QUNUT NAZILAH
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah dengan mengamalkan Qunut Nazilah sewaktu menunaikan solat lima waktu. Qunut ini boleh dibaca selepas ruku', iaitu semasa posisi sesudah membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ . Diambil daripada Blog Salwa Salleh QUNUT NAZILAH - Kaedah berdoa yang lebih menghampiri sunnah Bersamaan dengan turunnya berbagai musibah dahsyat yang menimpa kaum muslimin berupa peperangan, penganiayaan, bencana alam dan lain-lainnya terutamanya di Iraq, Palestin, Afghanistan, Chechnya dll, maka perlunya dijelaskan secara ringkas mengenai Sunnah Qunut Nazilah yang merupakan Sunnah yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw pada keadaan yang seperti ini dan juga merupakan salah satu bentuk keperihatinan seorang muslim kepada saudaranya apabila hanya mampu menolong saudaranya dengan doa ini. Diharapkan kepada Allah Taala semoga tulisan ini bermanfaat untuk kaum muslimin dan mempererat hubungan ukhuwwah islamiyyah antara Muslimin. DEFINISI ...