Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Telur

Asam Pedas Telur Mayong

Imej
Telur ikan memang sedap. Cuma kalau telur biasa tu kadang-kadang terasa pahit. Tak tau la lidah aku atau sememangnya tak pandai masak ataupun memang ada rasa pahit-pahit gitu. Telur ikan warna merah yang selalu digunakan untuk penyediaan Tsubukko (sejenis Gunkan) tu memang kesukaan anak-anak. Kalau pergi Sushi King tu, tak sah kalau tak ambil empat plate sorang. Satu plate RM4.00++. Botak kepala mak kau, nak. Tapi demi kepuasan perut anak-anak, mak relakan jer. Duit boleh cari. Anak? Itu aje. Kalau beranak lagi tak sama dengan yang ada. Idok gitu? Speaking of fish roe, ecewahhhh... speak Omputih gitu... hari tu terlebih rajin browse FB. yalah... dah lama sangat rasanya tak melahu depan pesbuk layan si Mark tu. Asik busy siapkan pesanan biskut raya aje. 2-3 bulan sebelum raya, dah jadi zombie Kg. Pisang. Sekarang bila bulan raya dah semakin meninggalkan kita, kuranglah sikit pesanan. Bolehlah aku layan pesbuk. Tapi sebelum layan pesbuk tu, sebenarnya aku layan Instagram dulu....

Burger Telur Ala Atkins

Imej
Menu ni diinspirasikan daripada resepi diet Atkins yang aku jumpa kat satu grup Atkiners.  Tapi aku tak pasti sama ada kiraan karbohidrat menu aku ni lulus Atkins atau tak. Bahan-bahan 2 biji telur ayam 2 sudu besar Ayam Brands Tuna Light 1 helai daun lettuce (aku guna Romaine) 1 sudu besar mayonis lada hitam Kewpie Sedikit minyak masak Acuan telur macam nak buat benjo Cara penyediaan Ratakan minyak pada kuali leper.  Sapukan sikit minyak pada acuan telur.  Bila kuali leper dah panas,  pecahkan sebiji telur. Goreng sehingga bahagian atas telur masak.  Nak separuh masak pun boleh.  Terpulang pada selera. Lepas siap sebiji,  ulang langkah yang sama. Sapukan tuna ke atas satu bahagian telur.  Satu bahagian lagi,  lapis dengan lettuce dan sapukan mayonis. Kemudian telangkupkan bahagian telur yang bersapu tuna tadi ke atas bahagian telur yang berlapis lettuce dan mayonis. Siap!

Crabs with salted egg yolk

Imej
Aku berpeluang merasa masakan ni semasa big bos belanja makan di restoran Cheng Ho Amy Search berhampiran Wangsa Walk. Semenjak hari tu, resepi ni menjadi buruan kalbu sehinggalah semalam. Aku pergi pasar tani dan beli ketam. Masa tu tak tau lagi nak masak apa. Bila balik umah, mengadap laptop dan mula geledah resepi. Pada mulanya nak masak Chilli Crab. Tapi macam dah selalu pula. Tengah duk selongkar sana sini, maka terjumpalah beberapa resepi Crabs with Salted Egg Yolk. Lalu aku combine kedua-dua resepi ni sebab ada beberapa bahan yang aku tak ada dan tak nak bubuh. Resepi daripada Chef Lee Kum Wong, Bangsar Seafood Restaurant CRABS WITH SALTED EGG YOLK ( Chef Lee's version ) Bahan-bahan: 1 ekor ketam (aku guna 5 ekor ketam bunga) 1 biji telur, dipukul 100gm tepung kanji kentang (aku guna tepung jagung) 50gm telur asin kuning yang telah direbus 10gm cili api 15gm daun kari (aku tak letak sebab tak ada) 3 sb mentega untuk menumis 1 sb gula Ser...