Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pasta

Pasta

Imej
Aku memang suka makan...pasta dan mi. Kali ini aku nak bercerita mengenai pasta. Sejak bila aku mula meminati pasta...entah. Aku sendiri tak ingat. Pasta yang mula-mula aku kenali ialah makaroni. Mak aku selalu goreng dan buat sup. Kemudian aku pandai-pandai belajar makan spageti. Marco Polo telah dikatakan memperkenalkan pasta ke Itali selepas pelayaran beliau ke negeri China. Orang-orang Cina memang sudah tahu membuat mi sejak dahulu lagi. Ada juga lagenda yang mengatakan bahawa seorang pelayar Itali telah meminta perempuan simpanannya yang berasal daripada China untuk mengajar cara membuat mi. Malangnya mi yang dibuat menjadi lebar sehinggalah lahirnya pasta. Betul atau tidak, ini hanya lagenda. Pasta dimasak dengan cara merebus air sehingga mendidih. Masukkan pasta sehingga tenggelam dan kacau sentiasa agar tidak melekat. Ada petua mengatakan titikkan sedikit minyak zaitun atau minyak sawit ke dalam air. Masak pasta sehingga al dente. Maknanya jangan terlalu masak sehingga lem...