Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dan Mimpi Pun Bersatu

Komen pembaca tentang my sweet babies: Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu

Imej
Komen ni saya jumpa di laman web Cari.com.  Baru kini ada kesempatan nak update di sini sebagai penghargaan saya kepada pembaca yang sudi baca dan reviews 'My Sweet Twins' :D EXLESSIA Post on 21-3-2012 02:18 PM baru baca Kasih Pun Bersatu - izza aripin. tp katanya ni dah sekuel. yang 1st tajuk apa ek? KN jugak ke? agak best la ceritanya Reply 1256# EXLESSIA qimi08 Post on 22-3-2012 11:56 AM Terbitan KN juga 1) Dan mimpi pun bersatu -      kisah emaknya org biasa berkahwin dgn kerabat raja- penuh advanture. 2)Kasih pun bersatau....    Kisah anak pulak - puteri raja.. tentang cinta sejati , dendam .... Saya suka kedua-dua novel ni x jemu membacanya... Reply 1256# EXLESSIA mijot Post on 22-3-2012 11:07 PM tajuknya dan mimpi pun bersatu... best sgt, citer pasal mak dia yg kawen dgn putera raja (bakal sultan)... best sebab adventure dan ditulis oleh penulis wanita... jarang ada penulis wanita yg menulis mengenai adventure ni... EXLESSIA  Post on 23-3-2012 0...

Lagenda Dhiyapura

Imej
Jika kisah lagenda, selalunya bersiri, sama ada dwilogi ataupun trilogi ataupun mungkin lebih. Semasa mula menulis ...dan Mimpi Pun Bersatu, tidak pernah tergambar di fikiran saya mahu menyambung kisah ini. Apabila siap sahaja manuskrip pertama, barulah timbul idea untuk menyambung kisah ini. Hasilnya, terbitlah Kasih Pun Bersatu. Sewaktu buku kedua disiapkan, tiada langsung usaha hendak menyambungnya ke buku yang ketiga. Kini, sesudah keedua-dua buku terbit, muncul idea (dan mengambil beberapa cadangan dan permintaan pembaca), kisah raja-raja Dhiyapura ini akan disambung menjadi trilogi. Maka sebab itu, saya memanggilnya Lagenda Dhiyapura. Buat masa ini, buku yang ketiga masih dalam rangka kerja, susunan plot serta pembinaan watak. Masih lagi di peringkat awal dan banyak kajian perlu dijalankan. Siapa watak utamanya kali ini? Kenalah tunggu, ya.

Bacaan pruf selesai

Imej
Final cover Mufin Manja. Saya baru saja menyudahkan bacaan pruf Mufin Manja. Terdapat beberapa fakta yang perlu diselaraskan. Banyak juga saya terlepas pandang. Mujur manuskrip Mufin Manja tidak tebal. Sekadar 173 halaman. Tak sabar saya nak melihat pruf AG3 yang masih belum mendapat apa-apa berita. Manuskrip novel kesinambungan DMPB pula sedang dibaca oleh editor. Tak sabar rasanya hendak melihat manuskrip yang ni yang lebih istimewa. Sambil menunggu pruf kedua-dua manuskrip, saya sedang mengusahakan sambungan cerita Abang Ryan kita tu. Masih ingat dengan Kerana Dia Cinta ? Ada yang minta supaya saya satukan semula Ryan bersama Gia. Hmmm...walau apa pun, biarlah segala persoalan itu terjawab apabila kisah Abang Ryan diterbitkan insya-Allah pada tahun 2010. Ada kejutan menanti!

Novel baharu bulan Disember 2009

Imej
Baru sekejap tadi saya ke Kaki Novel Enterprise menghantar manuskrip baharu. Novel yang ketiga untuk syarikat penerbitan berkenaan. Jika tiada aral melintang, insya-Allah novel kesinambungan ...dan Mimpi Pun Bersatu akan menemui anda semua pada hujung tahun ini.  Setelah mendapat lampu hijau daripada editor dan penerbit, saya akan war-warkan tajuknya di sini. Sama-sama tunggu.... P/S: Dapat idea nak sambung citer Rayyan al-Haimi...wahaha akhirnya....

Kesinambungan ...dan mimpi pun bersatu siap!

Imej
Alhamdulillah! Siap juga akhirnya kesinambungan ...Dan Mimpi Pun Bersatu . Saya rasa bagai nak menangis. Hidung dah gatal-gatal macam nak bersin. Mata pula dah berair sikit. Huhuhu...rasa sedih dan teruja pula novel yang saya kerjakan semenjak Julai 2008 ni sudah siap. Hari ini dalam sejarah...hahaha. Rasa macam bersalinkan anak baharu lah plak. Tapi saya akan peram manuskrip ni selama seminggu sebelum dibaca balik supaya kesilapan dan kekurangannya dapat dikesan oleh mata dan minda yang segar. Insya-Allah, minggu depan dah boleh hantar pada penerbit. Rasa sebak ler plak...huhuhu.

Istana Agung, Dhiyapura

Imej
C uba - Faizal Tahir Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau andai Bila ku perlu Tuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku Pada mu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihat mu Pernahkan kau ada Bila ku perlu tuk menyatakan Rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu Setia ku menunggu Agar senang kau merasa Maafkan kerana ku tak pernah Terlintas tuk menulis padamu Salahkan ku Tak mungkin lagi aku meminta Untuk kau mendengar.. Untuk kau melihat ke mata ku..

Siap 3, tinggal lagi dua

Alhamdulillah, kini 3 manuskrip sudah siap. 2 sudah berada di meja editor. 1 sedang menunggu giliran untuk dilayangkan ke meja editor. Kini aku sedang gigih menyudahkan kesinambungan ...dan Mimpi Pun Bersatu . Hari-hari tidur lewat. Mood untuk terus berkarya diharap segar hingga aku berupaya menyudahkan kesemua janji-janji yang lama terpahat. Selepas ini, ada misi khas menanti yang aku tak boleh sulam dengan aktiviti menulis. Sebab itu semuanya perlu diselesaikan menjelang bulan Julai tahun ini juga! Gambarro!

...dan mimpi pun bersatu 2

Imej
Hanya kau yang mampu--Aizat Ku cuba redakan relung hati Bayangmu yang berlalu pergi Terlukis di dalam kenangan Bebas bermain di hatiku Cerita tentang masa lalu Cerita tentang kau dan aku Kini tinggal hanya kenangan Kau abadi di dalam hatiku Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi Membuat ku terpuruk rasa ingin mati Derita yang mendera kapan akan berakhir Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku Cerita tentang masa lalu Cerita tentang kau dan aku Kini tinggal hanya kenangan Kau abadi di dalam hatiku Harusnya takkan ku biarkan kau pergi Membuat ku terpuruk rasa ingin mati Derita yang mendera kapan akan berakhir Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku Aku cinta ooohhhhhh Aku cinta oooooooo Aku cinta ooohhhhhh Aku cinta oooooooo Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi Membuat ku terpuruk rasa ingin mati Derita yang mendera kapan akan berakhir Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku Aku cinta ooohhhhhh Aku cinta oooooooo Aku cinta ooohhhhhh Aku cinta oooooooo Hanya engkau yang mampu taklu...

Kerana Dia Cinta ataupun ...Dan Mimpi Pun Bersatu?

PBAKL telah tamat Ahad lalu bagi tahun ini. Lebih kurang setahun dari sekarang, kita akan bertemu lagi di platform yang sama, Insya-Allah. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Semasa berada di gerai KN pada minggu pertama pesta, saya sering ditanya mengenai kesinambungan DMPB dan kemungkinan KDC akan disambung. Tika itu saya tidak boleh terus berahsia lagi. Pada pengunjung yang bertanya, anda sudah tahu jawapannya. Pada yang tidak berkesempatan bertanya, saya akan jawab persoalan itu di sini. Ketika ini, ketika sedang menulis entri ini, saya sebenarnya sedang berhenti rehat daripada menulis versi KDC yang akan diterbitkan sedikit masa lagi. Versi ini bukan sambungan, sebaliknya ia naskhah alternate reality atau realiti gantian. Sepatutnya versi ini berada di pasaran menjelang PBAKL. Malang sekali kesihatan saya tidak mengizinkan, maka penerbitannya ditunda.  Mengenai kesinambungan DMPB yang saya uar-uarkan di blog ini pula, manuskripnya sudah 50% siap ditulis. Sekiranya semu...

Komen DMPB - Forum Buku

Berikut ialah komen yang terpapar di blog forumbuku mengenai novel ...dan mimpi pun bersatu . Sekiranya anda ingin turut serta dalam forum ini, jemputlah ke sana. ... dan mimpi pun bersatu, hasil tulisan Izza Aripin keluaran Kaki Novel. Mengisahkan cerita tentang Tengku Iskandar dan Anne di dalam melayari bahtera kehidupan berumah tangga mereka. Tengku Iskandar adalah seorang pemerintah kerajaan Dhiyapura. Manakala Anne pula adalah pewaris kalung Tun Fatimah. Tidak perlu saya bercerita panjang lebar tentang Novel ini, kerana saya percaya kalian sudah pun mendapatkannya di pasaran. Tajuk Forum:- Yang mana satu kah lebih meninggalkan kesan? Cerita yang bercorak fairy tale atau pun cerita yang bercorak ilmiah. Wajarkah kita biarkan dunia penulisan dan dunia novel ini dipenuhi dengan kisah cinta semata-mata. Tidak kah ini dikatakan cerita stereotype? Marilah kita kupaskan bersama-sama tajuk forum ini ya... Apa kata forum buku? Bagi saya, jika ingin menulis atau menghasilkan sesuatu karya ...

Aku jatuh cinta pada 'Zarul'

Kita akan mudah jatuh cinta bila terlalu lama dan kerap bersama dengan orang itu. Bila berjauhan atau lama tidak bertemu, maka akan lahirlah bibit-bibit rindu. Selama sebulan yang lalu aku banyak menghabiskan masa bersama Zarul. Siang dan malam, walau dalam mimpi, dia tetap bersamaku. Marah, benci, ketawa, menangis semuanya bersama. Kini kerja-kerja ku telah selesai dan aku semakin berjauhan dengan Zarul. Tiba-tiba terasa ada satu kekosongan yang menguasai jiwa. Terasa satu kuasa yang menyuruh ku agar mencari Zarul semula. Tetapi bagaimana? Cara apa yang harus ku lakukan sedangkan fikiran ku kontang. Idea ku sudah terbatas. Imaginasi ku sudah tumpul. Aku harus berehat seketika sebelum mula bekerja. Jika Zarul ingin ku cari, tunggu hingga aku benar-benar bersedia. Siapa Zarul? Tunggu 'Peluang Kedua' (kalau tajuknya tidak diubah). Kau pasti akan kenali dia!