Kerabu perut
Buat kerabu ni hari Khamis juga. Sementara aku makan bubur lambur, Cik Abang makan nasi berlaukkan kerabu perut dan ikan tamban goreng. Gila simple lauk dia...hahaha. Tapi itulah yang dia suka sesangat. lupa nak letak tomato. patut tak ceria warnanya KERABU PERUT Bahan-bahan: 500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil] 5 biji jus limau linpis 1 cawan taugeh [buangkan kakinya] 1 s/b sos ikan garam dan gula secukup rasa Bahan Hiris 1 labu bawang besar 2 kuntum bunga kantan 5 tangkai kacang panjang 1 biji cili merah Bahan Kisar --tak kisar, tapi potong-potong aje 3 biji cili merah 5 biji cili api 3 ulas bawang merah Cara penyediaan: Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya. Hidangkan ngan nasi putih. Sumber resepi: Fotopages Chef Hanieliza Simple sangat resepi ni. Sekejap aje dah siap.