Talam Tokyo
Nak kata aku ni penggemar kuih talam... tak juga. Cuma kalau ada, aku makanlah. Lagipun jiran aku jual kuih talam. Kalau nak, order aje dengan dia. Mudah. Tapi entah kenapa tetiba aje terbuka hati aku nak belajar buat kuih talam. Lalu aku pun pergilah kelas masak kat Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), kat sebelah Giant Saujana Impian tu. Masa tu belajar talam seri muka, talam ubi dan talam kole kacang. Talam ubi tu taubat nasuha aku tak nak buat. Tak ada tenaga nak mengacau ubi tu nanti. Lagipun tangan kanan aku ni kan dah masuk workshop. Mana boleh kerja keras macam nak bancuh simen tu...huhuhu. Kiranya tak la susah mana nak buat kuih talam ni once kita dah tau teknik. Resepi pun penting. Kalau ikut pengalaman aku, setakat nak masak lauk harian dan kuih muih Melayu yang tak terlalu teknikal, maka boleh aje guna resepi kat blog. Tak pun tengok video kat Youtube untuk mudah faham. Kadang-kadang, dengan membaca ni, kita tak dapat imagine cemana gaya nak menggayakan senduk tu kan? Me...