Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Makan

Burger Telur Ala Atkins

Imej
Menu ni diinspirasikan daripada resepi diet Atkins yang aku jumpa kat satu grup Atkiners.  Tapi aku tak pasti sama ada kiraan karbohidrat menu aku ni lulus Atkins atau tak. Bahan-bahan 2 biji telur ayam 2 sudu besar Ayam Brands Tuna Light 1 helai daun lettuce (aku guna Romaine) 1 sudu besar mayonis lada hitam Kewpie Sedikit minyak masak Acuan telur macam nak buat benjo Cara penyediaan Ratakan minyak pada kuali leper.  Sapukan sikit minyak pada acuan telur.  Bila kuali leper dah panas,  pecahkan sebiji telur. Goreng sehingga bahagian atas telur masak.  Nak separuh masak pun boleh.  Terpulang pada selera. Lepas siap sebiji,  ulang langkah yang sama. Sapukan tuna ke atas satu bahagian telur.  Satu bahagian lagi,  lapis dengan lettuce dan sapukan mayonis. Kemudian telangkupkan bahagian telur yang bersapu tuna tadi ke atas bahagian telur yang berlapis lettuce dan mayonis. Siap!

Makan Place: Sushi Zanmai, DPulze Cyberjaya

Imej
Disebabkan aku tak ada banyak masa untuk lunch, jadi makan kat sushi join la paling mudah. Ratio nak termakan nasi berlebihan pun boleh dikawal. Compare to other sushi join macam Sushi King, ambiance Zanmai  lebih selesa. soft shell crab, cheese, sushi rice, kami (seaweed), mayonnaise Red plate RM7.80 Chuka Lidako (octopus with lettuce and chestnut) RM10.80 Chuka Chinmi (tepi kekapis) with chestnut and lettuce RM8.80 Yaki Aburaage (fried tofu) served with grated ginger Miso shiru RM3.80, Ocha RM1.20 dan wet tissue 20 sen. Hari ni makan yang ni aje. Menu lain akan dicuba secara berperingkat. Ini pun rasa macam dah terlebih kenyang. Mata aku berat dah ni....zzzzz

Jalan-jalan Cari Idea kat Port Dickson

Imej
Bila otak aku buntu tak boleh menulis atau nama glamer penyakit ni writer's block, maka mulalah akal aku panjang nak bercuti. Konon-konon nak refresh otak. Konon-konon nak cari idea. So tempat paling dekat dan boleh tahan cantik ialah Port Dickson. Disebabkan kali ni aku pergi sebab nak duduk kat bilik lama-lama, maka aku spend duit lebih sikit untuk pilih hotel yang berbintang: Lexis, Port Dickson. Mulanya nak try Grand Lexis sebab ada private pool dalam bilik. Tapi bila menengokkan ratesnya....mak aiiihhhhh. Tunggu royalti aku puluh ribu riban kot baru boleh duduk sana tanpa rasa bersalah....hahahah. Room Type: Premium-Tower-Seaview Stay: 2 Night 1 Night: 388.27 MYR  2 Night: 755 MYR  Ni hotel paling mahal yang aku bayar sendiri kot. Selalunya orang yang sponsor...huhu. Terbang melayang RM. Tapi demi mencari idea (konon), aku sanggup jer. En. Ipin tak komen apa-apa sebab kalau dia komen pun memang tak berhasil sebab aku memang determined nak pegi gak bercuti k...

Pengkalan Balak, tapi tak ada pokok balak

Imej
Tiba-tiba aje En. Ipin ajak pegi bercuti. Tapi dia kata dekat-dekat sini aje...kat Pengkalan Balak, Melaka. Speaking of Melaka, aku memang dah biasa dengan negeri ni. Maklumlah, belajar kat sini 5 tahun. Merata-rata tempat aku dah rayau. Cuma belum sampai ke Pengkalan Balak. Dulu aku selalu pergi Pantai Tanjung Bidara aje sebab ada orang bawa. Konon tak nak buat booking bilik. En. Ipin kata main terjah aje. Tapi aku ni bukan jenis suka terjah tak tentu hala. I do my study as usual. Sebelum travel, memang aku suka buat case study tempat yang aku nak pergi. Feling CSI lak. Aku booking satu bilik kat Seraya Pantai Chalet menerusi telefon. Seraya Chalet mempunyai 18 buah bilik penginapan terdiri 3 buah bilik family, 10 buah bilik double dan 5 buah buah bilik single. Semua bilik penginapan berhawa dingin dan mempunyai televisyen. DOUBLE BED ROOM (1 KATIL QUEEN) Hari biasa          Hujung minggu       ...

Le Tour de Langkawi

Imej
Pada mulanya aku agak teruja nak menulis rentetan perjalanan ke Langkawi baru-baru ni. Tapi sebab dah lama sangat peram, mood menulis pun dah tak ada. Sepatutnya aku mula mencatat di sana. Malangnya aku tak boleh nak bawa netbook sebab kalau aku asyik sangat menatap FB, agenda shopping dan hopping aku apa plak ceritanya, kan? Okeylah, aku cuba sedaya upaya menggambarkan pengalaman kali ketiga aku melawat Pulau Helang yang dikenali sebagai pulau pelancongan...hmm macam Pulau Inderaloka ler pulak. Aku pergi Langkawi kali ni, sekeluarga dan bersama adik-adik serta suami2 mereka. Bertolak dari LCCT pukul 2.05pm. Aku yang memang penakut tapi suka naik kapal terbang ni, memang terasa cuak desu ler. Yang menambahkan cuak ialah pesawat AirAsia tu sendiri. Huhu...lain benor rasanya bila banding ngan pesawat MAS . Kepala aku berdengung sepanjang perjalanan. Kuat gak bunyi enjin dia ek? Sampai di Langkawi, 20 minit lepas tuh. Ejen dah tunggu dengan kunci Serena. Berbekalkan ingatan...

Makan Place: Bagan Nakhoda Omar

Imej
14 tahun aku ulang alik dari KL ke Bagan Datuk, tempat ni memang tak selalu aku singgah. Pertamanya sebab aku tak tahu tempat ni wujud. Kedua, En. Ipin ni pengulir (bahasa Banjar yang bermaksud malas) sikit bab-bab nak menyinggah. Kalu aku tak veto, memang tak singgah la...hahahah First time aku jejak sini, kawan sekerja yang bawa. Masa tu kami buat lawatan ke tapak projek yang dekat dengan tempat ni. Makanan paling femes ialah udang kertas besar goreng tepung. Perghhh...memang terbaiklah. Rangup! Udangnya fresh dari laut. kat pantai ni tak boleh mandi sebab berlumpur dan berselut inilah dia udang goreng tepung yang sangat super ohsem mabelessss mi udang Uniknya kat sini, apa-apa saja jenis menu, mestia da udang. Contohnya macam makanan ni, Nasi Ayam Udang udangggggg.... Ada satu lagi menu, udang goreng cili api (bukan tumbuk tapi potong-potong). Perghhh.,...aku ratah aje. Sampai tak sempat nak amik gambo. Selain menu udang, ada juga kerang bakar. Sos cilinya s...

Journey to the east

Imej
Sekali lagi aku mengorak perjalanan menuju ke pantai timur. Kali ini ke Machang, Kelantan. Dan sekali lagi kerana menghantar rombongan pengantin. Kali ini adik bongsu aku - perempuan. Kali terakhir aku ke Kelantan adalah pada tahun 2000 sewaktu menghantar adik kedua aku - juga perempuan- yang berkahwin dengan orang Pasir Putih. Perjalanan kami bermula seawal 7 pagi. Konon nak bertolak jam 3 pagi, tapi tak terjaga sebab penat bekerja pada siang hari masih bersisa. Saat aku paling suka adalah apabila kami tiba di Raub. Lebih kurang pukul 8 pagi. Keadaan pekan Raub masih berkabus. Pengalaman ini mengingatkan aku kepada pekan Tanah Rata di Cameron Highland. Kami sesat masuk ke Kampung Sg Koyan. Sempatlah singgah di stesen minyak Petronas di situ sebelum menyedari yang kami telah sesat jalan. Patutlah jalannya kecil semacam - maklumlah jalan kampung. Sewaktu melalui jalan Kuala Lipis, aku terbayang kemalangan-kemalangan ngeri dan maut yang pernah berlaku di situ. Jalannya memang berbahaya....