Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TPH

Review TPH

Mijot Post on 14-12-2012 04:57 PM baru selesai baca tolong pikat hatinya - izza aripin. suka. rayyan masih teringatkan gia. masa depan mata diabaikan. dia berkawan dgn zara yg merupakan pekerja dia. selalu org kata, lelaki dan perempuan jarang kekal sebagai kawan baik. mesti ada salah sorang akan tersasar. itulah yg terjadi kepada zara dan rayyan. kali ni rayyan berusaha untuk mengekalkan cinta dia. zara pula ada kisah silam yg dia sembunyikan drpd org ramai. akhir yg gembira. di http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=546570&extra=page%3D1&page=84

Sinar Harian 12.12.12

Imej
 Seksyen Kampus, halaman 3, sudut Gemilang Penulis

Trailer Tolong Pikat Hatinya

Imej

Kerana Dia Cinta, Tolong Pikat Hatinya

Imej
Novel Tolong Pikat Hatinya (2012, Alaf21) merupakan kesinambungan novel Kerana Dia Cinta (2007, Kaki Novel). Kisah Ryan yang dipaparkan dlm KDC, tidak tamat di situ saja. Kisahnya dilanjutkan dalam TPH. Sungguhpun begitu, jika anda tidak pernah membaca KDC, tak mengapa kerana TPH bukanlah sambungan KDC. TPH ialah satu lembaran kisah cinta Ryan yang baharu. 

Tolong Pikat Hatinya

Imej
Tolong Pikat Hatinya~Izza Aripin Penerbit: Alaf21 Tarikh Terbit: Disember 2012 Harga: RM19.90 Blurp: Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung. Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka. Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya? Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat. Mampukah cinta menyatukan mereka? "Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu" - Zara