Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bicara Penulisan

Chikara

Imej
Chikara bermaksud kuasa, pengaruh atau kebolehan. Diwakili oleh huruf 'ka' dalam tulisan hiragana, menjadi simbol kuasa kepada sesiapa yang menggunakannya. 'Ka' juga bermaksud api dan hari Selasa. Jadi hari Selasa ialah Hari Api dalam kalendar Jepun. Apa kena-mengena simbol chikara dan ka dalam entri saya kali ini? Saya mendapat semangat baharu dalam penulisan. Moga semangat ini kekal kerana saya ada banyak projek penulisan yang terbengkalai gara-gara kehilangan chikara. Sebagai penulis, hasil penulisan saya bergantung kepada emosi. Jika emosi saya kacau-bilau, makanya saya tidak boleh menulis dengan hati yang gembira. Mood atau suasana hati saya juga mempengaruhi aktiviti penulisan. Dahulu ada seorang editor pernah bertanya kepada saya, "Kamu menulis bagaimana? Ikut mood ataupun idea. Kalau ikut mood, susah." Memang tidak dinafikan, kata-katanya benar. Penulis yang menulis ikut mood seperti saya, memang sukar hendak menulis secara berterusan. Sekiranya saya ...

Pengembaraan baharu bermula

Imej
Tahun ini bakal menjanjikan satu perubahan yang besar dalam karier penulisan saya. Insya-Allah kerjasama yang sedang dijalinkan bakal membuahkan hasilnya tidak berapa lama lagi. Apa yang saya harapkan, moga kerjasama ini berkekalan dan terus gemilang. Penat sudah rasanya berjuang mencari masa hadapan karier penulisan yang turun naik dan penuh pancaroba ini. Saya berhasrat mahu melangkah dengan lebih jauh dalam bidang ini. Maka sebab itu, wujud tiga nama pena yang mempunyai misi dan visi yang berbeza. Mungkin ada yang menaksirkannya sebagai satu kerugian. Namun bagi saya, setiap sesuatu itu dilahirkan dan dizahirkan untuk melaksanakan tanggangjawab khas yang sudah dipikulkan di atas pundaknya. Moga 2011 membawa perubahan yang positif di samping menjanjikan pengembaraan baharu yang lebih mengujakan.

Anakronisme

Dalam kesibukan dan kecapekan menyiapkan manuskrip terbaharu untuk KN, saya sempat membaca pantas karya terbaharu Manaf Hamzah, Dalam Dakapan Senja . Di pertengahan novel itu saya jumpa nama Dr. Assad Effendi, hero Dedaun Layu di Angin Lalu , juga karya Manaf Hamzah. Teknik meminjam atau memunculkan watak atau cameo dalam novel sebelumnya ke dalam novel yang lain, memang sering dilakukan oleh penulis ataupun penggiat filem. Malah teknik ini menjadi kegemaran saya sekali gus menjadi trademark atau tanda dagangan dalam setiap novel yang saya hasilkan, tidak kira apa genre sekali pun. Walau bagaimanapun, teknik ini perlu digunakan secara berhati-hati kerana melibatkan unsur anakronisme. Anakronisme bermaksud meletakkan sesuatu pada latar tempat ataupun zaman yang salah. Contohnya, drama Tun Perak lakonan Jalaludin Hassan yang pernah disiarkan di kaca TV pada abad yang lepas. Dalam satu babak, tiang elektrik kelihatan. Masa zaman Tun Perak mana ada tenaga elektrik lagi. Kekeke.... Ini sa...