Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bengkel

Sepintas lalu Bengkel Adaptasi Novel ke Layar Perak (8 Ogos 2010)

Imej
Berbengkel lagi. Saya akan terus berbengkel demi menambah ilmu di dada. Kali ini saya menghadiri bengkel mengenai proses adaptasi novel kepada lakon layar drama TV. Sepatutnya sebelum menghadiri bengkel ni, saya perlu hadiri bengel asas penulisan lakon layar. Malangnya, sewaktu bengkel itu dianjurkan, saya terlepas pandang. Jadi masih banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk menghasilkan lakon layar drama TV. tekun mendengar ataupun kusyuk menonton Tangisan Bulan Madu? Projek kes kami hari itu ialah membedah siasat novel Tangisan Bulan Madu dan skrip (lakon layarnya) ke TV Saya tak berkesempatan menontonnya di kaca TV. Tetapi berpeluang menonton episod akhirnya di bengkel ini. Begitu jelas dan nyata perbezaannya antara versi novel dengan versi drama TV. Kenapa berbeza? Ini kerana berlaku perubahan medium yang menampilkan pendekatan berbeza. Khalayak harus menerima perubahan medium dan cara penyampaian yang berbeza. Terutama apabila novel yang ditulis hanya menyasarkan kepada pemba...

Seputar Bengkel Penulisan Saifai/Fantasi anjuran AVA 13 Jun 2010

Imej
Bengkel dimulakan oleh Saudara Fadz (Fadli Al-Akiti) yang mengupas penulisan karya saifai/fantasi Sesi kedua diambil alih oleh Saudara Ahmad Patria Abdullah yang mengupas penulisan karya fantasi "The Ugly Duckling" "Owhh...virus B1N14 tu penyakit lelaki rupa-rupanya. Baru aku tau." Bergambar bersama peserta dan penceramah pada penghujung sesi

The Ugly Duckling

Imej
Baru selesai mengikuti Bengkel Penulisan Sci-Fi/Fantasi anjuran Astaka Vila Aksara kendalian Fadli Al-Akiti (Jian, Saga Horizon) dan Ahmad Patria Abdullah (Saga Artakusiad). Kata Abang Pat, setiap penulis baharu ialah The Ugly Duckling kerana suatu hari nanti mereka pasti berubah menjadi si angsa yang cantik. Tapi bagi aku, walaupun dah menghasilkan 10+1 novel pelbagai genre, aku masih si Itik Huduh yang entah bila kan berubah menjadi si angsa yang rupawan. Tujuan aku hadiri bengkel sedemikian juga adalah kerana ingin belajar dan berkongsi pengalaman dengan penulis dan bakal penulis. Walaupun dah lama berkecimpung dalam bidang ni, aku masih merasakan ada banyak perkara yang aku tak tahu. Yang benarnya, aku masih mencari arah dan tempat bernaung yang kukuh. Bilakah 'soul searching' ini kan berakhir?