Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sotong

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Imej
Aku memang tak berapa pandai nak menggoreng bihun. Selalu kalau balik ke rumah ibu mertuaku, biras yang rajin goreng dan mendapat pujian. Jadi aku tak payahlah nak tunjuk skil. Kang rasa tak hapa-hapa, muntah plak orang...hahahaha. Tapi hari ni rasa macam nak try goreng bihun. Maka macam biasa, aku Google ajelah resepi. Jumpa satu resepi kat blog Cik Matahariku . Kat bawah ni, aku kongsikan resepi dari blog beliau. Disebabkan aku copy pasta tulisan beliau, maka aku italic font tu menunjukkan itu hak cipta penulis asal...ngehehe. Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin) 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris) 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Setengah gengam ikan bilis ( direndam) Setengah gengam udang kering ( direndam) Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar. Air secukupnya untuk rendam bihun. 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen) Garam, gula dan ...

Juadah buka puasa sepanjang minggu

Imej
Minggu ni aku dah cuba pelbagai resepi yang aku selongkar dari laman blog resepi dan pencinta makanan.  daging merah ala Thai DAGING MERAH ALA THAI Bahan-bahan 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk) 2 ulas bawang putih diketuk 1 labu bawang besar dipotong bulat 1 sudu besar cili giling Sedikit sos tiram Sedikit sos ikan (thailand mari) Sedikit sos tomato Halia besar ibu jari, diketuk Sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh) Cara-cara: Daging yang dah siap direbus tu potong nipis-nipis (aku beli yang dah siap hiris). Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning sikit, ketepikan. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau, masukkan cili giling. Goreng sebentar. Sudah agak garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris. Masukkan garam dan gula sesedap ra...