Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2006

Pendermaan organ

Imej
Pendermaan organ atau organ transplant...bunyinya masing asing di pendengaran kita (mungkin bagi sesetengah orang, tidak begitu). Tapi cuba tanya pada makcik-makcik atau pakcik-pakcik kita kat rumah tu, faham tak mereka dengan istilah tersebut. Aku pasti tak semua mereka akan faham. Kalau ada yang faham pun, mereka mungkin keberatan untuk mendermakan organ mereka. Bukan setakat golongan tua sahaja, malah di kalangan kita belia dan remaja juga ada yang masih tidak faham istilah pendermaan organ. Organ manusia seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang, sumsum tulang dan kornea boleh didermakan. Kalau nak baca lebih lanjut mengenai hal ni, bolehlah beli edisi terdahulu majalah Visi yang dikeluarkan pada bukan Januari 2006 lalu. Di dalam majalah ni lengkap terkandung maklumat mengenai pendermaan organ yang dikupas dari setiap sudut - undang-undang, sains dan agama. Turut juga memuatkan sesi temu bual bersama Pn. Fatimah Osman, ibu kepada Muhammad Fikri yang sudah setahun menjalan...

Aidil Fitri bersama but hitam

Imej
Bukan orang Kedah saja yang terpaksa beraya dalam banjir, orang Bagan Datoh pun terpaksa beraya dalam banjir separas lutut. Walaupun tak semua kawasan yang dinaiki air, keban yakan air parit melimpah sehingga ke halaman rumah. Mujur halaman rumah mentua aku agak tinggi. Hanya dinaiki air hanyalah rumah-rumah saudara mara. Nasib baik aku tak beli kasut raya bereben dan berlabuci, kalau tak buat rugi. Sebabnya, aku kena pakai kasut raya baru yang setanding hebat dengan but Phua Chu Kang. Raya tahun ni aku kira meriah ler jugak setanding tahun lepas bila aku beraya di KL. Meriah tetap sama walau beraya di kampung atau di KL. Cuma yang beza di kampung, jalannya kecil. Kalau terserempak dengan tetamu lain, kenalah parking pandai-pandai. macam hari tu, sekali datang serang rumah sorang sedara tuh sampai lapan biji kenderaan pelbagai saiz dan jenis. Sudahnya, dua kereta lagi terpaksa menunggu giliran beraya dan parking di sebelah rumah jiran. Dalam hujan renyai-renyai pulak tuh. Paling m...

Pasta

Imej
Aku memang suka makan...pasta dan mi. Kali ini aku nak bercerita mengenai pasta. Sejak bila aku mula meminati pasta...entah. Aku sendiri tak ingat. Pasta yang mula-mula aku kenali ialah makaroni. Mak aku selalu goreng dan buat sup. Kemudian aku pandai-pandai belajar makan spageti. Marco Polo telah dikatakan memperkenalkan pasta ke Itali selepas pelayaran beliau ke negeri China. Orang-orang Cina memang sudah tahu membuat mi sejak dahulu lagi. Ada juga lagenda yang mengatakan bahawa seorang pelayar Itali telah meminta perempuan simpanannya yang berasal daripada China untuk mengajar cara membuat mi. Malangnya mi yang dibuat menjadi lebar sehinggalah lahirnya pasta. Betul atau tidak, ini hanya lagenda. Pasta dimasak dengan cara merebus air sehingga mendidih. Masukkan pasta sehingga tenggelam dan kacau sentiasa agar tidak melekat. Ada petua mengatakan titikkan sedikit minyak zaitun atau minyak sawit ke dalam air. Masak pasta sehingga al dente. Maknanya jangan terlalu masak sehingga lem...

Pesan kubur kepada kita

Imej
Aku terima bingkisan ini melalui emel. Moga kita sentiasa beringat. Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya 1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya. Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu: 1. Ibu daripada segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2. Ibu daripada segala ADAB adalah...

Anak-anak ku

Dah lama aku tak mencoretkan sesuatu mengenai Darling Angels ku. Semalam masuk blog kak Pink, dia cerita pasal anak dia. Dulu masa aku ke blog Infa pun dia penah cerita ragam anak-anak dia. Aku rasa, aku pun nak join the bandwagon. Semalam Bobot demam panas. Pagi tadi pun badannya panas. Muntah dan cirit birit. Cuak juga aku. Tapi disebabkan hari ini ada audit, maka aku terpaksa datang juga ke opis. Kalau tak, selamba aje aku EL. Tapi kalau keadaan dia tak berkurangan, aku akan balik juga. Bobot dah boleh sebut beberapa perkataan mudah - macam 'umi', 'ayah', 'idah', 'nak nenen', 'nak'- walaupun lambat daripada Aliyah. Aliyah dulu umur setahun dah boleh sebut banyak perkataan. Sekarang ni macam bertih jagung. Bercakap tak henti-henti macam mak nenek. Kelmarin dia makan buah epal. Saya tengah gosok baju. Tiba-tiba dia bersuara, "Umi...kulit epal ni boleh makan tak?" Aku jawab, "Ya." Lepas tuh dia sambung lagi, "Kulit...

Terperangkap dalam cerita

Pernah tak kalian terperangkap dalam cerita yang kalian tontoni atau novel yang kalian telah baca? Aku pernah. Berkali-kali pernah terutamanya setelah selesai membaca novel atau semasa mengarang novel. Dahulu sewaktu sedang menghabiskan ...dan mimpi pun bersatu, aku 'terperangkap' dengan Zarul. Kemudian aku membaca Hatiku di Harajuku karangan Ramlee Awang Mursyid. Terperangkap pula aku di negara matahari terbit hinggakan terngiang-ngiang bunyi dentingan pedang samurai. Malah setiap filem/kartun Jepun yang ditayangkan di TV telah mula menjadi perhatian ku. Kini, aku terperangkap pula di Turki tahun 1765 Masihi dalam Aylana karya salah seorang penulis kegemaran ku dari kota Singa, Manaf Hamzah. Terbayang jelas di minda ku zaman itu, kapal dagang berlayar di lautan luas, kegiatan lanun dan pengembaraan. Secara kebetulan, aku memang meminati cerita/filem yang berunsurkan pengembaraan, lanun dan kapal layar. Lantas The Pirates of Carribean (camni ke eja tempat tuh? ekekekek...

Demam pesta buku...24 Mac - 2 April 2006

Aku demam!!! Pesta buku punya pasal. Hari ni aku rasa letih sesangat. Nak cuti tapi tak boleh sebab ada IQA...huwaaaa!!! Nak recap sepanjang 10 hari berpesta dengan buku di PWTC. 23 Mac Khamis Lepas lunch terus bersiap-siap untuk ke PWTC untuk menghantar stok buku-buku yang akan dijual. Lewat petang baru selesai punggah-memunggah dan susun- menyusun. Selepas itu pergi beli KFC melantak bersama kru penerbitan dan kru program kat kabin. Kenyang! 24 Mac Jumaat Hari pertama bertugas (rasmi). Seawal 9.30 pagi kami sudah sampai. Sewaktu melalui booth Fajar Pakeer di Hall 1, jantung ku berdegup pantas ketika sepasang mata ku terpandang ...dan mimpi pun bersatu tersusun di atas rak. Rakan sepejabat sudah mula mengusik dan tersenyum meleret, perli dan cemburu lah tuh...ekekeke.Satu kejutan juga bila CarrieKirana datang menjenguk ke booth majikan ku. Tak sangka akhirnya dapat juga kita berkenalan. Terserempak dengan kak Em dan kak Noorsuraya. Tapi tak sempat hendak berbual panjang.Aku dap...

Back to school again

Minggu lepas, kelas aku yang pertama sudah bermula. Untuk semester ini aku cuma mengambil 3 subjek - IT, OM dan ME. Kelas IT dan OM tak ada masalah. Semuanya fakta, logik dan praktikal. Cuma kelas ME -managerial economics saja yang buat aku bermasalah. Kali terakhir aku belajar makroekocomi dan mikroekonomi adalah pada tahun 1993-1994. Itu pun belajar untuk lulus periksa. Tapi tak lulus pun...hua hua hua hua hua!!!! Dulu medium pengajaran dalam bahasa Melayu. Sekarang pula dalam bahasa Inggeris. Terpaksa buat sedikit adjustment dari segi pemahaman. Itu bukan masalah. Yang menjadi masalah adalah untuk mengingati formula demand, variable, regression etc yang entah apa-apa...aku pun dah lupa. Bila aku minta rakan seopis tolong ajar, semua yang pernah amik subjek ekonomi henya menggeleng kepala - 1) ooo yang ni, tak belajar dulu. Saya belajar teori aje. 2) maaflah yer, makcik tak belajo ni masa hamik masters dulu. 3) oh tidak...nombor yeh..alergik dan macam-macam lagi alasan. Mamp...

Antara pepahat dan pahat

Ada dua kisah yang ingin ku paparkan untuk entri kali ini.Sabtu 14 Januari 2006. Buat pertama kalinya tahun ini, syarikat tempat suami aku bekerja - bekas tempat kerja aku juga - telah membenarkan staf mereka membawa ahli keluarga untuk salah satu aktiviti yang dijalankan oleh kelab mereka. Oleh itu, berpeluanglah aku bertemu dengan ex-bosses dan ex-colleagues yang dah lama tak ku jumpa. Bertempat di Bagan Lalang, Sepang acara mengisi tembolok diadakan. Sebelum ni aku tak pernah sampai ke Bagan Lalang. Hanya mendengar nama dan pengalaman orang yang pernah ke sana. Pemandangan lautnya okay lah juga. Cuma pantainya kotor sedikit. Kalau nak mandi tu...fikirlah dua tiga kali sebab takut ada kayu hanyut atau kaca atau paku. Ini pandangan aku secara kasar sebab aku tak turun ke gigi air. Sempat pijak pasir pantai suku jalan sebab takut kaki aku yang luka itu dimasuki oleh pasir halus. Acara makan-makan bermula lebih kurang jam 5.30 petang dengan hidangan pembuka selera ABC ais krim. A...

Hari pendaftaran aku di OUM Angkasa Raya

Ikutkan tentatif yang diterima melalui pos, waktu pendaftaran adalah dari pukul 9.00 hingga 10.45 pagi. Oleh sebab kepenatan dek majlis semalam, aku keluar rumah pukul 10.00 pagi dengan menaiki STAR dan Putra LRT. Sebaik saja sampai di OUM, jam sudah pukul 10.45 pagi. Dah lambat! Semua pelajar telah masuk ke dalam dewan mendengar ucapan aluan Presiden. Bagaikan pahat dan penukul, aku ke hulu dan ke hilir menguruskan urusan pendaftaran.Sudah lima tahun aku meninggalkan kampus. Rasa kekok nak jadi student semula dan menjalani pengalaman yang sama semula untuk mendaftar. Keliru, bingung, blur...itulah perasaan aku. Sudahlah lambat, terkial-kial membaca peta untuk mencari arah yang sepatutnya aku pergi selepas sesuatu urusan selesai. Lepas check-in di meja pendaftaran, aku diarah ke Bilik 1: Heliconia untuk membayar yuran. Selepas itu, berpusing tak tentu hala mencari Bilik 2: Plumbago untuk bertemu dengan koordinator program. Sebenarnya kedudukan bilik ni terbalik. Bilik nombor 2 di ...