Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ikan

Menu solo

Imej
Semalam buka puasa sorang-sorang. Kesian aku...huhuh. Cik Abang keje overtime sampai pagi tadi. Anak-anak dah makan awal-awal. Jadi aku pun malas nak masak beria-ia sebab yang makannya, aku sorang. Buat kali kedua aku meredah bazaar Ramadan mencari lauk-pauk. Dapatlah pancing ikan cencaru bakar seekor, Yong Tau Foo dan air Lai Chee Kang. Pada Ramadan tahun lepas, inilah makanan kegemaran wajib yang aku selalu beli. Cuma tahun ni mood nak 'beraya' di bazaar Ramadan kurang. Alhamdulillah...jimat duit...hahaha ikan cencaru bakar sup bakso dengan suun...buat sendiri pecal...mak bagi sekali lagi....bilis dan kentang goreng

Juadah buka puasa sepanjang minggu

Imej
Minggu ni aku dah cuba pelbagai resepi yang aku selongkar dari laman blog resepi dan pencinta makanan.  daging merah ala Thai DAGING MERAH ALA THAI Bahan-bahan 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk) 2 ulas bawang putih diketuk 1 labu bawang besar dipotong bulat 1 sudu besar cili giling Sedikit sos tiram Sedikit sos ikan (thailand mari) Sedikit sos tomato Halia besar ibu jari, diketuk Sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh) Cara-cara: Daging yang dah siap direbus tu potong nipis-nipis (aku beli yang dah siap hiris). Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning sikit, ketepikan. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau, masukkan cili giling. Goreng sebentar. Sudah agak garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris. Masukkan garam dan gula sesedap ra...