At least for the time being...for four days. Apa aku buat hari ni demi meraikan kebebasan sementara sebagai orang makan gaji? Aku keluar rumah subuh macam nak pergi kerja. Sebab aku kena hantar adik ipar aku pergi inteview kat JPM, Putrajaya. Lepas tu aku singgah di Karnadya House ambil naskhah percuma Biarkan Ku Sendiri . Yup...dah siap cetak dan bakal menemui pembaca selepas raya nanti. Kemudian aku ke Bandar Tun Razak hantar adik ipar aku sebelum aku singgah di KWSP. Cepat sungguh kali ni perkhidmatannya - tidak sampai setengah jam aku tunggu, nombor aku dah naik. Lepas selesai urusan kat situ, aku merayau di sekitar Jalan TAR. Kalau nak feel raya, jalan-jalanlah kat Jalan TAR. Singgah kat Minerva borong sampai tiga biji novel. Lepas tu pergi Bunga Reben cari manik dan berlian. Hajat nak beli langsir siap kat Kamdar tak terlaksana bila satu langsir pun tak menarik perhatian aku. Sudahnya aku borong baju budak-budak. Selesai kat Jalan TAR, aku pergi buat medical check-up. Siap aje, a...
Ini kali ketiga kami berkunjung ke Cherating . Kali pertama dulu, Family Day company buat kat Impiana Cherating . Tak dapat jalan-jalan ke mana sebab jadual packed. Kemudian mengiring pengantin kat Dungun dan sempat singgah sekejap kat Cherating. Jadi kali ni pergi memang nak jalan-jalan sekitar Cherating-Kemaman. Trip tiga hari dua malam bermula Khamis hingga Jumaat. Dan sememangnya pemilihan hari tu amat penting terutama jika melancong ke pantai timur. Nanti aku bagitau kenapa. koordinat ke Residence Inn Kami menginap kat Residence Inn Cherating , booking melalui Agoda.com . Residence Inn Cherating is found in Cherating, Malaysia, 30 minutes far from Kuantan, where all the seasides and islands are located. Residence Inn Cherating is a plain 5 mins stroll from the beach.... Credit to http://www.cherating.org/residence-inn-cherating/ Room size: 38 sq.m. Bed(s): 2 Single Beds / 2 Double Beds View: Pool RM460.00 3H2M Single bed yang dimaksudkan aga...
絶対 諦めない Imi nan desuka? Maknanya walau apa pun yang berlaku, aku takkan mengalah. I will survive! Yeyeah! Kita semua dilahirkan sebagai pejuang sejak dari dalam perut ibu lagi. Masa pergi kursus BTN zaman sekolah dulu, pakcik askar yang jadi trainer tu selalu cakap. Kitalah juara sebab berjaya dilahirkan ke dunia setelah berjuang antara ratusan σπέρμα ( perkataan Greek). Segan nak sebut perkataan bahasa Inggerisnya. Nanti jadi pengajaran subjek sains plak. Anyway, aku tengah berjuang nak menyiapkan manuskrip. Dalam proses nak memanjangkan plot supaya jadi lebih tebal. Aku janji nak hantar hari Jumaat ni, tapi rasanya tak done sebab sebelum aku hantar, kenalah self-proof dulu. Tadi masa drive ke opis, aku dah terjumpa satu kesilapan fakta. Bayangkan, tengah memandu puna da masa nak fikir pasal plot novel. Ni dah tahap meroyan. hari tuh menurun aje. Alahai Opah ...cam sama ajer sindrome kita nih...ehehe. Nak tau aku tengah tulis apa? Masuk sini Novel Izza . Promosi akan dikemas kini...
Ulasan
Catat Ulasan