Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kerana Dia Cinta

Kerana Dia Cinta, Tolong Pikat Hatinya

Imej
Novel Tolong Pikat Hatinya (2012, Alaf21) merupakan kesinambungan novel Kerana Dia Cinta (2007, Kaki Novel). Kisah Ryan yang dipaparkan dlm KDC, tidak tamat di situ saja. Kisahnya dilanjutkan dalam TPH. Sungguhpun begitu, jika anda tidak pernah membaca KDC, tak mengapa kerana TPH bukanlah sambungan KDC. TPH ialah satu lembaran kisah cinta Ryan yang baharu. 

Tolong Pikat Hatinya

Imej
Tolong Pikat Hatinya~Izza Aripin Penerbit: Alaf21 Tarikh Terbit: Disember 2012 Harga: RM19.90 Blurp: Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung. Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka. Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya? Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat. Mampukah cinta menyatukan mereka? "Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu" - Zara

Komen pembaca tentang Kerana Dia Cinta

Imej
mijot  Post on 31-1-2012 08:43 PM akhirnya jumpa novel izza aripin, kerana dia cinta... lama sggh mencarinya... mijot  Post on 14-2-2012 12:34 PM kerana dia cinta - izza aripin 3.3 bintang walaupun novel ni tak tebal sgt tapi best dan menarik... citer mengenai kawen paksa...keluarga gia dan ryan setuju satukan gia dan ryan sbb bisnes.. ryan boleh terima sbb bg ryan ni akan menguatkan kedudukan dia dlm perniagaan, nak2 ryan bercita2 nak jadi seperti donald trump...bagi gia pula, dia perlukan cinta...jadi gia menyamar dan kerja disyrkt ryan untuk menyiasat keburukan ryan tapi malangnya tak ketemui...terpaksalah dia kawen dgn ryan... selepas berkahwen, hidup gia terseksa, dia terpaksa mengikut arahan ryan...hidup gia terkongkong, semuanya perlu beritahu ryan...sampai satu tahap, gia sudah tak mampu bertahan, dia melarikan diri dr ryan dan keluarga...tapi gia dikejutkan dgn dia mengandung...ryan tahu gia mengandung dan mula berlembut dgn gia...di saat gia mula boleh terima ryan, g...

Ryan dan The Fountain of the Lions

Imej
Sekarang saya sedang mengulit kisah Ryan... the next chapter atau kisah seterusnya. Apa yang berlaku kepada Ryan setelah gagal mendapatkan cinta Gia? Pada perkiraan saya, seandainya manuskrip ini mendapat pertimbangan sebaiknya daripada penerbit, novel ini bakal menemui anda tahun hadapan. Setakat hari ini, saya sudah menulis sebanyak 296 halaman. Plot cerita sedang mendaki klimaks. Saya masih tercari-cari pengakhiran cerita yang adil buat Ryan kali ini...hehehe. Apa agaknya kaitan Ryan dengan The Fountain of the Lions yang terletak di Court of Lions atau Patio de los Leones , di Istana Singa Alhambra, Grenada, Sepanyol? Hmm...kenalah tunggu ya.

My sweetheart

Imej
Setiap penulis pasti ada koleksi kegemaran penulisan yang mereka hasilkan. Yang istimewa tentulah yang memberikan kenangan manis. Bagi saya, setiap karya yang saya hasilkan mempunyai kenangan manis yang tersendiri sewaktu proses penulisannya. Dua buah karya yang paling saya sayangi ialah Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu . Saya amat menggemari kedua-dua buah karya yang saya anggap sebagai 'buah hati'. Selain dua buah karya ini, Kerana Dia Cinta dan nopen Cinta Terakhir I ( Biarlah Kusendiri ), Cinta Terakhir II, Cupido I, II dan III (kesemuanya daripada kompilasi nopen Kasih Yang Tak Pasti ) juga merupakan kegemaran saya. Kini saya sedang menyudahkan kesinambungan Kerana Dia Cinta . Ia bukan seperti kesinambungan antara Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu . Saya menggelarnya Projek PRS. Projek ini lebih kepada kisah lanjutan salah seorang watak utama dalam Kerana Dia Cinta . Kalau anda merasakan Projek PRS ialah sambungan Kerana Dia Cinta , anda ternyata s...

Bacaan pruf selesai

Imej
Final cover Mufin Manja. Saya baru saja menyudahkan bacaan pruf Mufin Manja. Terdapat beberapa fakta yang perlu diselaraskan. Banyak juga saya terlepas pandang. Mujur manuskrip Mufin Manja tidak tebal. Sekadar 173 halaman. Tak sabar saya nak melihat pruf AG3 yang masih belum mendapat apa-apa berita. Manuskrip novel kesinambungan DMPB pula sedang dibaca oleh editor. Tak sabar rasanya hendak melihat manuskrip yang ni yang lebih istimewa. Sambil menunggu pruf kedua-dua manuskrip, saya sedang mengusahakan sambungan cerita Abang Ryan kita tu. Masih ingat dengan Kerana Dia Cinta ? Ada yang minta supaya saya satukan semula Ryan bersama Gia. Hmmm...walau apa pun, biarlah segala persoalan itu terjawab apabila kisah Abang Ryan diterbitkan insya-Allah pada tahun 2010. Ada kejutan menanti!

Kerana Dia Cinta ataupun ...Dan Mimpi Pun Bersatu?

PBAKL telah tamat Ahad lalu bagi tahun ini. Lebih kurang setahun dari sekarang, kita akan bertemu lagi di platform yang sama, Insya-Allah. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Semasa berada di gerai KN pada minggu pertama pesta, saya sering ditanya mengenai kesinambungan DMPB dan kemungkinan KDC akan disambung. Tika itu saya tidak boleh terus berahsia lagi. Pada pengunjung yang bertanya, anda sudah tahu jawapannya. Pada yang tidak berkesempatan bertanya, saya akan jawab persoalan itu di sini. Ketika ini, ketika sedang menulis entri ini, saya sebenarnya sedang berhenti rehat daripada menulis versi KDC yang akan diterbitkan sedikit masa lagi. Versi ini bukan sambungan, sebaliknya ia naskhah alternate reality atau realiti gantian. Sepatutnya versi ini berada di pasaran menjelang PBAKL. Malang sekali kesihatan saya tidak mengizinkan, maka penerbitannya ditunda.  Mengenai kesinambungan DMPB yang saya uar-uarkan di blog ini pula, manuskripnya sudah 50% siap ditulis. Sekiranya semu...

Komen KDC - Wan Amalyn

Sudah lebih sebulan KDC berada di pasaran. Bermacam-macam maklum balas yang saya terima. Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat daripada pembaca demi meningkatkan mutu penulisan saya. Berikut ialah komen daripada rakan pembaca yang sempat saya kutip daripada blog beliau: Kata Wan Amalyn Nurjia ~ dia mendambakan cinta dalam perkahwinannya. Namun dia tidak sanggup mengambil risiko hidup dalam 'buangan' menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga walaupun tiada perasaan cinta terhadap lelaki itu. Ryan ~ dia tidak perlukan cinta dalam hidupnya. Dia impikan taraf Donald Trump dan perkahwinannya adalah satu 'transaksi perniagaan' dan peluang keemasan untuk dia melebarkan sayap serta meluaskan empayar perniagaannya. Mereka disatukan dalam satu ikatan ~ perkahwinan. Dalam mengharungi hidup berumahtangga, pelbagai onak dan duri terpaksa dihadapi. Apatah lagi Gia yang terlalu mendambakan cinta dalam perkahwinannya tidak mungkin dapat dikecapinya denga...

Pelancaran Kerana Dia Cinta

Bertempat di restoran Burger King, Avenue K, novel Kerana Dia Cinta telah berjaya dilancarkan. Turut dilancarkan dia novel pertama hasil nukilan Mina Mahanie berjudul Seindah Gubahan Kasih. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadirkan diri di majlis yang sederhana tetapi meriah itu. Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu saya dan Izzul Izzati untuk melicinkan perjalanan majlis tersebut. Saya juga berbesar hati apabila Amir Husaini , penulis novel Ombak Senja (Tintarona Publication) dan adik Fikri serta keluarganya dapat menyertai majlis itu. Untuk makluman Fikri merupakan orang yang pertama yang menggunakan jantung mekanikal di Asia Tenggara sebelum menjalani pembendahan pemindahan jantung pada November 2005. Selain itu, penulis-penulis Kaki Novel (KN) yang lain turut sama memeriahkan majlis seperti Anita Abdullah, Dina Najat dan Rabiatul Adawiyah (bakal menerbitkan novel pertama deng...
Insya-Allah novel kelima saya dengan Kaki Novel akan berada di pasaran pada pertengahan bulan April nanti. Sekarang novel berkenaan sedang dalam proses suntingan editor KN. Kulit novel juga sedang direka oleh pereka grafik. Malah bukan itu sahaja, novel remaja saya yang pertama akan berada di pasaran pada penghujung April atau awal bulan Mei. Ini merupakan usaha sulung saya untuk menceburi bidang penulisan novel remaja yang sedang giat berkembang. Novel ini merupakan novel remaja bersiri. Manuskrip tersebut juga sedang disunting oleh editor syarikat penerbitan berkenaan. Ini bermaksa, jika segala-galanya berjalan lancar, pada bulan April nanti saya akan ada double novel yang akan masuk ke pasaran. Dan saya juga akan bekerjasama dengan dua penerbit dengan dua nama pena yang berbeza sedikit kerana hendak membezakan genre penulisan saya. Sekiranya kedua-dua penerbit memberikan lampu hijau, saya akan siarkan tajuk, kulit novel berserta dengan sinopsisnya sekali tidak lama lagi. Jadi, nanti...