Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2012

Review TPH

Mijot Post on 14-12-2012 04:57 PM baru selesai baca tolong pikat hatinya - izza aripin. suka. rayyan masih teringatkan gia. masa depan mata diabaikan. dia berkawan dgn zara yg merupakan pekerja dia. selalu org kata, lelaki dan perempuan jarang kekal sebagai kawan baik. mesti ada salah sorang akan tersasar. itulah yg terjadi kepada zara dan rayyan. kali ni rayyan berusaha untuk mengekalkan cinta dia. zara pula ada kisah silam yg dia sembunyikan drpd org ramai. akhir yg gembira. di http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=546570&extra=page%3D1&page=84

Sinar Harian 12.12.12

Imej
 Seksyen Kampus, halaman 3, sudut Gemilang Penulis

Trailer Tolong Pikat Hatinya

Imej

Kerana Dia Cinta, Tolong Pikat Hatinya

Imej
Novel Tolong Pikat Hatinya (2012, Alaf21) merupakan kesinambungan novel Kerana Dia Cinta (2007, Kaki Novel). Kisah Ryan yang dipaparkan dlm KDC, tidak tamat di situ saja. Kisahnya dilanjutkan dalam TPH. Sungguhpun begitu, jika anda tidak pernah membaca KDC, tak mengapa kerana TPH bukanlah sambungan KDC. TPH ialah satu lembaran kisah cinta Ryan yang baharu. 

Tolong Pikat Hatinya

Imej
Tolong Pikat Hatinya~Izza Aripin Penerbit: Alaf21 Tarikh Terbit: Disember 2012 Harga: RM19.90 Blurp: Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung. Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka. Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya? Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat. Mampukah cinta menyatukan mereka? "Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu" - Zara

Rombongan Wak S ke Cameron Highland

Imej
First time family besar En. Ipin ke Cameron Highland. Antara ramai-ramai tu, family aku dengan family abang ipar aje yang pernah sampai kat Cameron Highland ni. Aku dapat duty buat booking penginapan dan merancang perjalanan. cemerlang tak aku? hahahah.... Kami booked homestay kat Al Mashoor Chalet, Taman Sedia. 3 Bilik Beserta : 3 katil bersaiz quen 3 katil bersaiz single 2 Bilik mandi dengan mandian panas 29” TV + Astro + Video player Dapur dengan kelengkapan kemudahan memasak Dilengkapi perabot sepenuhnya Harga: RM400 semalam ruang tamu salah satu bilik tidur Chalet ni muat dengan selesa 11 orang dewasa, 10 kanak-kanak (7-10 tahun) dan sorang baby. See...luaskan? Kat belakang chalet, ada kebun strawbery. Memang kami kena control budak-budak supaya jangan sampai terpetik. Tapi tengok-tengok mak bapak budak yang terover eksaited. cium-cium jer...jangan petik! semua dah ready nak jimbas nampak aje dari luar kecik. tapi kat dalam....

Pengkalan Balak, tapi tak ada pokok balak

Imej
Tiba-tiba aje En. Ipin ajak pegi bercuti. Tapi dia kata dekat-dekat sini aje...kat Pengkalan Balak, Melaka. Speaking of Melaka, aku memang dah biasa dengan negeri ni. Maklumlah, belajar kat sini 5 tahun. Merata-rata tempat aku dah rayau. Cuma belum sampai ke Pengkalan Balak. Dulu aku selalu pergi Pantai Tanjung Bidara aje sebab ada orang bawa. Konon tak nak buat booking bilik. En. Ipin kata main terjah aje. Tapi aku ni bukan jenis suka terjah tak tentu hala. I do my study as usual. Sebelum travel, memang aku suka buat case study tempat yang aku nak pergi. Feling CSI lak. Aku booking satu bilik kat Seraya Pantai Chalet menerusi telefon. Seraya Chalet mempunyai 18 buah bilik penginapan terdiri 3 buah bilik family, 10 buah bilik double dan 5 buah buah bilik single. Semua bilik penginapan berhawa dingin dan mempunyai televisyen. DOUBLE BED ROOM (1 KATIL QUEEN) Hari biasa          Hujung minggu       ...

Abqaro

Imej
Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra  Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga. Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa  56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan Sumber: http://cerita2malaysia.blogspot.com/