Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sekolah

Al-Ahmadi: Dahulu dan Kini

Imej
Al-Ahmadi, nama sekolah aku yang aku sangka akan terkubur buat selama-lama dalam lipatan memori. Rupa-rupanya tidak. Dengan teknologi Facebook, aku kembali mengingati kenangan di Al-Ahmadi. Facebook banyak membantu menemukan aku dengan kawan-kawan lama, baik senior, sebaya mahupun junior hingga ke super-supernya sekali. Pada 8 Syawal lalu, aku kembali ke bumi Kg Paya Rumput, Sg Udang menjejaki memori silam yang ku tinggalkan. Dan18 tahun aku tinggalkan Al-Ahmadi. Pernah juga jenguk beberapa kali dalam jangka masa 18 tahun ni. Tapi kunjungan lalu lebih bermakna kerana aku dapat 'kongsi' Al-Ahmadi dengan suami dan anak-anakku. Tak pernah terbayang di kepala saat itu akan muncul. Bagi aku kenangan di Al-Ahmadi--baik yang manis mahupun buruk--adalah antara kenangan paling berharga dalam hidup. OMG...tears breaming my eyes already meh....hahaha. Melankolik sunggoh! Saksikan rakaman memori aku bersama Al-Ahmadi. Di belakang kami ialah bangunan kelas dan tiang bendera Seko...