Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel karnadya

Preview Kasih Yang Tak Pasti (3)

Imej
“Menurut sesetengah saintis, memang wujud dunia yang selari dengan dunia kita. Mungkin kita sudah terlangkah garisan dunia selari secara tidak sengaja sewaktu ribut tadi. Ataupun ribut itu telah membuka satu pintu atau laluan yang membolehkan kita melangkah di antara dunia selari.” “Ah! Karut! Berangan macam saintis gila!” Zalynn menjerkah. Jeritannya bergema di segenap belantara. Tetapi hanya dibalas oleh bunyi mergastua. ***** “MUKA dia tu comel. Tapi perangai dia… mak oi. Kalah penyangak Kampung Dusun!” Komen Syafia. “Kenakalan dia memang tak ada tandingan di sekolah kita ni,” sambung Azli. “Tapi senakal-nakal dia tu, dia tak pernah menganiaya orang yang dalam kesusahan.” Sebaliknya Laila seperti mahu memuji pula. “Kau pula bagaimana? Apa pendapat kau tentang dia?” Laila memandang Zulhairy. “Perangai dia tu menyusahkan aku. Kenapa aku pula yang ditugaskan mengawasi dia?” “Pengawas paling berkaliber di Seri Intan Emas merungut?” soal Nancy dengan sinis. “Ah! Apa aku peduli. Yang past...

Preview Kasih Yang Tak Pasti (2)

Imej
“Zettai iya desu!” (Tentu sekali tidak!) Kay Azlinda bangkit dan meninggalkan Takashi di situ. “Chotto matte yo!” (Jangan pergi dulu!) Takashi segera mencapai lengan Kay Azlinda. “Gomen…mo ikanakiya.” (Maaf, saya harus pergi sekarang.) Kay Azlinda cuba menarik kembali lengannya. Dia tidak mahu lagi disoal jawab mengenai tindakannya. Ia begitu memeritkan dan mengecewakan. “Tsuitekite kure.” (Tolong ikut saya). Sebaliknya Takashi menarik lengan Kay Azlinda menuju ke arah bertentangan. “Takashi, yamete...ikitakunai wa!” (Takashi, saya tak mahu ikut! Hentikan!). Kay Azlinda cuba melawan. Dia tidak faham kenapa Takashi tiba-tiba berdegil memaksanya. Selalunya Takashi tidak begini. “Yoku kite kure yo!” (Dengar sini!) ***** “Saya dah tempah homestay untuk kita sebab nak bagi awak pengalaman hidup cara Melayu tradisional. Awak dah terlalu ‘Jepun’.” Shah Firdaus tersenyum. Kay Azlinda tidak jadi hendak berterusan berasa marah. Sebaliknya dia terasa lucu pula. Teruk sangatkah dia sampai terpaks...

Preview Kasih Yang Tak Pasti (1)

Imej
“Dah baca sampai mana?” Satu suara asing menegurnya. Shazrynn segera mengangkat kepala memandang tuan punya suara itu. Dia sungguh terkejut apabila melihat Faris berdiri di hadapannya. Dia tergamam seketika. “Apa kau buat kat sini?” soal Shazrynn. Dia hairan apabila melihat Faris seperti terperanjat. “Eh, Hans kata kau yang suruh aku datang. Nak ajar mikro.” Shazrynn tercengang. “Hans ni nak mati agaknya!” Dia berasa begitu geram kerana Hans berjaya mengenakannya. Kalau ikutkan kata-katanya tadi sepatutnya Hans yang datang berjumpa dengannya di situ. “Tak guna kau marah dia. Kan lebih baik jika kita mula mengulang kaji pelajaran.” Faris tersenyum lagi. **** Zakuan cuak. Dia bangun dan berjalan ke arah koridor. Matanya menyeluruhi halaman rumahnya yang luas itu. Hatinya tidak senang. Harus dia biarkan sahaja? Tidak! Tetapi ayah… Tidak! Gadis itu tidak bersalah. Zakuan segera menuju ke sebuah bilik yang terletak di tingkat tiga banglo mewah itu. Pintu bilik sederhana besar itu ditolak. Z...

Kasih Yang Tak Pasti (Nopen)

Imej
Tadaaaa! Buah tangan kedua bagi tahun 2009. Kali ini nopen pula. Buat aku senyum sampai ke telinga hari ni lepas Kak Aina beritahu cover nopen ni dah dipaparkan dalam website Karnadya. Kini tak sabar nak tunggu nopen ni keluar di pasaran dan sampai kat tangan. Lepas ni ada lagi dua buah tangan menyusul sebelum akhir 2009. Berdetak kencang jantungku! Sinopsis: Kasih Yang Tak Pasti menghimpunkan sebanyak tujuh koleksi novel pendek (nopen) atau kisah-kisah menarik termasuk sambungan nopen Cinta Terakhir yang pernah dimuatkan dalam Biarlah Ku Sendiri. Ketahui kesudahan kisah cinta antara Kay dan Shah dalam Cinta Terakhir II. Turut dipaparkan ialah dua kisah fantasi dan sains fiksyen yang membawa pembaca mengembara ke dunia dan masa yang berbeza. Dalam Cendana Petualang Merah, anda dibawa mengembara ke alam selari yang mengamalkan hukum karma. Tiara Dayana pula memaparkan kisah penyiasatan dan perisikan pada masa hadapan. Ikuti pencarian Shazrynn dan rakan-rakannya dalam Kasih Yang Tak Past...