Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel okuni

Cegah H1N1 (Selsema Babi)

Imej
Aku terima SMS daripada adik. Dia dapat sms daripada kawan-kawan dia. Kira macam SMS berantai. Kandungan SMS tu berkenaan dengan cara mencegah H1N1. "Kalau hadapi simptom selsema, batuk, demam, sukar bernafas, dan sakit tekak, mungkin anda mengidapi H1N1. Minum susu dan buah. Makan makanan yang dibuat daripada buah kerana pihak kami telah menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom-atom H1N1--HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR." Kemudian aku ada terima emel, pasal H1N1 juga. "Jika dijangkiti H1N1, rendam kurma di dalam air kelapa selama 1 hingga 2 jam. kemudian minum air kelapa dan makan kurma tersebut." Insya-Allah. Kita berikhtiar, moga Allah menyembuhkan.

QUNUT NAZILAH

Imej
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah dengan mengamalkan Qunut Nazilah sewaktu menunaikan solat lima waktu. Qunut ini boleh dibaca selepas ruku', iaitu semasa posisi sesudah membaca سَÙ…ِعَ اللَّÙ‡ُ Ù„ِÙ…َÙ†ْ Ø­َÙ…ِدَÙ‡ُ ، رَبَّÙ†َا ÙˆَÙ„َÙƒَ الْØ­َÙ…ْدُ . Diambil daripada Blog Salwa Salleh QUNUT NAZILAH  - Kaedah berdoa yang lebih menghampiri sunnah  Bersamaan dengan turunnya berbagai musibah dahsyat yang menimpa kaum muslimin berupa peperangan, penganiayaan, bencana alam dan lain-lainnya terutamanya di Iraq, Palestin, Afghanistan, Chechnya dll, maka perlunya dijelaskan secara ringkas mengenai Sunnah Qunut Nazilah yang merupakan Sunnah yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw pada keadaan yang seperti ini dan juga merupakan salah satu bentuk keperihatinan seorang muslim kepada saudaranya apabila hanya mampu menolong saudaranya dengan doa ini.  Diharapkan kepada Allah Taala semoga tulisan ini bermanfaat untuk kaum muslimin dan mempererat hubungan ukhuwwah islamiyyah antara Muslimin.  DEFINISI ...

Majal

Imej
Bererti tidak tajam, tumpul (bagi pisau dan pedang. Bererti benak dan fikiran. Kesimpulannya boleh dikatakan majal ini benak yang tumpul, tidak tajam. Fikiran yang tidak bijak membuat perhitungan. Ceh waahhh. Aku bukannya nak berbicara pasal bahasa ataupun kotoba pada pagi Rabu ni. Tapi aku nak tulis entri pasal sikap budak-budak sekarang yang MAJAL. Kalau aku sebut aje perkataan MAJAL ni bermakna aku memang marah bangat. Semalam, sewaktu aku nak jemput anak-anak aku dan bibik dari rumah mak aku, ada sekumpulan anak-anak jiran mak aku yang sedang menghabiskan cuti sekolah mereka, begitu seronok bermain badminton. Keseronokan dan semangat kesukanan mereka yang jitu itu terlalu tinggi sehingga menidakkan hak sebuah kenderaan mahu melalui jalan yang telah dijadikan gelanggang badminton haram. Walaupun dah nampak ada kereta mahu melalui jalan itu, dengan selambanya budak-budak yang berangan-angan nak jadi Misbun Sidek ni, langsung tidak mempedulikan kereta yang hendak lalu. Aku memperlahan...

Hokdok panas

Jumaat hingga Ahad lepas, aku bertandang sekali lagi--buat kali yang ketiga--ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Yang pertama kali ke Pasir Putih; yang kedua kali ke Machang; dan yang ketiga kali--yang terakhir--ke Pasir Putih semula. Waou! Itulah...dulu mak aku teringin nak tinggal kat Kelantan. Ha...sikalang tiga-tiga menantu dia dari Kelantan. Husband aku juga orang Perak. Kalau lawan bola, mesti kalah...huahuahuahua. Alkisahnya, kalau pergi sana aku mesti jalan-jalan cari makan. Aku emang sukak bangat ngan masakan orang sana--the budu, ikan rebus goreng, etok, colek. Yang manis tu memang aku tak usik ler. Dalam banyak-banyak kumpulan makanan yang aku suka, etok jer yang aku tak jumpa kali ni. Orang sana pun hairan sebab apa aku suka makan etok. Entah...aku sendiri pun hairan mengapa aku suka...ekekeke. Lagi satu aktiviti selain makan yang aku suka bila di sana ialah shopping. Uish...best tak terkira. Macam-macam aku borong. Itu pun tak cukup lagi. Lepas ni, bilalah aku nak ke sana lagi...

Harga barang turun?

Berita di kaca tv malam tadi buat aku lega. Akhirnya turun juga harga barang keperluan. Lantas pagi ni terus aku buka akhbar online. Hajat di hati nak mengintai-ngintai produk keperluan manakah yang sudah diturunkan harganya oleh pasar raya gergasi terbabit. Dalam akhbar Utusan Online memetik, antara lain: "Antara barangan keperluan yang diturunkan harga ialah beras Jasmine Siam Best 10 kilogram (kg) dengan potongan 18 peratus, Jasmine Super Special 10kg (18 peratus), biskut Julies Cracker 250 gram (25 peratus), biskut Julies Love Letter 120 gram (25 peratus), minyak masak Soylite 3 kg (3.5 peratus), pencuci muka pelbagai jenama (24 peratus) dan gel rambut Revive (27 peratus)." Selain itu, aku intai juga ke laman web pasar raya berkenaan. Pada hemat akulah kan, selain beras dan minyak masak, barang yang lain tu (setakat hari ini, seperti yang terpamer di laman web mereka dan juga di akhbar) bukan barang keperluan sangat bagi aku. Pada aku, barang keperluan yang sangat-sangat...

Ibarat padi bunting

Imej
Tajuk entri kali ni tak ada kena mengena dengan keadaan fizikal aku sekarang ni. Kebetulan aje pepatah Melayu tu ada perkataan 'bunting'. Ibarat padi bunting, semakin berisi semakin menunduk. Inilah kualiti yang kita mahukan daripada pemimpin. Lagi tinggi kedudukan, lagi merendah diri dan sedar diri dan tahu dia itu sedang memikul amanah rakyat. Bukannya lagi tinggi kedudukan, ego makin besar, otak semakin bodoh. Ada orang, yang sebelum dikurniakan jawatan tinggi, begitu rendah diri, syukur dan bijak berfikir. Tetapi sesudah dikurniakan darjat ketinggian dan kedudukan seperti dewa, jadi sombong diri, bongkak dan semakin bodoh mengalahkan orang tak berpelajaran. Sepatutnya dengan kedudukan selesa begitu, dengan kuasa amanah yang sebegitu besar, dia seharusnya menjadi lebih bijak dan lebih bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya. Tapi entah teori apa yang dipraktikan, sekolah mana yang dia ikut, fahaman mana yang dia anut, tiba-tiba jadi bodohLAH pulak. Tak faham aku! Aku jadi gunun...

Siren

Imej
Dah banyak kali aku terserempak dengan kenderaan bermotosikal besar yang jadi escort kereta VIP waktu orang tengah bersesak-sesak nak pergi kerja ataupun balik kerja. Kehadiran mereka ni selalu buat aku keliru. Kalau kat lane kiri ataupun kanan, senanglah nak himpit ke tepi. Tapi kalau kat lane tengah, nak himpit ke mana? Macam pagi tadi. Aku ada kat lane tengah MRR2 dekat ngan exit Pandan Indah/Shamelin. Tetiba dengar bunyi siren escort . @#^%^*&*. Depa tengah nak lalu di antara lane tengah dan kanan. Maka aku bagi signal , himpit kiri. Keta sebelah kiri semua tak mau ke kiri dan beri laluan. Haru betul. Kereta kat tengah semua cam confused aje termasuk aku. Terpaksa gak himpit ke kiri perlahan-lahan dengan hati-hati sebab takut bergesel ngan keta yang tak mahu ke tepi. Aku memang nyampah tul ngan kereta yang ada escort nih. Tak kiralah ngko menteri ke, VIP ke, orang besar ke...kalau jalan dah jammed , tunggu jelah. Sama-sama merasai apa yang golongan marhaein rasa. Barul...

Serdang

Semalam aku pergi check up kali pertama di Hospital Serdang. Macam pegawai pemantau ISO ler plak lagak aku. Semua nak ku nilai...ekekeke. Yelah...kali pertama nak menggunakan perkhidmatan hospital awam untuk bersalin. Cerewet gak sket sebab melibatkan nyawa...hahaha. Selama ni aku guna khidmat hospital swasta. Hospital *** yang aku cerita masa bersalin kali pertama tu rupa-rupanya dianggap swasta walaupun ada bau-bau gomen. Baru aku tau semalam. Anyway, aku bukannya skeptik sangat pasal hospital kerajaan ni. Tapi cerita-cerita yang aku dengar buat aku fobia. Baru-baru ni makcik husband aku bersalin ceasarean di Hospital K*****. Jahitannya tak kering dan dijangkiti kuman. Maka hospital itu, tanpa memberitahu apa-apa, terus membuka balik jahitan tanpa memberikan bius. Kalau tak sakit, tak apa. Udah makcik aku menjerit, baru dibiusnya. Lepas dah cuci luka pun tak baik-baik juga. Disebabkan kecewa, maka pakcik aku pergi ke klinik swasta sebab merasakan keadaan luka di perut makcik aku tak...

Hospital mana?

Persoalan yang sudah sekian lama aku tangguhkan daripada dibincangkan oleh diri aku sendiri kini akhirnya terpaksa dijawab. Sampai doktor aku pun pening kepala menanti jawapan aku. Bagi sesetengah orang memang tak susah nak memilih hospital mana yang hendak dijadikan sebagai tempat bersalin. Tapi bagi aku, ini satu persoalan besar. Sebabnya? Sebabnya semenjak minyak naik ni, kena ubah gaya hidup. Kena berjimat cermat dan amalkan perbelanjaan berhemah. Jadi tak bolehlah aku nak bersalin di hospital swasta macam dulu. Baru-baru ni kawan aku dikenakan caj antara RM6000 hingga RM7000 kerana menjalani prosedur C-Section. Tapi yang sorang tuh 70% institut leh cover. Aku? Sapa nak cover? Sendiri jugalah. Makanya terpaksalah memikirkan opsyen kedua iaitu hospital kerajaan. Tang ni aku fobia sket. Bukan sengaja nak mengutuk hospital kerajaan tanpa bukti ya. Tapi aku memang ada bukti sebab kali pertama bersalin memang di hospital kerajaan. Pengalaman paling teruk. Aku sepatutnya saman hospital t...

Jalan ke rumahku Episod 2

Bandar Mahkota intersection to remain open, upgraded KAJANG: The controversial Bandar Mahkota Cheras intersection, which led to a Cabinet intervention on May 30, will be upgraded and will remain open to the people. Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed, said the Malaysian Highway Authority and Cheras-Kajang Highway concessionaire Grand Saga Sdn Bhd had been instructed to begin upgrading works on the road that would by-pass the 11th Mile Cheras toll plaza. Mohd Zin, who visited the site yesterday, said six more traffic lights would be installed at the intersection below the highway to make things better for road users from the Bandar Mahkota Cheras, Bandar Sungai Long, Bandar Tun Hussein Onn and Cheras Perdana townships. The road will also be resurfaced. The intersection made headlines in recent days when the public demolished the barricades built by Grand Saga four times this year. Grand Saga had claimed losses due to their by-passing the toll. This led to a series of incidents fill...

Cikgu Sabariah

Sabariah o Sabariah....Teringat cara Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku memanggil pelakon Sarimah yang memegang watak Sabariah yang menggilai Kassim Selamat. Kalau sebut nama Sabariah ni, aku teringat pula pada Cikgu Sabariah. Beliau guru Sastera dan Bahasa Melayu semasa aku tingkatan empat dan lima. Beliau jugalah yang mencetuskan minat mendalam terhadap subjek Sastera dalam diri aku. Beliau menggalakkan semua pelajarnya menulis cerpen, novel dan skrip drama sebab dah jadi pelajar sastera. Dah belajar segala alat-alat penulisan. Nampaknya aku sorang ajelah yang menyahut cabaran beliau...ehem. Eh ye ke? Ada sorang rakan sekelas aku yang menyahut cabaran ni. Tapi dia lebih tertumpu kepada penulisan artikel semi-ilmiah. Aku...hehehe...tak minat sangat tulis artikel ilmiah walaupun dah banyak artikel yang aku hasilkan semasa bekerja dengan institut dulu. Kini aku lebih aktif menulis dalam genre kreatif. Jadi, demi mengenang jasa baik Cikgu Sabariah yang banyak mendorong minat aku dalam bid...

Jalan ke rumah ku

Imej
Dulu aku asyik bising pasal rumah, rumah, rumah setelah anak syarikat Talam dua muka si Maxisegar gagal siapkan rumah aku pada waktunya. Kini IJM pula mengambil alih projek berkenaan yang dijangka siap 20 bulan dari tarikh perjanjian baru yang ditandatangani oleh pembeli pada pertengahan tahun lepas. Tungguuuu... sama ada betul ataupun tidak IJM boleh melunaskan janji-janjinya. Kali ini pula aku bising pula pasal jalan, jalan, jalan. Selepas kecewa rumah Talam dua muka tak siap, aku pun beli rumah di Bdr Mahkota Cheras. Kali ni dispute ngan Saga plak sebab tak bagi buka jalan. Untuk laporan seterusnya, sila rujuk artikel The Star bertarikh 22 April di bawah ini: Angry residents remove barrier at access road By GEETHA KRISHNAN JOY turned to despair and anger when Bandar Mahkota Cheras residents learnt that the toll-free access road to the Cheras-Kajang Highway would not be opened yesterday as earlier anticipated. More than 700 angry residents who had gathered at the barricade under the...

Virus Varicella

Chickenpox berasal daripada perkataan bahasa English lama " gican " yang bermakna " to itch " atau daripada perkataan Perancis lama "chiche-pois" yang bermaksud kacang kuda, yang menggambarkan saiz lesion (luka chickenpox). Penyakit kulit yang mudah berjangkit ini disebabkan oleh jangkitan virus Varicella. "The varicella virus is an enveloped, double-stranded DNA virus. It attaches to the wall of the cell it invades, and then enters the cell. The virus uncoats and is transported to the nucleus where the viral DNA replicates creating new virions that are eventually released from the cell to infect other cells." Hari ni masuk hari kedua aku dijangkiti oleh virus ini. Jangan sangka yang dah pernah kena masa kecik boleh tak kena sekali lagi. Doktor kata mungkin aku terlalu letih atau stress. Sebab itu bila Aliyah kena chickenpox, aku punya immunity lemah. Tapi yang peliknya, Nurin tak pula dijangkiti virus ni. Padahal dia lebih terdedah dengan Aliyah...

Pengembaraan menuntut keadilan 2

Perjuangan untuk mendapatkan keadilan untuk rumah tak siap aku tuh sebenarnya dah sejuk bila aku dapat tahu yang walaupun boleh cancel S&P dengan pemaju, duit yang dah dilaburkan tu tak akan dapat balik. Tetapi...semangat itu kembali memuncak apabila ada fellow forumer - preacher bagitau aku, memang buleh dapat balik duit walaupun tak sepenuhnya. Oleh itu, hari sabtu ni aku akan ke HBA untuk bertanyakan hal ini sebelum membuat permohonan ke tribunal untuk membatalkan perjanjian penjualan. Butir-butirnya seperti berikut: TARIKH : 22 JULAI 2006 MASA : 1.00 TENGAH HARI TEMPAT : NATIONAL HOME BUYER ASSOCIATION, NO. 31, LEVEL 3, JALAN BARAT OFF JALAN IMBI p/s: wabbit, sila hadir kalau nak duwit ko balik...ngeheheh!

Pengembaraan menuntut keadilan - episod 1

Hari ni aku akan memulakan satu episod pengembaraan. Ala-ala enovel, tapi ni kisah benar iaitu kisah aku dalam memperjuangkan keadilan sebagai salah seorang pembeli rumah yang teraniaya. Episod 1 Hari ni aku dan hubby ku ke Tribunal Tuntutan Perumahan. Kononnya nak buat aduan, tapi kami silap tempat. Maklumlah perkara ini baru lagi. Kami diarahkan untuk memfailkan aduan ke bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pejabatnya di Pusat Bandar Damansara, tak jauh dari tribunal tuh. Sebaik tiba di sana, aku pun mengisi borang kaler biru. Dalam ruangan aduan aku tulis: Projek rumah terbengkalai. Malas nak elaborate panjang-panjang macam karangan. Aku pasti pegawai-pegawai di situ dah sedia maklum apa masalah aku sebaik saja mereka lihat nama pemaju yang aku namakan dalam borang aduan itu. Selesai membuat aduan, kami berpatah balik ke tribunal untuk mendapatkan maklumat. Maklumlah kami ni memang tak tahu apa-apa. Walaupun sehari suntuk semalaman aku ...

Lupakan gula

Selepas krisis minyak - kenaikan harga minyak, negara dilanda masalah kekurangan gula pula. Semalam Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaacob cadangkan supaya pulaukan gula. Aku sokong! Apa salahnya hidup tanpa gula. Rasanya tak menjejaskan apa-apa. Kalau hidup tanpa garam, memang susah. Lagipun baik untuk kesihatan sekiranya pengambilan gula dikurangkan. Kalau nak sangat manis, gunalah madu. Ataupun letak bawang besar dalam masakan. Ini biasa aku buat. Sebab aku masak memang jarang letak gula kecuali masak sambal. Ataupun mungkin ada alternatif lain yang boleh menggantikan gula. Habis kisah gula, aku nak kisahkan sesuatu yang telah membuatkan aku marah sesangat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sekarang ni kan musim piala dunia. Jadi kat TV dan radio macam-macam promosi piala dunia termasuk peraduan sms. Ada satu syarikat telekomunikasi ni, ***** yang telah berkerjasama dengan satu syarikat pembekal isi (content provider) untuk telefon bimbit yang berpejabat di Jalan A***** iaitu...

Aku menang RM 100,000.00

Aku menang ringgit Malaysia seratus ribu!!! Yahoooo!!!Hm...alangkah bagusnya jika perkara itu satu kenyataan. Aku hampir memenanginya...mungkin. Dan mungkin kisah ini pernah berlaku kepada kalian juga.Petang Jumaat lepas, aku makan di Harjis Bistro dekat Bdr Sri Permaisuri. Sewaktu pulang, ketika aku mahu sedang menghidupkan enjin kereta, tiga orang pemuda berbangsa Cina - lepasan SPM agaknya, menghampiri Kancil kepunyaan adik ku. Waktu itu, Aliyah, Nurin dan adik bongu ku sudah pun bersiap sedia hendak pulang ke rumah. Salah seorang daripada mereka yang kelihatan seperti Saiful Malaysian Idol bertanyakan soalan kepada ku mengenai pasar raya yang aku selalu pergi. Aku jawab dengan sambil lewa - sebab aku tahu mereka nak menjual sesuatu. Sebaik sahaja aku mahu beredar, mereka menghulurkan sekeping sampul surat kecil. Menurut mereka, ia sebagai hadiah kerana sudi menjawab pertanyaan mereka tadi. Aku, dengan tanpa syak apa-apa terus membuka sampul surat itu. Sebelum itu sempat mereka berk...

Air oh air

Tiap-tiap hari kena basuh kepala robot yang bulat dalam penapis air. Mana taknya. Kuning!!! Tak tahan betul tengok. Geli pun ada. Tak sanggup nak minum sebab tengok kekotoran yang melekat pada kepala penapis tuh. Lepas tuh pula penat masukkan air tiap kali penapis dah kosong. Yang minumnya ramai, tapi yang tukang tapisnya sorang :-( Lepas tu mak bagi penapis air dia yang guna dua selinder tuh :-) Seronok ler sebab tak payah isi air dalam penapis bulat macam R2D2 tu. Tapi kualiti air masih sama. Dalam termos, kuning kat bawah. Keladak dah berkumpul kat situ. Dalam Melano jar pun sama. Suami dah bising-bising sebab jarang cuci bekas air. Mana larat nak cuci tiap-tiap hari. Kerja lain banyak lagi nak dibuat. Alia dan Nurin pula kalau dalam seminggu tak sakit perut, memang tak sah. Pening kepala dibuatnya. Nak masuk dapur pun malas bila membayangkan air kuning. Nak minum pun naik geli. Basuh baju putih, jadi kuning. Geram betul. Dalam pening-pening kepala memikirkan jalan penyelesaian, ada...

'Cikgu Jepun'

Sewaktu beratur untuk membeli dua bungkus nasi lemak pagi tadi, di sebuah gerai berhadapan dengan rumah, satu perisitwa berlaku; yang membuatkan aku tersenyum sendiri mengenang akan zaman persekolahan. Dahulu ketika di bangku sekolah, orang kata zaman persekolahan merupakan satu jangka waktu yang paling manis dalam hidup seorang remaja. Tapi waktu itu, fikiran masih pendek. Langsung tidak mahu menerima pendapat orang yang lebih dahulu makan garam. Kalau boleh, hendak cepat tamat sekolah agar boleh bebas daripada cengkaman cikgu, kerja sekolah dan peperiksaaan. Namun selepas hampir 12 tahun meninggalkan alam persekolahan, telahan tersebut ternyata benar. Zaman persekolahan merupakan jangka waktu yang paling manis dalam hidup. Apa pun, aku bukan hendak bercerita mengenai zaman persekolahanku. Tetapi aku ingin mengulas sedikit tentang peristiwa yang berlaku tadi. Seperti biasa setiap pagi gerai nasi lemak Nyai (seorang nenek yang tinggal satu blok dengan aku), dihurung oleh pelajar-pelaja...

Acheh drive di LRT Tmn Jaya

Semalam seperti yang telah dijanjikan, akhirnya, dapat juga aku berpeluang bertemu dengan chatters di YM yang selama ini hanya kubaca coretan mereka tanpa mengenal paras rupa dan fizikal. Tun a.ka. Syukri (mineral75.blogpsot) dan Eli (ellyna) telah menanti ketibaanku setengah jam dari masa yang telah dijanjikan. Tidak berapa lama selepas itu, Nani dan Azu (kenal ketika di AC dahulu kala) tiba. Tidak ketinggalan beberapa orang rakan Tun juga turut serta. Sebenarnya pertemuan kami semalam ialah sempena menyambut seruan kerajaan supaya menderma untuk mangsa-mangsa bencana tsunami. Kami tidak dapat menyumbang wang ringgit, tetapi sekurang-kurangnya dapat juga mendermakan pakaian-pakaian terpakai yang masih elok. Beberapa orang jiranku yang turut bersimpati juga turut menyumbang. Sumbangan-sumbangan tersebut akan disampaikan kepada mangsa-mangsa di Acheh melalui Pertubuhan Peladang (NAFAS). Dan, akhirnya, pada tahun 2005 ini berjaya juga aku melakukan sesuatu seperti ini - telah lama aku be...