Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Keempat
11 Oktober 2017 (Rabu) Awal aku siap hari ni sebab tak nak terlambat ke Messe memandangkan ia hari pertama pameran dibuka khas untuk pedagang kandungan dan hakcipta. Tak seperti di Malaysia, kunjungan umum hanya berlaku pada hari Sabtu dan Ahad saja. Dan kebanyakan pempamer kandungan dah tutup kedai masa tu sebab tujuan mereka datang hanya sekadar untuk memperdagangkan hakcipta dan perkhidmatan berkaitan penerbitan. Lampu jalan pun belum padam lagi waktu aku keluar bekerja hari tu Semasa tiga hari pertama Messe, buku-buku yang ada hanya untuk pameran saja. Tak boleh dibeli. Kalau nak beli juga, tunggu hari terakhir (kalau pempamer tu tak tutup kedai awal). Selain buku, ada produk dan perkhidmatan berkaitan buku. Sempat lagi swafoto dalam lif hotel Pukul 7.30 pagi aku dah siap breakfast kat cafe dan bergegas ke bus stop. Hari ni entah cemana, aku ternaik tren S8 yang menghala ke Hanau Hbf. Sebab dalam DB Navigator suruh aku naik tren tu. Dan ajaibnya aku turun kat term...