi ni aku cedok kat Google. Tak ingat blog siapa. Bahan-bahan yang dia gunakan simple. Tak guna bawang pun. Mungkin lain kali aku guna bawang. Rasa lebih sedap kot. Bahan-bahan (sukatan ikut anggaran sendiri) Ikan bilis (belah dua, buang kepala) Tempoyak Cili padi (kalau nak super hawt, letaklah banyak2. Ikut ketahanan fizikal dan mental masing2) Petai (buang kulit, ambil isi. Nak belah dua pun boleh) Kunyit hidup Daun kunyit (dihiris nipis macam nak buat bunga rampai) Garam Cara penyediaan 1. Bersihkan ikan bilis. Goreng separa garing dengan minyak 2. Kisar cili padi dan kunyit 3. Tumis bahan kisar tadi sampai cili naik bau 4. Masukkan tempoyak. Kacau sebati 5. Masukk...

Dendeng daging

Imej
Aku memang suka dendeng daging ni. Paling suka kalau Bik Aini (mak sedara Cik Abang aku) yang buat. Tapi tak kanlah nak harapkan dia buat untuk aku setiap hari, kan? Udahlah dia duduk nun kat Bagan Datoh tu. Masa raya aje yang berpeluang menikmati dendeng daging ni. Raya dah dekat....hahaha. gambar ntah apa-apa sebab nak cepat Nanti aku tempek resepinya. Selain dendeng daging ni, aku buat beberapa masakan lain. Semua ni menu buka puasa hari Jumaat lepas. kubis masak lemak dengan tauhu tauhu goreng sumbat dengan hirisan timun dan karot sambal belacan goreng...ciptaan sendiri Terciptanya sambal ni semata-mata nak tiru sambal Enak the Cafe kat SBS tu. Cubaan tak menjadi, tapi jadi benda lain. Okeylah sebab rasanya pun sedap...hahaha our family's signature dish...kentang goreng ikan bilis pedas Signature dish sebab inilah lauk kegemaran Cik Abang dan anak-anak terutama Aliyah. Dia akan tambah nasi banyak kali kalau ada lauk ni. Aliyah memang susah sikit nak...