Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel society

Cegah H1N1 (Selsema Babi)

Imej
Aku terima SMS daripada adik. Dia dapat sms daripada kawan-kawan dia. Kira macam SMS berantai. Kandungan SMS tu berkenaan dengan cara mencegah H1N1. "Kalau hadapi simptom selsema, batuk, demam, sukar bernafas, dan sakit tekak, mungkin anda mengidapi H1N1. Minum susu dan buah. Makan makanan yang dibuat daripada buah kerana pihak kami telah menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom-atom H1N1--HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR." Kemudian aku ada terima emel, pasal H1N1 juga. "Jika dijangkiti H1N1, rendam kurma di dalam air kelapa selama 1 hingga 2 jam. kemudian minum air kelapa dan makan kurma tersebut." Insya-Allah. Kita berikhtiar, moga Allah menyembuhkan.

Hantu Kum Kum

Sesiapa yang lahir selepas tahun 80-an, mungkin tidak kenal akan Hantu Kum Kum. Spesies hantu ini telah berjaya menghiasi muka depan akhbar pada tahun 1984. Waktu itu aku darjah tiga. Satu Malaysia heboh  menceritakan perihal Hantu Kum Kum. Alkisahnya, Hantu Kum Kum berasal daripada seorang wanita yang telah menuntut ilmu salah (menyekutukan Allah) hanya kerana mahu kelihatan jelita--mungkin ada beberapa versi lain. Tapi ini versi yang aku tahu selama ini). Malangnya dia menjadi hodoh. Oleh itu, dia terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik purdah berwarna hitam yang menutup seluruh wajah melainkan dua biji mata. Demi memulihkan wajahnya, dia dikehendaki minum darah kanak-kanak. Maka pada era itu, kesemua kanak-kanak menjadi amat ketakutan apabila terserempak dengan wanita berpurdah. Itu cerita pada abad ke-20 yang lalu. Kini aku dah dewasa, sama seperti kanak-kanak seangkatan denganku pada tahun 80-an. Pada pandangan aku, kisah Hantu Kum Kum mungkin hanya propaganda atas tujuan-...

Ibarat padi bunting

Imej
Tajuk entri kali ni tak ada kena mengena dengan keadaan fizikal aku sekarang ni. Kebetulan aje pepatah Melayu tu ada perkataan 'bunting'. Ibarat padi bunting, semakin berisi semakin menunduk. Inilah kualiti yang kita mahukan daripada pemimpin. Lagi tinggi kedudukan, lagi merendah diri dan sedar diri dan tahu dia itu sedang memikul amanah rakyat. Bukannya lagi tinggi kedudukan, ego makin besar, otak semakin bodoh. Ada orang, yang sebelum dikurniakan jawatan tinggi, begitu rendah diri, syukur dan bijak berfikir. Tetapi sesudah dikurniakan darjat ketinggian dan kedudukan seperti dewa, jadi sombong diri, bongkak dan semakin bodoh mengalahkan orang tak berpelajaran. Sepatutnya dengan kedudukan selesa begitu, dengan kuasa amanah yang sebegitu besar, dia seharusnya menjadi lebih bijak dan lebih bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya. Tapi entah teori apa yang dipraktikan, sekolah mana yang dia ikut, fahaman mana yang dia anut, tiba-tiba jadi bodohLAH pulak. Tak faham aku! Aku jadi gunun...

Perempuan susahkan perempuan

Hari ni aku nak membebel dan orang perempuan ialah pakar mahir dalam kerjaya ini.   Padi tadi sewaktu dalam perjalanan ke pejabat seawal jam 6.30 pagi, seperti biasa, aku mendengar siaran di RADIO IKIM.FM . Aku suka sangat segment yang bermula pukul 6.30 pagi hingga 6.45 pagi ni. Segment ini diterbitkan oleh Saudara Mahadzir dan dikendalikan oleh Ustaz Zahazan Mohamad (kalau ejaan nama beliau salah, sila maklumkan). Topik yang disampaikan pagi tadi memang amat relevan kepada suami-suami dan isteri-isteri juga ibu bapa dan mentua sekalian alam.   Beliau menceritakan satu kisah (daripada satu fatwa yang telah diluluskan oleh sebuah negara Islam). Seorang suami telah diminta oleh ibunya agar menceraikan isteri yang mahu berpindah ke rumah lain. Sebelum ini semenjak kahwin, si isteri telah tinggal bersama mentuanya sehinggalah mereka dikurniai beberapa orang anak. Si isteri yang bekerja dan selama ini telah menabur bakti membantu menyara mentua dan keluarga suami telah meminta agar me...

PhD

Phd...pencapaian sijil akademik paling tinggi setakat ini. Bangga kalau di depan nama kita ada perkataan "Dr". Semua orang akan pandang tinggi akan kebijaksanaan kita menjadi cendekiawan. Orang Melayu ramai yang ada PhD dan bekerja di universiti-universiti tempatan. Digeruni dan dihormati sebagai cikgu paling besar antara sekolah-sekolah. Malah di Malaysia ni, dalam konteks dunia Melayu, bukan setakat di IPT saja yang ada Phd. Malah kat mana-mana memang ada PhD. Tak kira di kampung atau di kota. Di pejabat atau di rumah. Di kedai kopi atau di masjid. Di kalangan sahabat handai atau di kalangan saudara mara. Di kalangan rakan sekerja atau di kalangan rakan sekolah. Orang yang ada Phd memang banyak. Disebabkan ada PhD jenis ini, orang Melayu susah nak maju. Asyik suka tabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Asyik nak memandang rendah akan kebolehan bangsa sendiri. Asyik iri hati dengan kejayaan orang lain tanpa mahu mengubah nasib diri sendiri. Asyik mencemuh peluang dan kele...