Talam Tokyo
Nak kata aku ni penggemar kuih talam... tak juga. Cuma kalau ada, aku makanlah. Lagipun jiran aku jual kuih talam. Kalau nak, order aje dengan dia. Mudah. Tapi entah kenapa tetiba aje terbuka hati aku nak belajar buat kuih talam.
Lalu aku pun pergilah kelas masak kat Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), kat sebelah Giant Saujana Impian tu. Masa tu belajar talam seri muka, talam ubi dan talam kole kacang. Talam ubi tu taubat nasuha aku tak nak buat. Tak ada tenaga nak mengacau ubi tu nanti. Lagipun tangan kanan aku ni kan dah masuk workshop. Mana boleh kerja keras macam nak bancuh simen tu...huhuhu.
Kiranya tak la susah mana nak buat kuih talam ni once kita dah tau teknik. Resepi pun penting. Kalau ikut pengalaman aku, setakat nak masak lauk harian dan kuih muih Melayu yang tak terlalu teknikal, maka boleh aje guna resepi kat blog. Tak pun tengok video kat Youtube untuk mudah faham. Kadang-kadang, dengan membaca ni, kita tak dapat imagine cemana gaya nak menggayakan senduk tu kan? Melainkan dah ada basic dan dah masuk kelas atau dah berguru ngan mak ke, nenek ke, mak sedara ke....
Masa ni aku tak tere lagi nak menanak pulut. Macam ngeri aje nak masak pulut. Risau tak masak (walaupun dah pergi kelas). Sebab aku ni ada masa-masanya akan buat kitchen blunder. Something wrong somewhere, bak kata Ticer English aku. Performance tak stabil.... hahahaha.
Disebabkan teringin sangat nak try buat kuih talam dan ketika tu aku malas nak cari beras pulut yang cikgu aku cadangkan, maka aku try la buat Talam Tokyo. Guna biji sagu. Resepi aku amik dari blog Kak Azie Kitchen.
Kuih Talam Tokyo Azie Kitchen
Bahan Untuk Lapisan Bawah:
300gm sagu kecil warna putih
60gm sohoon
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Untuk Lapisan Atas:
4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
Menjadi talam aku ikut resepi ni. Rasa pun sedap! Tip top! Kalau sesiapa alah makan pulut tu, bolehlah cuba buat talam Tokyo. Rupa dah macam talam seri muka. Rasa pun sedap juga.

Ulasan
Catat Ulasan