Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sayur

Soto ayam dan begedil

Imej
Hari-hari berbuka dengan nasi, boring juga. Tengah dok fikir nak masak apa, tetiba teringat kat rempah soto yang aku beli di pasar tani Saujana Impian minggu lalu. Intai peti ais, buat inventory checking sat...semua bahan ada. Cukup. Jadi apa lagi...moh menyoto ler kita ek...hahahaha SOTO AYAM Bahan-bahan:  1 ekor ayam, dipotong 8-- buat 1/3 ekor ayam aje Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup 15 biji bawang merah, dihiris halus 4 biji bawang putih, dihiris halus 3cm halia, dihiris halus 7cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 10 biji lada hitam --tak letak 1 camca teh lada putih --tak letak Bahan kisar kering:   (ganti dengan perencah soto yang diproses sendiri oleh pakcik soto...hehe) 1 camca teh ketumbar biji 1/2 camca teh jintan manis 1/2 camca teh jintan putih Bahan tabur:  Taugeh, dicelur sedikit Suhun, digoreng --stok suhun tak ada. sedih betul Kacang tanah, digoreng --tak suka letak kacang Daun sup & ...

Kerabu perut

Imej
Buat kerabu ni hari Khamis juga. Sementara aku makan bubur lambur, Cik Abang makan nasi berlaukkan kerabu perut dan ikan tamban goreng. Gila simple lauk dia...hahaha. Tapi itulah yang dia suka sesangat. lupa nak letak tomato. patut tak ceria warnanya KERABU PERUT Bahan-bahan: 500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil] 5 biji jus limau linpis 1 cawan taugeh [buangkan kakinya] 1 s/b sos ikan garam dan gula secukup rasa Bahan Hiris 1 labu bawang besar 2 kuntum bunga kantan 5 tangkai kacang panjang 1 biji cili merah Bahan Kisar --tak kisar, tapi potong-potong aje 3 biji cili merah 5 biji cili api 3 ulas bawang merah Cara penyediaan: Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya. Hidangkan ngan nasi putih. Sumber resepi: Fotopages Chef Hanieliza Simple sangat resepi ni. Sekejap aje dah siap.

Udang petai lawan tomyam sayur

Imej
Yang ni menu hari Rabu. Sebenarnya dah blur tak tau nak masak apa. jadi geledah apa yang ada dalam peti ais dan tambah beberapa bahan tomyam yang tak ada contohnya tomato dan seleri. Kali ni aku buat tomyam paste sendiri. Nak cuba...kut-kut menjadi. Alhamdulillah...sesuai dengan tekak aku. Cuma kurang pedas. paling senang dan yang penting Cik Abang's favoutite...hehe dapat satu bekas kecil ni...buat sikit aje PASTE TOMYAM Bahan-bahan: 5 ulas bawang merah 2 biji cili merah 5 biji cili kering 1 inci lengkuas 2 batang serai 1 sudu udang kering 3 helai daun limau purut 1 inci belacan (dibakar) air asam jawa, gula & garam Cara penyediaan: Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambi...

Set Nasi Tomato

Imej
Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55, maka aku masak nasi tomato satu set. Pertama kali ni. Dulu pernah buat nasih tomato dan ayam masak merah. Tapi tak berapa nak menjadi sebab ikut resepi main tibai. Kali ni aku ikut resepi dengan sukatan yang tepat. Barulah menjadi. nasi tomato ku...huhuh NASI TOMATO Bahan-bahan: Beras (2 cawan) --guna beras Basmathi Susu Cair (1/2 cawan) Dada Ayam - didadu kecil (1 keping) --tak letak pun Bawang Putih (4 ulas) Halia (2 inci) Bawang Besar - dibelah empat (1 biji) Tomato - didadu kecil (1 biji) Pelaga (4 biji) --bom atom sebab kalau tergigit, memang melotup...huhuh Bunga Cengkih (4 kuntum) Kayu Manis (1 batang) Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil) Serbuk Lada Putih (1/2 sudu kecil) Serbuk Jintan Putih (1/2 sudu kecil) Kismis (sedikit) Daun Pandan - disimpul (1 helai) Daun Pudina - diracik kasar (sedikit) --tak letak juga Minyak Sapi (1 sudu besar) Air (1 cawan) Cara penyediaan: Kisar hancur halia, bawang be...

Menu solo

Imej
Semalam buka puasa sorang-sorang. Kesian aku...huhuh. Cik Abang keje overtime sampai pagi tadi. Anak-anak dah makan awal-awal. Jadi aku pun malas nak masak beria-ia sebab yang makannya, aku sorang. Buat kali kedua aku meredah bazaar Ramadan mencari lauk-pauk. Dapatlah pancing ikan cencaru bakar seekor, Yong Tau Foo dan air Lai Chee Kang. Pada Ramadan tahun lepas, inilah makanan kegemaran wajib yang aku selalu beli. Cuma tahun ni mood nak 'beraya' di bazaar Ramadan kurang. Alhamdulillah...jimat duit...hahaha ikan cencaru bakar sup bakso dengan suun...buat sendiri pecal...mak bagi sekali lagi....bilis dan kentang goreng

Dendeng daging

Imej
Aku memang suka dendeng daging ni. Paling suka kalau Bik Aini (mak sedara Cik Abang aku) yang buat. Tapi tak kanlah nak harapkan dia buat untuk aku setiap hari, kan? Udahlah dia duduk nun kat Bagan Datoh tu. Masa raya aje yang berpeluang menikmati dendeng daging ni. Raya dah dekat....hahaha. gambar ntah apa-apa sebab nak cepat Nanti aku tempek resepinya. Selain dendeng daging ni, aku buat beberapa masakan lain. Semua ni menu buka puasa hari Jumaat lepas. kubis masak lemak dengan tauhu tauhu goreng sumbat dengan hirisan timun dan karot sambal belacan goreng...ciptaan sendiri Terciptanya sambal ni semata-mata nak tiru sambal Enak the Cafe kat SBS tu. Cubaan tak menjadi, tapi jadi benda lain. Okeylah sebab rasanya pun sedap...hahaha our family's signature dish...kentang goreng ikan bilis pedas Signature dish sebab inilah lauk kegemaran Cik Abang dan anak-anak terutama Aliyah. Dia akan tambah nasi banyak kali kalau ada lauk ni. Aliyah memang susah sikit nak...

BBQ Chicken Wing

Imej
Semalam sempat lagi buat BBQ chicken wing. Sebenarnya kepak ayam tu aku dah marinate kelmarin. Konon-konon nak makan masa tu juga. Tapi bila fikirkan balik, bagus marinate dulu supaya rempah dan ayam mesra. Jadi aku marinate sehari semalam dalam peti ais. Semalam baru bakar dalam oven. Sempat juga buat coleslaw dan mashed potatoes. Kali ni mashed potatoes aku menjadi seperti yang aku nak. Jom tengok respi. BBQ chicken wing with mashed potatoes, fries and coleslaw Inilah menu buka puasa aku semalam. Go western lagi...hahaha. Cik Abang tak ada bolehlah western. Kalau dia ada, mesti kena sediakan nasi. Almaklumlah, tekak Melayu al-Jawa gitu...hahahaha (raya nanti leh minta ampun...huhu). BBQ Chicken Wing Bahan-bahan 12 keping kepak ayam - dibersihkan dan toskan (aku guna 8 kepak ayam. Maknanya semua portion rempah kat sini aku kurangkan seadanya) 5 ulas bawang putih 1/2 jari halia 1/4 cawan sos tomato 1/4 cawan sos cili 1 sk cili serbuk 3 sb kicap cair 2 sb madu 2 sb...