Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Udang

Avani Gold Coast Sepang~Kerja Main-main

Imej
Memang dah lama mengidam nak lepak-lepak kat hotel 5 bintang ni. Tapi...mahal betul harga sebilik. Bila Booking.com buat promo RM388.32 per room, terus kami sambar. Lepas tambah GST (6%) dan service charge (10%) bagai kenalah dalam RM450.45. Booking untuk hari Khamis dan Jumaat. Sebab weekend rates tambah dengan school holidays, memang mahallah kan. Jadi pergilah weekdays. Nak siapkan kerja yang tertangguh sambil bercuti-cuti. Pergi kali ni berempat saja sebab En. Ipin kerja. Kami booking Superior Room. Tapi masa check in, dapat free upgrade ke Family Villa! Mak aih...rasa nak buat lompatan bintang. Harga Family Villa ni bermula dari RM800++ kalau weekdays. Kalau weekend campur cuti sekolah, boleh mencecah RM1000 ++. Kan aku kata mahal tadi. So bila Booking.com buat tawaran harga tu, aku terus tapau tanpa fikir panjang. Tapi duduk semalam ajelah. Nak feel dulu. Esok-esok kalau rasa berbaloi, boleh datang lagi. Janji ada offer baeeekkkk punya. Dalam booking slip, check in pukul ...

Mi Sup Simple

Imej
Saya jumpa resepi ni kat Facebook. Resepi asal namanya Bihun Sup Chinese Style. Tapi saya improvised sikit ikut kesesuaian stok semasa yang ada kat dapur. Mi kuning | Udang | Fishball | Isi ayam | Bawang putih yg dah digoreng | Sayur-sayuran Bahan-bahan: 1 bungkus mi kuning (resepi asal guna mihun) 4 ketul bahagian isi ayam (resepi asal tak ada bahan ni) 1 mangkuk sayuran - kobis, lobak, seleri, cendawan tiram, karot, bunga kobis (resepi asal guna sawi cina) 1/2 peket bebola ayam 1/2 mangkuk udang kecil (guna udang besar lagi sedap) 2 bunga bawang putih (dicincang dan digoreng kekuningan) 2 kiub ayam (atau secukup rasa) Air (bergantung kpd kuantiti kuah yang dimahukan) Garam secukup rasa Bahan perasa (optional) Bahan kicap cili: Cili padi Kicap (resepi asal guna kicap cair) Cuka Garam Gula Bahan hiasan: Daun bawang Bawang putih goreng tadi Bawang goreng (optional) Cara penyediaan: Cincang bawang putih. Kemudian goreng dengan minyak hingga kekuni...

Mi Udang

Imej
Biasakan yang tak biasa. Tak biasakan yang biasa.  Itu pesan sifu bahasa aku iaitu Dato' Awang Sariyan, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kenapa tiba-tiba aku nak bercakap pasal bahasa ni? Sebab ada kaitan dengan resepi kali ni iaitu Mi Udang . Kenapa dengan Mi Udang bukan Mee Udang? See...korang nampak tak? Ejaan Mi selalu dieja Mee which is WRONG! Go semak PRPM . Kamus online terpantas dan termudah nak semak bahasa Melayu. Even sumber resepi ni pun eja Mi salah....huhuhu. Tapi aku dah edit siap-siap...as usual. Bahan-bahan: 6 ekor udang besar (ikut suka) 6 ekor udang kecil buang kulit 2 sudu besar udang kering 2 sudu besar cili kisar 4 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 2 biji tomato buah (boleh ganti dengan 1 sudu besar tomato puree) 1 biji ubi kentang - rebus Garam, gula, serbuk perasa (boleh juga guna lada sulah) sos tomato (boleh guna 2 senduk) sos cili (boleh guna 1 senduk) Bahan hiasan: telur - rebus sawi - celur cili merah - hiris ba...

Wadeh Udang

Imej
Ibu mentuaku selalu buat wadeh. Lembut aje dan sesuai dimakan oleh orang yang tak ada gigi. Untuk orang yang ada gigi, probability hilang gigi sebab tergigit biji dal yang keras macam batu tu dapat dielakkan...hahaha. Okey ni satu lagi resepi yang menarik. Wadeh Udang . Bukan cucur udang tau. Resepi ni aku petik daripada Facebook Alinah Binte Ali . So...here how she makes her wadeh. Bahan (a): 300 gram kacang dal direndam selama 4-5 jam. 2 - 3 cawan air 2 cm halia Setelah kacang dal kembang, bilas di bawah paip dan ditoskan. Kemudian dikisar bersama halia sehingga halus. Masukkan 2 cawan air dahulu bila tidak cukup baru tambahkan 1 cawan lagi. Setelah selesai dikisar lalu diketepikan Bahan (b): 2 sudu makan yeast segera 1 sudu teh soda bicarbonate  Bahan (c): 4 tangkai lada hijau dibuang biji & dihiris 2 sudu teh garam 2 biji bawang besar didadu 2 tangkai daun kari dihiris 1 sudu teh serbuk lada hitam Bahan (d): 900 gram tepung gandu...

Udang petai lawan tomyam sayur

Imej
Yang ni menu hari Rabu. Sebenarnya dah blur tak tau nak masak apa. jadi geledah apa yang ada dalam peti ais dan tambah beberapa bahan tomyam yang tak ada contohnya tomato dan seleri. Kali ni aku buat tomyam paste sendiri. Nak cuba...kut-kut menjadi. Alhamdulillah...sesuai dengan tekak aku. Cuma kurang pedas. paling senang dan yang penting Cik Abang's favoutite...hehe dapat satu bekas kecil ni...buat sikit aje PASTE TOMYAM Bahan-bahan: 5 ulas bawang merah 2 biji cili merah 5 biji cili kering 1 inci lengkuas 2 batang serai 1 sudu udang kering 3 helai daun limau purut 1 inci belacan (dibakar) air asam jawa, gula & garam Cara penyediaan: Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambi...