Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Western

Kandungan sebenar kentang goreng McDonald’s (French Fries)

Imej
Sumber gambar: Livestrong.com (Penafian: Artikel ini merupakan terjemahan longgar daripada versi bahasa Inggeris. Sumber asal: Livestrong.com) Tinjauan Awal Tanpa perlu ditanya oleh pelayan kaunter, dah tentu anda akan pesan French Fries di McDonald’s. Kesemua set hidangan McDonald’s tidak akan lengkap tanpa kentang goreng. Ini kenyataan yang perlu kita hadapi. Untuk makluman, kentang goreng yang terkenal di dunia telah ditambah ke dalam menu bagi menggantikan kentang goreng tradisional pada tahun 1949, sembilan tahun selepas pertama kali McDonald dibuka untuk perniagaan di California. SUSPEK UTAMA KES: McDonald’s Frend Fries saiz besar (5.4 oz) (asal Amerika Syarikat) PENYIASAT KES: Dr. Christopher Ochner (penyelidik bersekutu di New York Obesity Nutrition Research Center, St. Luke’s-Roosevelt Hospital Center) sangat familiar dengan menu McDonald. Beberapa tahun yang lalu, Ochner - pemegang Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal – telah menjalankan eksperim...

Simple Moza Cheese Sheperd Pie

Imej
Sumber: Potato Goodness Aku suka kentang. Kentang lenyek. Kentang goreng. Apa-apa saja kentang. Tapi kandungan carbohydrate kentang ni memang tinggi. Tu kata aku yang nyata agak misleading....hahaha. Kesian kentang! Ini nutritional facts sebenar sebiji kentang. Tak hado kolesterol! Tak hado sodium (garam). Gula pun baru 1 gram per 5.0 oz kentang. Makanya...boleh lah makan kentang secara sihat. Untuk orang diet, kentang ni is a NO-NO. Aku pun tak berapa nak pasti kenapa. Mungkin bergantung pada cara masakan kot. Kalau korang nak tau, Google sendiri ya. Resepi kali ni sangatlah marvelloullicious!  Simple Moza Cheese Sheperd Pie . Lima perkataan untuk gambarkan satu masakan. Mouthful nak nyebutnya. Sebut pie kentang cukuplah kan? Mashed Potato: Kentang 1 kotak kecil susu segar 2/3 sudu besar butter  secukup rasa garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah Cara penyediaan: Rebus kentang sampai empuk, toskan & lenyekkan hingga agak halus (nak simple, gunakan ...

Carrot cake vs Ramly burger pie

Imej
Sempena hari jadi Cik Abang yang ke-36, aku pun buatlah kek lobak merah berkeju....errr...macam pelik pula bunyinya. Carrot cake with cheese topping...hah...inilah nama kek yang aku buat. Resepi carrot cake ni aku pernah kongsi dulu. Cuma tang topping tu, aku tiru resepi daripada kek lain. Sengaja aku gabungkan dua menjadi satu. Boleh tahan juga rasanya. Cuma rupa kek ni, taklah menarik sebab aku tak ada loyang kek yang sesuai. Nampaknya lepas ni aku dah ada justifikasi untuk membeli loyang kek. Selain tu aku buat juga pai yang asalnya resepi daripada the ever famous Szakif Pie . Cuma kali ni aku ubah sedikit resepinya. Aku gunakan daging burger Ramly dan juga fettucine. Pasta spiral kat rumah dah habis stok. Daging burger ada banyak sebab kononnya menu bersahur dulu. Tapi sekeping pun tak luar. Maka nak elak pembaziran, aku buatlah Ramly burger pai. Kak Wi pun ada cadangkan untuk guna daging burger. Verdict aku, rasanya macam burger. Kalau orang yang tak suka burger Malaysia (macam...

Sarapan buat si manja--Sausage roll with cheese

Imej
Sambil blogging pagi ni sempat aku siapkan sarapan untuk anak-anak aku yang belum cukup umur nak berpuasa tu. Ringkas aje sarapannya. Pada mulanya aku nak buat juadah ni untuk berbuka. Tapi  tak sempat walaupun mudah amat membuatnya. keratan rentas sausage roll with cheese filling SAUSAGE ROLL WITH CHEESE FILLING Bahan-bahan: 3 keping roti putih 3 sosej (aku guna jenama Ayamas, premium sausage black pepper dan mushroom) 3 keping cheddar cheese sebiji telur Nestum (guna bread crumb pun boleh) Minyak untuk menggorang Cara penyediaan: Canaikan roti supaya senang nak gulung. Ini tips aku dapat daripada Mat Gebu@Dapur Tanpa Sempadan , sewaktu aku intai blog dia untuk resepi roti sardin. Kemudian letakkan keju. Kedudukan keju seperti dalam gambar di bawah. letak di hujung Selepas itu letakkan pula sosej di atas keju. kalau buat macam ni senang nak gulung Sapukan telur di hujung roti supaya roti melekat dan tak terbuka semasa digoreng nanti. sa...

BBQ Chicken Wing

Imej
Semalam sempat lagi buat BBQ chicken wing. Sebenarnya kepak ayam tu aku dah marinate kelmarin. Konon-konon nak makan masa tu juga. Tapi bila fikirkan balik, bagus marinate dulu supaya rempah dan ayam mesra. Jadi aku marinate sehari semalam dalam peti ais. Semalam baru bakar dalam oven. Sempat juga buat coleslaw dan mashed potatoes. Kali ni mashed potatoes aku menjadi seperti yang aku nak. Jom tengok respi. BBQ chicken wing with mashed potatoes, fries and coleslaw Inilah menu buka puasa aku semalam. Go western lagi...hahaha. Cik Abang tak ada bolehlah western. Kalau dia ada, mesti kena sediakan nasi. Almaklumlah, tekak Melayu al-Jawa gitu...hahahaha (raya nanti leh minta ampun...huhu). BBQ Chicken Wing Bahan-bahan 12 keping kepak ayam - dibersihkan dan toskan (aku guna 8 kepak ayam. Maknanya semua portion rempah kat sini aku kurangkan seadanya) 5 ulas bawang putih 1/2 jari halia 1/4 cawan sos tomato 1/4 cawan sos cili 1 sk cili serbuk 3 sb kicap cair 2 sb madu 2 sb...

Pie daging

Imej
Szakif Pie Kelmarin beli Szakif pie . Sambil masak sambal bilis, sambil makan dengan anak-anak. Pada mulanya budak-budak tu buat sombong. Bila dah nak abis, barulah terhegeh-hegeh nak. Sudahnya mereka paksa aku beli lagi Szakif Pie. Tengah-tengah malam mana nak dapat, nak oi. Chef Szakif pun dah tidur. Makanya aku pun kumpullah apa-apa bahan yang ada kat umah tuh dan buatlah Szakif Pie versi tiruan. Dah namanya tiruan, memang tak sama. Tapi budak-budak tuh balun jugak. Siap tapau bawa pergi nurseri. Ni resepi versi aku. Kalau nak yang ori, klik link kat atas tu untuk ke blog Chef Szakif. Bahan-bahan dan cara-cara: Dah terbubuh pasta, baru teringat nak amik gambar...hehehe Lapisan bawah Daging kisar Ramly Tomato puri 2-3 sudu sos tomato dan sos cili Bawang merah Bawang putih Garam Tumis bawang dan daging hingga kering. Campurkan tomato puri, sos tomato dan cili. Garam secukup rasa. (kentang tuh aku rebus sikit sangat sebab nak...

Chicken Chop

Imej
Dah lama aku tak main masak-masak. Selalu masak menu biasa-biasa aje. Baking pun dah lama tak buat. Kali ni aku cuba masakan Barat yang tak pernah aku cuba walaupun selalu makan di kedai. Tak susah pun membuatnya. Resepi ni aku selongkar dari laman blog Dapur Kayu .  Bahan-bahan ayam: 2 keping boneless chicken (aku buat beberapa keping. jadi semua bahan lain korang gandakan ikut kepingan ayam yang korang guna) Sebiji telur ayam Oat, dikisar sedikit Lada hitam Garam Bahan-bahan gravy 1-2 mangkuk stok ayam (1-2 mangkuk air suam untuk 1/2 - 1 kiub ayam) aku guna stok pekat ayam dan 2 kiub ayam sebab nak buat banyak. 1/2 biji bawang besar, dicincang 2 sudu besar minyak masak  1 1/2 besar tepung jagung 1 sudu besar Worchester sauce (kalau tak ada boleh ganti dengan kicap biasa) cendawan butang, dihiris  (ikut suka banyak mana. aku letak banyak) lada hitam daun parsley (kalau mahu) aku tak letak sebab lupa beli Bahan lain: Kacang buncis Baby carrot (comel ...

Pasta

Imej
Aku memang suka makan...pasta dan mi. Kali ini aku nak bercerita mengenai pasta. Sejak bila aku mula meminati pasta...entah. Aku sendiri tak ingat. Pasta yang mula-mula aku kenali ialah makaroni. Mak aku selalu goreng dan buat sup. Kemudian aku pandai-pandai belajar makan spageti. Marco Polo telah dikatakan memperkenalkan pasta ke Itali selepas pelayaran beliau ke negeri China. Orang-orang Cina memang sudah tahu membuat mi sejak dahulu lagi. Ada juga lagenda yang mengatakan bahawa seorang pelayar Itali telah meminta perempuan simpanannya yang berasal daripada China untuk mengajar cara membuat mi. Malangnya mi yang dibuat menjadi lebar sehinggalah lahirnya pasta. Betul atau tidak, ini hanya lagenda. Pasta dimasak dengan cara merebus air sehingga mendidih. Masukkan pasta sehingga tenggelam dan kacau sentiasa agar tidak melekat. Ada petua mengatakan titikkan sedikit minyak zaitun atau minyak sawit ke dalam air. Masak pasta sehingga al dente. Maknanya jangan terlalu masak sehingga lem...