Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ketam

Ketam Telur Asin

Imej
Selalunya resepi ni dimasak menggunakan ketam kulit lembut. Pertama kali aku cuba resepi ni adalah pada tahun 2010. Masa tu aku ikut resepi Chef Amy Beh, yang tersiar dalam seksyen Kuali The Star Online. Pautan pun dah 404: Page Not Found . Dan satu lagi resepi adalah daripada Chef Lee Kum Wong, Bangsar Seafood Restaurant. Jadi aku gabungkan kedua-dua resepi ni memandangkan ada bahan-bahan yang aku tak ada waktu tu. Jadi separuh entri ni aku petik daripada blog lama aku yang tersiar pada 29 Ogos 2010. Berdasarkan bahan-bahan kat bawah ni, memang ada perbezaan antara resepi yang digunakan oleh Chef Amy dan Chef Lee. Terpulang pada korang nak ikut mana satu atau gabungkan macam yang aku buat. Cara mengulahnya: Untuk lihat cara yang digunakan oleh Chef Lee, korang boleh tengok kat Youtube. Klik SINI . Ini cara Chef Amy: 1. Bersihkan ketam. Kalau tak tahu, boleh Google aje cara-cara nak siang ketam. Paling mudah, suruh aje pekerja pasar raya yang buatkan. 2. Selepas dibersihka...

Avani Gold Coast Sepang~Kerja Main-main

Imej
Memang dah lama mengidam nak lepak-lepak kat hotel 5 bintang ni. Tapi...mahal betul harga sebilik. Bila Booking.com buat promo RM388.32 per room, terus kami sambar. Lepas tambah GST (6%) dan service charge (10%) bagai kenalah dalam RM450.45. Booking untuk hari Khamis dan Jumaat. Sebab weekend rates tambah dengan school holidays, memang mahallah kan. Jadi pergilah weekdays. Nak siapkan kerja yang tertangguh sambil bercuti-cuti. Pergi kali ni berempat saja sebab En. Ipin kerja. Kami booking Superior Room. Tapi masa check in, dapat free upgrade ke Family Villa! Mak aih...rasa nak buat lompatan bintang. Harga Family Villa ni bermula dari RM800++ kalau weekdays. Kalau weekend campur cuti sekolah, boleh mencecah RM1000 ++. Kan aku kata mahal tadi. So bila Booking.com buat tawaran harga tu, aku terus tapau tanpa fikir panjang. Tapi duduk semalam ajelah. Nak feel dulu. Esok-esok kalau rasa berbaloi, boleh datang lagi. Janji ada offer baeeekkkk punya. Dalam booking slip, check in pukul ...

Kerepek Ketam

Imej
Satu lagi menu goreng-goreng yang mengancam tekak dan perut. Amat mudah dibuat dalam masa yang singkat. Kerepek Ketam oleh Facebook Account Owner Jamayah Bujang . Bahan Bahannya: 2 Bungkus Stick Ketam 1 Sudu Kecil serbuk cukup rasa 1/2 Sudu Kecil serbuk lada putih atau hitam 1/2 Sudu Kecil serbuk kari 3 Tangkai Daun Kari Minyak untuk Mengoreng Cara-caranya: Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik. Tos Stick Ketam dan picit-picit dan koyak koyak hingga halus. Dah siap koyak Stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa,serbuk lada,serbuk kari dan tabur daun kari.. Boleh jemur kejap kalau hari panas. Tak jemur pun tak mengapa. Kita panaskan minyak dan goreng hingga kuning dan renggup. Keringkan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara. Disclaimer: Text and picture by Jamayah Bujang. Edited by ME.

Crabs with salted egg yolk

Imej
Aku berpeluang merasa masakan ni semasa big bos belanja makan di restoran Cheng Ho Amy Search berhampiran Wangsa Walk. Semenjak hari tu, resepi ni menjadi buruan kalbu sehinggalah semalam. Aku pergi pasar tani dan beli ketam. Masa tu tak tau lagi nak masak apa. Bila balik umah, mengadap laptop dan mula geledah resepi. Pada mulanya nak masak Chilli Crab. Tapi macam dah selalu pula. Tengah duk selongkar sana sini, maka terjumpalah beberapa resepi Crabs with Salted Egg Yolk. Lalu aku combine kedua-dua resepi ni sebab ada beberapa bahan yang aku tak ada dan tak nak bubuh. Resepi daripada Chef Lee Kum Wong, Bangsar Seafood Restaurant CRABS WITH SALTED EGG YOLK ( Chef Lee's version ) Bahan-bahan: 1 ekor ketam (aku guna 5 ekor ketam bunga) 1 biji telur, dipukul 100gm tepung kanji kentang (aku guna tepung jagung) 50gm telur asin kuning yang telah direbus 10gm cili api 15gm daun kari (aku tak letak sebab tak ada) 3 sb mentega untuk menumis 1 sb gula Ser...