Kongsi tips 3: Kriteria fiksyen sains
Menurut Damon Knight (1922-2002), pengarang fiksyen sains terkenal, karya fiksyen sains didasari kriteria berikut: sains teknologi dan rekaan zaman aka datang dan zaman lampau termasuk semua cerita pengembaraan dalam masa ekstrapolasi metod saintifik dunia lain (planet lain, dimensi lain) bencana alam (semula jadi ataupun perbuatan manusia) Beliau berpendapat bahawa cerita yang mengandungi tiga ataupun lebih kriteria yang disebutkan, boleh dikategorikan sebagai fiksyen sains; yang mengandungi dua unsur pula berada di persempadanan (borderline); dan yang mengandungi satu unsur saja ataupun tiada langsung, bukanlah fiksyen sains. "Science fiction deals with improbable possibilities; fantasy with plausible impossibilities (Miriam Allen deFord) (Dipetik dan diolah daripada nota dan kuliah Ahmad Patria Dato' Hj Abdullah (Saga Artakusiad) di Bengkel Penulisan Saifi dan Fantasi anjuran Agensi Villa Aksara (AVA), 13 Jun 2010, IYC Cheras.