Selawat Tafrijiyah, Siapa Amal Bertalu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari Masalah Antara kebaikan pengamal selawat ini: Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. [Diluaskan] rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isya...
AKU selalu rujuk satu website bila setiap kali nak baca doa selepas solat fardhu. Malanglah iklan-iklan affiliate dalam website tu ada yang tak mesra mata. Dah la lepas solat, tengah baca doa, tiba-tiba keluar iklan yang mencolok mata (jenama pakaian, pakaian wanita). Mujur aku perempuan. Tak adalah dosa mata sangat...hahaha. Tapi still la kan... tercemar juga pandangan mata. Jadi aku ambil inisiatif salin doa tu letak kat blog sendiri yang tak ada iklan affiliate ni. Jadi selamat pandangan mata. Menurut website berkenaan, kesemua doa ini sesuai dibaca oleh para imam, tak sesuai dibacakan secara individu. Jika tengok kata ganti nama diri dalam doa, memang guna orang ketiga. Tapi tak salah kalau kita yang nak baca. Melainkan ayat al-Quran, yang mesti dibaca dengan betul dari segi sebutan dan makhraj. Terjemahan doa aku betulkan dari segi tatabahasa tanpa mengubah makna asal dalam bahasa Arab. Maklumlah, editor. Tak boleh elak nak edit aje kerjanya. Dengan nama Allah yang Maha Peng...
Sumber gambar: Livestrong.com (Penafian: Artikel ini merupakan terjemahan longgar daripada versi bahasa Inggeris. Sumber asal: Livestrong.com) Tinjauan Awal Tanpa perlu ditanya oleh pelayan kaunter, dah tentu anda akan pesan French Fries di McDonald’s. Kesemua set hidangan McDonald’s tidak akan lengkap tanpa kentang goreng. Ini kenyataan yang perlu kita hadapi. Untuk makluman, kentang goreng yang terkenal di dunia telah ditambah ke dalam menu bagi menggantikan kentang goreng tradisional pada tahun 1949, sembilan tahun selepas pertama kali McDonald dibuka untuk perniagaan di California. SUSPEK UTAMA KES: McDonald’s Frend Fries saiz besar (5.4 oz) (asal Amerika Syarikat) PENYIASAT KES: Dr. Christopher Ochner (penyelidik bersekutu di New York Obesity Nutrition Research Center, St. Luke’s-Roosevelt Hospital Center) sangat familiar dengan menu McDonald. Beberapa tahun yang lalu, Ochner - pemegang Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal – telah menjalankan eksperim...
Ulasan
Catat Ulasan