Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bicara novel

Sinar Harian 12.12.12

Imej
 Seksyen Kampus, halaman 3, sudut Gemilang Penulis

Teaser 2 Srikandi vs Arjuna

Imej
“Tak ada kerja lain? Terkejut aku tau tak!” marah Ridd geram; cuba melindungi fikirannya daripada dibaca oleh Zaihan. “Tak baik untuk fighter kalau mudah sangat terkejut.” Zaihan mengingatkan. Tiba-tiba wajah Zaihan bertukar serius. Dia mengalihkan perhatian seketika daripada memandang jalan di hadapan ke wajah Ridd. Ridd hairan. “Zarida, aku fikir lebih baik engkau berhenti sahaja daripada jadi fighter. Kalau berhenti daripada taekwondo pun bagus juga.” Hendak terkeluar biji mata Ridd merenung Zaihan. Dia pantas menoleh dan merenung tirus ke arah Zaihan. “Kita cakap fasal apa tadi? Tiba-tiba aje masuk bab ni.” Ridd mengeraskan suaranya. “Engkau siapa nak nasihatkan aku? Aku punya sukalah nak buat apa. Dan aku tak suka orang menghalang aku daripada melakukan aktiviti kegemaran aku.” Entah kenapa tiba-tiba sahaja Ridd naik angin. “Aku tak suka tengok engkau lasak macam tu. Tak manis. Engkau tu...” “Aku tak nak dengar!” Ridd terus menutup telinganya dengan kedua-dua belah tapak tangan. *...

Teaser 1 Srikandi vs Arjuna

Imej
“Kalau dah perempuan tu, perempuan juga. Jangan berangan nak berlagak macam lelaki.” “Engkau....” Tanpa fikir dua kali, Ridd terus mengayunkan turning kick ke arah Zaihan. Zaihan yang terkejut dengan tindakan tidak diduga itu, secara automatik terus mengelak. “Dah gila?” Marahnya. “Engkau yang gila. Bencikan perempuan tak tentu fasal. Mak engkau bukan perempuan?” Ridd memang marah waktu itu. Dia sudah tidak peduli dengan apa yang dikatakannya. “Kurang ajar!” Nampaknya kata-kata Ridd itu seperti menyiram minyak pada bara api. Zaihan terus membalas serangan Ridd dengan double turning kick. Tendangannya hinggap ke daun pintu. Beberapa sentimeter sahaja daripada kepala Ridd. Maka berlaku perlawanan antara kedua-dua fighter UWB itu.

Ralat 2 Srikandi vs Arjuna

Pembetulan sudah ditandakan dengan warna merah. KHADIJA tersenyum jahat yang dibuat-buat. Dia mematah-matahkan jari-jemarinya di hadapan skrin komputer sebelum mula menekan papan kekunci. Layar tetingkap Yahoo! Messenger conference telah terbuka di layar skrin monitornya. Elliot> cepatlah cerita. ko buat aku suspens jer Sheba> aku debik kang Deja> muehehehehehh...guess what? Elliot> BUZZ! Sheba> BUZZ! Deja> muehehehehe...hari ni Ridd terserempak dengan BHK. tragis sadis. bersalah plak aku rasa Sheba> what heppen??????????????? Deja> pada mulanya Ridd tak mahu cakap. dia kalut nak balik sampai tak tukar dobok. bila aku pujuk, baru dia nak bagitau. itu pun tak banyak. dia tak sangka yg pembantu Abang Kar tuh si BHK. petang tadi plak si BHK dtg umah aku minta nak jumpa Ridd Sheba> oooo...cinta masih berputik lagi ya...eehehehehe Elliot> so? apa plan ko seterusnya? Deja> esok aku soh depa jumpa kt umah ak...

RALAT

Saya ingin memohon maaf atas kesilapan fakta yang terkandung dalam novel terbaharu saya iaitu Srikandi vs Arjuna. Kesilapan adalah pada Bab 16, halaman 127, baris ke-9. " Puan Atasha bergegas ke biliknya untuk menunaikan rukun iman kedua itu." Pembetulannya ialah: " Puan Atasha bergegas ke biliknya untuk menunaikan rukun Islam kedua itu." Kesilapan itu amat saya kesali. Pembetulan akan dilakukan pada cetakan akan datang.

Ryan dan The Fountain of the Lions

Imej
Sekarang saya sedang mengulit kisah Ryan... the next chapter atau kisah seterusnya. Apa yang berlaku kepada Ryan setelah gagal mendapatkan cinta Gia? Pada perkiraan saya, seandainya manuskrip ini mendapat pertimbangan sebaiknya daripada penerbit, novel ini bakal menemui anda tahun hadapan. Setakat hari ini, saya sudah menulis sebanyak 296 halaman. Plot cerita sedang mendaki klimaks. Saya masih tercari-cari pengakhiran cerita yang adil buat Ryan kali ini...hehehe. Apa agaknya kaitan Ryan dengan The Fountain of the Lions yang terletak di Court of Lions atau Patio de los Leones , di Istana Singa Alhambra, Grenada, Sepanyol? Hmm...kenalah tunggu ya.

Lagenda Dhiyapura

Imej
Jika kisah lagenda, selalunya bersiri, sama ada dwilogi ataupun trilogi ataupun mungkin lebih. Semasa mula menulis ...dan Mimpi Pun Bersatu, tidak pernah tergambar di fikiran saya mahu menyambung kisah ini. Apabila siap sahaja manuskrip pertama, barulah timbul idea untuk menyambung kisah ini. Hasilnya, terbitlah Kasih Pun Bersatu. Sewaktu buku kedua disiapkan, tiada langsung usaha hendak menyambungnya ke buku yang ketiga. Kini, sesudah keedua-dua buku terbit, muncul idea (dan mengambil beberapa cadangan dan permintaan pembaca), kisah raja-raja Dhiyapura ini akan disambung menjadi trilogi. Maka sebab itu, saya memanggilnya Lagenda Dhiyapura. Buat masa ini, buku yang ketiga masih dalam rangka kerja, susunan plot serta pembinaan watak. Masih lagi di peringkat awal dan banyak kajian perlu dijalankan. Siapa watak utamanya kali ini? Kenalah tunggu, ya.

My sweetheart

Imej
Setiap penulis pasti ada koleksi kegemaran penulisan yang mereka hasilkan. Yang istimewa tentulah yang memberikan kenangan manis. Bagi saya, setiap karya yang saya hasilkan mempunyai kenangan manis yang tersendiri sewaktu proses penulisannya. Dua buah karya yang paling saya sayangi ialah Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu . Saya amat menggemari kedua-dua buah karya yang saya anggap sebagai 'buah hati'. Selain dua buah karya ini, Kerana Dia Cinta dan nopen Cinta Terakhir I ( Biarlah Kusendiri ), Cinta Terakhir II, Cupido I, II dan III (kesemuanya daripada kompilasi nopen Kasih Yang Tak Pasti ) juga merupakan kegemaran saya. Kini saya sedang menyudahkan kesinambungan Kerana Dia Cinta . Ia bukan seperti kesinambungan antara Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu . Saya menggelarnya Projek PRS. Projek ini lebih kepada kisah lanjutan salah seorang watak utama dalam Kerana Dia Cinta . Kalau anda merasakan Projek PRS ialah sambungan Kerana Dia Cinta , anda ternyata s...

Dalam hati ada taman

Imej
 Alhamdulillah. Persoalan yang berlegar di minda sejak beberapa lama ini sudah terjawab. Segala yang gelap sudah pun terang. Yang samar sudah pun nyata. Jadi tidak lagi saya tertanya-tanya. Apa yang saya impikan selama ini sebagai penulis sudah pun tercapai. Hanya tinggal usaha mengekalkan impian ini dan membawanya ke tempat yang lebih tinggi. Selepas ini, tiada lagi pencarian kerana saya sudah temui destinasi yang terakhir dan moga-moga yang terbaik. Saya bersedia memberikan komitmen dan mencurahkan kesungguhan seperti yang saya lakukan untuk projek-projek sebelum ini. P/S: terasa bagai mimpi apabila saya diterima. Alhamdulillah.

Karya saya

Imej
Sebelum ini saya hanya menganggap Siri Akademi Gemilang sebagai karya saya yang bercorak saifai/fantasi memandangkan latar penceritaannya melibatkan kebolehan luar biasa (manusia meta) dan juga kewujudan Dimensi Yunar; tempat asal Gen Gemilang. Tetapi seorang rakan penulis mengatakan novel popular saya iaitu Dan Mimpi Pun Bersatu dan kesinambungannya, Kasih Pun Bersatu sebenarnya karya fantasi popular. Kenapa fantasi popular? Fantasi disebabkan latarnya di kerajaan beraja Dhiyapura yang memang tidak wujud dalam peta dunia. Popular kerana tema utamanya masih cinta disulami dengan aksi. Kedua-dua novel ini boleh juga saya kategorikan sebagai epic romance iaitu kisah raja-raja, tetapi bukan raja zaman dahulu. Dalam kompilasi nopen Kasih Yang Tak Pasti , ada terselit dua nopen fantasi iaitu "Tiara Dayana" dan Cendana Petualang Merah". Kedua-dua nopen ini berlatarkan masa hadapan dan juga alam lain. Novel-novel saya yang terdahulu iaitu Sebenarnya Cinta dan Segalanya Cin...

E-novel fantasi: Vampira

Imej
Baca di Rumah Fantasi ========================================== I'm home....hehehe. Kembali ke genre asal. Minat terhadap karya sci-fi/ fantasi merupakan pendorong utama saya menjadi penulis. Malangnya tika saya baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan, tiada yang sudi menerbitkan karya seumpama ini (sekitar tahun 1995). Kalau ada pun DBP. Tapi kemampuan bahasa Melayu saya ketika itu tidak memenuhi piawaian mereka. Maka atas nasihat penerbit, saya memaksa diri menulis novel cinta...tapi disulami dengan adventure kerana saya tak pandai nak menulis kisah cinta 100%. Kerana Dia Cinta ialah cubaan pertama saya menulis kisah cinta yang tak ada unsur adventure. Eh ye ke? Ada lah juga 1% unsur penyamaran...hahaha. Walau apa pun, jiwa saya memang sukakan cabaran. Maka dalam siap karya yang saya tulis, pasti terselit aksi-aksi ala-ala perisikan. Dengan lahirnya e-novel Vampira , saya ingin menguatkan skil menulis karya sci-fi/fantasi yang sudah terpadam sikit gara-gara permintaan pasaran...

Snippet projek terbaharu

Imej
Perghhh...kalau dapat sebiji kereta ni, terus gadai jadikan modal bisnes....hahaha. Tak ada kena-mengena dengan hidup masa kini. Tapi kereta ni ada kena-mengena sikit dalam novel terbaharu. Kalau dulu Zarul pandu Lamborghini Galardo warna putih. Kali ini, Mr. Z (Z juga...hahaha) akan pandu Mitsubishi Lancer Evolution X yang dilengkapi 6 kelajuan twin clutch transmission. Gaya macam nak berlumba aje. Bukan berlumba, tetapi digunakan dalam misi menyelamatkan kekasih hati...huhu. Kalau sudi, nantikanlah kemunculan Projek Z (tajuk dipalsukan dahulu demi akta kerahsiaan...haha). Bila ya? Hmmm...tahun depan kut kalau diterima penerbit.

Susur galur keluarga pemerintah Dhiyapura dan peta Kerajaan Dhiyapura

Imej
Susur galur ini tidak dimasukkan ke dalam novel Kasih Pun Bersatu . Sepatutnya ada, tetapi tidak ada. Sesiapa yang pernah membaca Dan Mimpi Pun Bersatu , tentu biasa melihat susur galur pemerintah kerajaan Dhiyapura. Dalam novel Kasih Pun Bersatu ada beberapa maklumat telah ditambah pada carta yang baharu ini. Atas permintaan Kak Noor dan juga kemudahan pembaca lain, saya paparkan peta kepulauan kerajaan beraja Dhiyapura yang saya lakar menggunakan perisian khas. Hendak melukis sendiri, masih belum ada kemampuan. Moga dengan adanya carta susur galur yang baharu dan juga peta kerajaan Dhiyapura, pembacaan anda menjadi lancar. Selamat membaca! Terima kasih atas sokongan semua.

Kompilasi Nopen

Alhamdulillah. Beberapa jam lepas, Karnadya berikan lampu hijau bagi penerbitan kompilasi nopen yang saya hantar dulu. Jika tiada aral melintang, kompilasi nopen itu akan diterbitkan pada bulan Oktober nanti. Nampaknya tercapai jua sasaran saya menerbitkan empat karya tahun ini. Masing-masing satu dengan Kaki Novel dan Karnadya, dan dua dengan PTS (PTS One dan PTS profesional). Tahun depan bagaimana pula ya? Beli koleksi nopen di Karnadya Online Store secara online.

Bacaan pruf selesai

Imej
Final cover Mufin Manja. Saya baru saja menyudahkan bacaan pruf Mufin Manja. Terdapat beberapa fakta yang perlu diselaraskan. Banyak juga saya terlepas pandang. Mujur manuskrip Mufin Manja tidak tebal. Sekadar 173 halaman. Tak sabar saya nak melihat pruf AG3 yang masih belum mendapat apa-apa berita. Manuskrip novel kesinambungan DMPB pula sedang dibaca oleh editor. Tak sabar rasanya hendak melihat manuskrip yang ni yang lebih istimewa. Sambil menunggu pruf kedua-dua manuskrip, saya sedang mengusahakan sambungan cerita Abang Ryan kita tu. Masih ingat dengan Kerana Dia Cinta ? Ada yang minta supaya saya satukan semula Ryan bersama Gia. Hmmm...walau apa pun, biarlah segala persoalan itu terjawab apabila kisah Abang Ryan diterbitkan insya-Allah pada tahun 2010. Ada kejutan menanti!

Novel baharu bulan Disember 2009

Imej
Baru sekejap tadi saya ke Kaki Novel Enterprise menghantar manuskrip baharu. Novel yang ketiga untuk syarikat penerbitan berkenaan. Jika tiada aral melintang, insya-Allah novel kesinambungan ...dan Mimpi Pun Bersatu akan menemui anda semua pada hujung tahun ini.  Setelah mendapat lampu hijau daripada editor dan penerbit, saya akan war-warkan tajuknya di sini. Sama-sama tunggu.... P/S: Dapat idea nak sambung citer Rayyan al-Haimi...wahaha akhirnya....

Kesinambungan ...dan mimpi pun bersatu siap!

Imej
Alhamdulillah! Siap juga akhirnya kesinambungan ...Dan Mimpi Pun Bersatu . Saya rasa bagai nak menangis. Hidung dah gatal-gatal macam nak bersin. Mata pula dah berair sikit. Huhuhu...rasa sedih dan teruja pula novel yang saya kerjakan semenjak Julai 2008 ni sudah siap. Hari ini dalam sejarah...hahaha. Rasa macam bersalinkan anak baharu lah plak. Tapi saya akan peram manuskrip ni selama seminggu sebelum dibaca balik supaya kesilapan dan kekurangannya dapat dikesan oleh mata dan minda yang segar. Insya-Allah, minggu depan dah boleh hantar pada penerbit. Rasa sebak ler plak...huhuhu.

Anakronisme

Dalam kesibukan dan kecapekan menyiapkan manuskrip terbaharu untuk KN, saya sempat membaca pantas karya terbaharu Manaf Hamzah, Dalam Dakapan Senja . Di pertengahan novel itu saya jumpa nama Dr. Assad Effendi, hero Dedaun Layu di Angin Lalu , juga karya Manaf Hamzah. Teknik meminjam atau memunculkan watak atau cameo dalam novel sebelumnya ke dalam novel yang lain, memang sering dilakukan oleh penulis ataupun penggiat filem. Malah teknik ini menjadi kegemaran saya sekali gus menjadi trademark atau tanda dagangan dalam setiap novel yang saya hasilkan, tidak kira apa genre sekali pun. Walau bagaimanapun, teknik ini perlu digunakan secara berhati-hati kerana melibatkan unsur anakronisme. Anakronisme bermaksud meletakkan sesuatu pada latar tempat ataupun zaman yang salah. Contohnya, drama Tun Perak lakonan Jalaludin Hassan yang pernah disiarkan di kaca TV pada abad yang lepas. Dalam satu babak, tiang elektrik kelihatan. Masa zaman Tun Perak mana ada tenaga elektrik lagi. Kekeke.... Ini sa...

Siap 3, tinggal lagi dua

Alhamdulillah, kini 3 manuskrip sudah siap. 2 sudah berada di meja editor. 1 sedang menunggu giliran untuk dilayangkan ke meja editor. Kini aku sedang gigih menyudahkan kesinambungan ...dan Mimpi Pun Bersatu . Hari-hari tidur lewat. Mood untuk terus berkarya diharap segar hingga aku berupaya menyudahkan kesemua janji-janji yang lama terpahat. Selepas ini, ada misi khas menanti yang aku tak boleh sulam dengan aktiviti menulis. Sebab itu semuanya perlu diselesaikan menjelang bulan Julai tahun ini juga! Gambarro!

2 selesai, tinggal lagi 3

AG3 Kunci Dimensi dan Mufin Manja (Siri Usahawan Cilik) sudah berada di meja editor. Masing-masing menunggu giliran untuk dibedah siasat sama ada sesuai diterbitkan ataupun tidak.  2 komitmen sudah berjaya diselesaikan. Tinggal lagi 3...phew! Capek rasanya. Namun demi minat dan janji, komitmen ini mesti diteruskan.  Gambatte imasu!