Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Alaf21

Review Srikandi vs Arjuna (2011)

Review ini terpapar di laman Group Review Novel di FB. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150330266788090&set=o.294512680575170&type=3 Nazira Wahab Review Novel Novel : Srikandi VS Arjuna Novelis : Izza Aripin Penerbit : Alaf 21 Komen saya tentang buku ini mengisahkan kejadian sebenar yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia. Perjalanan cerita dalam novel ini mungkin ilusi semata-mata direka oleh novelis, tetapi hakikat yang berlaku mungkin terjadi pada hari ini. Perwatakan gadis tomboy yang bernama Zarida @ Ridd bersama-sama geng brutalnya sangat "famous" di UWB. Zaihan pula dikategorikan sebagai lelaki yang anti-perempuan disebabkan oleh sejarah yang menimpa dirinya. Siapa sangka, dalam menyimpan dendam terselit rasa cinta dan sayang. Lebih malang, Ridd adalah tunangan orang dan dia dijodohkan oleh calon pilihan ayahnya sendiri. Calon yang disangka tepat untuk dijadikan menantu rupanya adalah hantu. Setelah berkahwin, Sharein rupanya seorang yang suka melaku...

Trailer Tolong Pikat Hatinya

Imej

Kerana Dia Cinta, Tolong Pikat Hatinya

Imej
Novel Tolong Pikat Hatinya (2012, Alaf21) merupakan kesinambungan novel Kerana Dia Cinta (2007, Kaki Novel). Kisah Ryan yang dipaparkan dlm KDC, tidak tamat di situ saja. Kisahnya dilanjutkan dalam TPH. Sungguhpun begitu, jika anda tidak pernah membaca KDC, tak mengapa kerana TPH bukanlah sambungan KDC. TPH ialah satu lembaran kisah cinta Ryan yang baharu. 

Srikandi vs Arjuna....revealed

Imej
Saya persembahkan buah tangan terbaharu tahun ini, Srikandi vs Arjuna . Srikandi vs Arjuna~Izza Aripin Penerbit: Alaf21 Harga: MYR17.00 Beli dan dapatkan tandatangan penulis Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan. Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih itu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu. Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rah...