Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Facebook

Berkebun sambil bekerja

Tak ramai antara kita yang punya masa senggang untuk berkebun. Dulu aku rajin gak bela pokok bunga. Tapi disebabkan masa tak cukup banyak, semua pokok habis mati. Mujur laki aku suka berkebun. Sekarang ni dia pula take over kerja-kerja tukang kebun kat kebun bunga sekangkang kera kat depan umah aku.  Ada pokok rozelle, pandan, cekur, kunyit, bunga keembong dan gelingau (tak tau dlm BM/BI nama pokok ni). Orang Jawa selalu guna untuk buat gelang tangan baby baru lahir. Kononnya nak jauhkan benda-benda halus. Bau dia sedap, refreshing .  Walaupun aku dah tak ada masa nak berkebun di rumah, tak bermaksud aku tinggalkan terus aktiviti tu. Di pejabat, bila ada waktu senggang, aku akan berkebun. Banyak dah kebun aku. Kebun Barn Buddy, Farmville, Sunshine Ranch, Farm Pals...itupun ada juga orang ajak buka kebun lain. Tak larat aku plak. Lagipun aku tengah busy dengan kehidupan maya di Yoville dalam FB aku yang satu lagi)...mueheheheh. Berapa banyak akaun daaaa.... Sebenarnya aku ta...

Gila Mukabuku

Semenjak 6 bulan lalu, aku dah mula berjinak dengan Mukabuku atau nama glamernya Facebook. Mulanya kekok juga aku nak kenal FB, macam masa mula-mula layan Friendster. Tapi Friendster untuk budak-budak, hanya sesuai untuk peminat AG. Jadi aku buat akaun Friendster semata-mata kerana peminat AG yang ramai menjemput. Tapi sekarang aku dah gila FB. Perkara pertama yang aku buat bila buka PC/laptop ialah buka akaun FB aku. Intai kebun-kebun aku dan aktiviti penculikan. Kut-kut ler ada orang kidnap aku, kan. Kenalah cepat-cepat melepaskan diri.  Disebabkan begitu taasub ngan FB, dah seminggu aku tak menulis. Sambil edit buku terbitan opis dan edit report, aku layan gak FB. Selalunya lebih FB daripada kerja (ampun boss...wahahaha). Sementara kajian aku belum bermula, apa salahnya aku layan FB dulu kan, kan, kan, kan, kan. YM pun dah tak begitu mendapat tempat di hati aku. Bebudak kat opis lebih suka berbalas pantun dlm FB. YM hanya digunakan untuk hantar fail aje.  Kiranya FB ni satu...